Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Disember 2009

PRESIDEN PERSATUAN PONDAN DATANG JUMPA SAYA (Episod 2)

SAMBUNGAN
Esoknya sebelah petang, datang 2 lelaki hensem ke bilik saya. Katanya dari persatuan pondan itu. Pertamanya saya nak tahu berkenaan persatuan dia, adakah persatuan pondan Malaysia seperti yang dimaksudkan itu. Rupanya persatuan memang wujud, cuma didaftarkan atas nama syarikat beralamat di Kuala Lumpur. Katanya persatuan ini untuk jaga kebajikan pondan-pondan seluruh negara. Seperti yang diberitahu kepada saya, penasihatnya bukan pondan tetapi seorang perempuan yang sangat terkenal dan aktif dalam NGO di negara kita (tak perlulah sebut nama individu itu).

Amy (bukan nama sebenar) yang mendakwa presiden tadi adalah pelajar di Fakulti Undang-undang di sebuah universiti tempatan. Dia mengaku, dia adalah lelaki lembut tetapi kurang senang kalau orang menggelarkan dirinya 'pondan'. Ok, tujuan dia datang adalah kerana dia nampak JAIJ begitu giat membuat serbuan ke atas pondan-pondan sehingga persatuan telah mendapat aduan. Katanya, ada pondan nak bunuh diri dengan berbaring di atas jalan keretapi di Johor Bahru. Bila saya tanya, dah bunuh diri ke belum, dia kata belum.

Dia kata, JAIJ sepatutnya menghormati mereka kerana naluri, perasaan dan nafsu sex mereka berbeza dengan lelaki lain walaupun mereka dilahirkan sebagai lelaki. Amy cuba meyakinkan saya bahawa kerja pondan di Jalan Dhobi itu bukan kehendak sendiri tetapi datang dari naluri dalaman yang amat kuat. Mereka juga sukar untuk mendapatkan kerja lain kerana katanya majikan memandang serong ke atas mereka. Amy kata, adakah JAIJ boleh meyediakan mereka dengan kerja yang baik kalau mereka menghentikan kegiatan mereka ?

Ok, saya pun jawab. Dari segi nafsu, perasaan dan naluri, kehandak sex dan sebagainya itu saya tak nafikan. Cuma saya kata, jangan menyundal di tempat awam dan menjadi pelacur pondan. Kalau dibuat secara tertutup di kalangan mereka, tiada siapa pun yang nak kacau. Dalam soal pekerjaan, bukan masyarakat pemandang serong kepada mereka. Kalau mereka elok-elok berpakaian lelaki dan berkerja, itu tiada salahnya. Yang jadi orang pandang serong adalah kalau mereka pakai pakaian wanita seksi yang lebih seksi dari wanita. Soal kerja saya tak janji JAIJ boleh sediakan kerja, kena usaha sendiri, kalau ada kekosongan dan kelayakan bolehlah mohon. Saya kata dapat tak dapat saya tak tahu.

Kemudian Amy minta saya supaya menghentikan operasi atau berhentikan sementara. Katanya beri masa untuk di menerangkan kepada ahlinya supaya kegiatan mereka mengikut undang-undang di Johor ini. Bab ini saya setuju berhentikan sementara operasi dan minta persatuan bekerjasama. Dia kata malam ini juga dia akan hentikan kegiatan tak bermoral di Jalan Dhobi. Dia beri tempoh seminggu untuk memberi penerangan. Yer, saya setuju, saya setuju...

Malangnya, 2-3 hari selepas itu, maklumat yang kita dapat, pondan tetap ada di Jalan Dhobi dan saya arahkan supaya pondan ini ditangkap. Saya terpaksa langgar perjanjian gencatan senjata ini, ops silap, mana ada senjata. Beberapa pondan ditangkap dan didakwa tapi jumlahnya jauh berkurungan. Keesokannya, Amy telefon saya dan suara saya seperti marah-marah seolah-olah kena tipu dengan perjanjian ini. Amy kata, pondan itu yang degil dan tidak mahu ikut nasihat persatuan. Ok, saya boleh terima alasan ini, tapi saya kata, teruskan peranan persatuan untuk menghentikan kegiatan ini. Dia berjanji nak bantu.

2 ulasan:

  1. Sekurang-kurangnya mereka ada tempat mengadu.. dan Presiden pula begitu bertanggungjawab cuba sedaya upaya menjaga kebajikan mereka..

    itulah tujuannya ada persatuan pun, kan?

    Bagus juga mereka masih mahu berunding cuma kerjasama semua ahli biasanya memang payah..

    Teruskan berusaha. Kita jaga kerja kita.. dia pun jaga kerja dia. Ikut etika. Ikut undang-undang..

    Tak perlu nak marah-marah..

    BalasPadam
  2. sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja maknyah skrg ni yang melakukan pergaulan tak bermoral itu... tak semua... byk pondan sekarang yang dress tapi tak melacur... mereka hidup kerja halal...

    saya duduk di jb selama 18 tahun dulu, dan pernah jadi sukarelawan ngo untuk bantu mereka dan bergaul dengan mereka semasa kempen keselamatan aids... dulu memang ramai pondan di lorong tu... (tahun 90an)... skrg saya rasa dah kurang... yang ada pun tua2 shj... dan maknyah2 baru yang melacur sendirian

    byk mak ayam yang saya tahu ketua mereka yang kuat2 sudah takde... ada yang sudah meninggal dunia dan berhijrah di tempat lain... aktiviti bersatu diantara mereka pun dah tak gah mcm dulu... byk org maknyah baru dah duduk di lorong dhobi tu... dan melacur bersendirian dan bersama 2 atau 3 org kawan shj...

    saya rasa kes nak takut2kan jaij ni memang takkan tergugat pun... mereka dah tak ramai... byk yang lama-lama tu buat kerja halal, jadi mak andam atau niaga makanan... sy masih berhubung dengan mereka dan sy tahu...

    tentang persatuan, dulu ada persatuan bwh jkm under maknyah mimie zarina... skrg dah tak begitu aktif... dan saya rasa persatuan yg encik ckp ni bukan mereka... tak mustahil menyamar le tu...

    dan saya rasa kes ni tak suspen sangat...

    elok dedahkan kes yang lebih 'haru'... kes bohsia bawah umur di stulang tu sampai la ni tak settle... kes gay2 di danga dan lido lagi bersemarak... dan kerana itu, maknyah2 ni tak aktif sangat, kerana saingan kuat dari dua diatas tu... malah mereka lebih menjijikan...

    sekadar pendapat
    wassalam

    BalasPadam

Dipersilakan komen.