16 Disember 2009
Mengandung Luar Nikah 5 Bulan
Kekadang terfikir juga, rasa keberatan untuk menceritakan kes maksiat, terutama yang berlaku di tempat saya bertugas sekarang. Saya terfikir juga, mungkin ada pihak yang tidak berapa senang dengan cerita-cerita sebegini, seolah-olah menggambarkan Kluang banyak berlaku maksiat. Jadi berita sebegini mungkin memalukan mereka.
Bagaimanapun, pagi ini ada satu kes wanita belasan tahun yang sudah mengandung 5 bulan dan menyerah diri untuk bernikah di pejabat. Lelaki pasangannya usia 20-an seolah-olah tidak melakukan perkara yang berat. Sebelum berkahwin, kedua-duanya akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Rayuan dari pihak berkenaan untuk tidak diambil tindakan, tidak akan dilayan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Bang KHALIL..
BalasPadamhukuman perlu... kalu tidak apa guna undang-undang
Kesedaran selepas hukuman itu yang wajib... betul kan?
maksiat bukan mengira negeri, warna kulit.. di mana pun ada..
Salam,
BalasPadamSiar saja... maksiat tu kat mana2 berleluasa sekarang ni. Jika tak ada org cerita, kita tak peka. kita mungkin buat tak tau. bila ada cerita, mak ,bapak harapnya lebih peka dgn anak2 mereka. perlu tau setiap pergerakan anak2.