16 Disember 2009
Memantapkan Penguatkuasa Agama di Kluang
Semalam diadakan mesyuarat Jawatankuasa kecil Maal Hijrah bersama beberapa agensi kerajaan yang saya pengerusikan sendiri. Tujuannya adalah untuk menyelaras dan menyusun gerakan operasi maksiat dengan lebih teratur sekitar Kluang. Bermula semalam hingga seterusnya, gerakan operasi maksiat akan diadakan dengan lebih kerap dan tersusun dengan dibantu oleh beberapa agensi kerajaan lain. Ini termasuk kekerapan operasi di rumah judi, rumah pelacuran, hotel, pusat hiburan, taman rekreasi dan lain-lain.
Kepada orang Islam di Kluang, diharap tidak terlibat dengan maksiat. Tindakan tegas akan diambil ke atas semua yang terlibat, tidak mengira kedudukan dan jawatan. Malam tadi, satu pasangan remaja ditahan di dalam sebuah rumah di Kluang atas kesalahan khalwat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Bang KHALIL.. Selamat menyambut Maal Hijrah. Dan selamat menjalankan tugas...
BalasPadamSalam
BalasPadamSaya asal dr Kluang tp dah menetap lebih 1o tahun di Pasir Guadang. Saya dapati Kluang dah banyak berubah skrng ni (saya blk kluang setiap bulan menjengok kedua ibubapa). Dulu2 selalu berangan2 nak blk cari kerja di kluang sbb rasa kluang ni cam aman aje,kurang 'tercemar' dgn budaya hendonisme. tp skrng saya dh sangsi. apa beza kluang dgn JB? Saya ada 2 orang anak perempuan kecil. saya sdg fikir cmne nak membesarkan aanak2 dgn suasana spt skrg ni.
Satu usaha yg bukan mustahil hanya perlu iltizam dan istiqomah. moga kita sume dpt lindungan drp Allah dan sentiasa mendapat hidayahNya.