29 Disember 2009
Hati-hati Sendikit Penipuan Judi Ekor
Waktu saya jadi penguatkuasa dulu, saya mendapat aduan melalui telefon, bahawa seorang lelaki kena tipu oleh sendikit judi nombor ekor. Malangnya orang itu enggan datang ke pejabat kerana takut. Mestilah takut, dia kaki judi, takkanlah nak cari nahas nak serah diri. Jadi saya buat tak kisahlah dengan aduan ini sebab dia sendiri tak mahu bekerjasama, lagipun di luar bidang tugas saya. Kes tipu pergilah buat laporan polis.
Tak berapa lama kemudian, saya mendapat tahu dari seorang pegawai polis bahawa waktu itu ada sendikit penipuan judi nombor ekor. Caranya begini.... Bila keluar keputusan nombor ekor, warga Indonesia ini akan mencetak satu tiket judi yang bermutu tinggi hampir sama yang betul. Contohnya nombor satu ialah no 2222, maka dia akan cetak, kononnya dia telah beli tiket ini. Cuma dia tak boleh menukarkan tiket ini kerana dia tidak mempunyai kad pengenalan atau pasport yang sah. Maka tiket ini dijual dengan harga lebih murah tapi tunai.
Aduan kepada saya ialah, warga Indon itu beli RM 10 dan dapat tempat pertama. Jadi kalau tukar, boleh dapat RM 20,000. Maka dijual tiket ini kepada orang kita yang juga kaki ekor dengan harga lebih murah. Kalau tak ada duit, motosikal pun boleh diberikan walaupun tak perlu tukar nama. Tapi bila lelaki ini ke kedai judi, tauke kedai itu dapat tahu itu palsu dan buat laporan polis. Maka dia disiasat kerana menipu. Maka timbullah cerita rupanya dia kena tipu oleh lelaki Indon ini.
Ingatkan waktu itu saja ada sendikit ini. Rupanya sekarang pun ada juga, memang banyak kes seperti ini di seluruh negara menggunakan taktik yang sama. Malangnya ramai juga orang kita yang tertipu, yang tertipu ttu biasanya kaki judi juga. Dah kena tipu, baru menyesal, ada juga yang terpaksa bermalam dalam lokap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ntah bila lah hobi beli nombor ni nak berakhir.. letih tengok
BalasPadam