Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Disember 2009

Penyanyi "Dia Datang Dengan Lenggang Lenggoknya" akhirnya kecundang


Artikel saya sebelum ni cerita tentang penyanyi lelaki umur 50-an yang menjadi penyanyi di depan kedai judi nombor ekor.

"Dia datang, dengan lenggang lenggoknya"
"Dia datang, dengan lemah gemalainya".

Terbakarnya perasaan saya tiada siapa yang tahu. Kes-kes lebih besar dan mencabar sebelum ini boleh selesai, tapi kes ini, saya gagal. Saya sendiri beberapa hari menyamar di kawasan tersebut, termasuk menyamar jadi jurujual.

Hasil risikan,saya dapati lelaki itu bukan saja jadi penyanyi tetapi beberapa ketika dia juga seorang pembeli juga. Yang menghairankan saya, dia banyak kali keluar dan masuk kedai tetapi tidak membawa keluar sebarang tiket. Kesimpulan saya, dia juga jadi agen  kepada  orang Islam yang takut beli judi. Dia berunding di luar kedai selepas berjaya mendapat pelanggan, dia akan masuk membeli. Tapi dia tak tunggu di dalam kedai, dia serah duit pada tauke, bila proses mencetak resit selesai, baru dia masuk semula.

Setelah semua risikan sudah selesai, saya mengadakan taklimat khas kepada penguatkuasa untuk menangkap penyanyi 'dia datang' ini. Maka saya dan penguatkuasa menyamar dengan pelbagai cara berdekatan kedai judi itu. Kelihatan lelaki itu sedang mendekati beberapa orang lelaki Melayu, mungkin untuk menyuruh lelaki itu membeli nombor. Tak lama kemudian, lelaki itu masuk dan pantas saya dan beberpa penguatkuasa masuk ke kedai judi. Dia ditangkap, nombor ekor sudah dibeli tetapi belum sempat diambil. Memang dia tak ambil dulu tiket itu, itu taktik dia.

"Saya tak beli, saya tak beli !" Dia menjerit sambil meronta tapi gagal melepaskan diri. Kemudian dibawa ke dalam van. Dalam van ada penguatkuasa menyindir.

"Tak pasang radiolah van ni. Sunyi jer ". Kata seorang penguatkuasa. Kemudian pemandu pasang radio. Kemudian penguatkuasa itu kata.

"Tak best ler lagi tu. Lagu ni legi best... Dia datang, dengan lenggang lenggoknya. Dia datang dengan lemah gemalainya ". Semua tergelak, saya pun tergelak menandakan kepuasan hari ini. Tapi lelaki tu jer yang tak gelak, tapi buat muka sedih. Tahulah nasib dia ni lepas ni.

Jangan tak tahu, berada di dalam kedai judi pun boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


3 ulasan:

  1. Lelaki dilihat agak normal kuar masuk kedai nombor.

    Saya pernah ada kawan sekerja (wanita, bujang tapi sudah berumur 40-an), tiap hari jualan mesti masuk. Selamba jerrr.. langsung takrasa segan..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. Berkunjung lagi ke blog tuan..

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    P/S: Sedikit harapan serta pandangan dari hamba yang serba kekurangan ini... sila klik
    DISINI

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    blog tuan bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. dan saya akan terus melawat blog tuan insyaAllah. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.