Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Disember 2009

Perempuan Ini Sebenarnya Anak Luar Nikah



Seorang bapa, ibu dan seorang wanita masuk ke bilik saya. Lepas bersalaman, dia pun cerita, ceritanya terus terang saja tiada selindung-selindung. Cemas juga saya pada mulanya berhadapan dengan orang sebegini.

"Tuan Kadi, ini anak luar nikah saya. Masa saya nikah dulu, isteri saya dah mengandung 7 bulan". Cerita lelaki tersebut.

Kemudian saya lihat surat nikah bapanya, nikah Febuari 1987. Anaknya pula lahir April 1987. Memang sahlah ini anak luar nikah dan tak sah taraf walaupun sudah dibintikan kepada bapanya. Anak perempuan dia tu nak melansungkan perkahwinan, saya arahkan dia ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pernikahan menggunakan wali hakim.

Pengajarannya kepada kita.......waktu sebelum nikah, jauhkan dari perbuatan zina. Kalau  hanya melibatkan kesalahan suami dan isteri mungkin boleh dilupakan. Perkara ini dah berlaku 22 tahun dulu. Tetapi anak perempuan itu, pasti menghadapi gangguan mental di antara maruah ibu bapa dan harga diri. Anak yang lahir itu tidak berdosa, lahir ibarat kain putih. Tetapi ibu bapa yang mempalitkan dosa kepada anak itu, sehingga anaknya malu berhadapan dengan masyarakat.

3 ulasan:

  1. Fenomena sekarang, Tuhan akan balas ' cash ' dahulu kat dunia atas dosa-dosa yang dilakukan. Kat akhirat lagilah pulak..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Nilah akibatnya kalau bertuhankan nafsu. Si bapa dan si ibu mungkin sudah insaf atas perbuatan mereka dahulu, tapi kesan pada anak bukan sedikit.

    Jadi teladan kepada kita. Moga dijauhkan Allah daripada keadaan sebegini

    BalasPadam
  3. NIKAH DI SIAM BOLEH TOLONG MENUTUP AIB SECARA HALAL...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.