11 Disember 2009
Banyak Betul Anai-anai di Kedai Judi
Dulu, saya tangkap seorang lelaki sedang beratur nak beli nombor ekor. Bila tahu kehadiran penguatkuasa, dia cuba melarikan diri tapi gagal.
Bila soalsiasat di pejabat, dia kata dia ke kedai judi tu dalam tugas iaitu nak periksa anai-anai. Dia memang bekerja dengan syarikat pengawal anai-anai di Johor Bahru sambil menunjukkan kad kerjanya. Cuma waktu ditangkap, dia tiada sebarang alat untuk periksa anai-anai, maklumlah profesional. Cerita rekaannya tak kemana bila dia dituduh juga di Mahkamah Syariah, kemudian mengaku salah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hahahah
BalasPadamdah kantoi menipu pun dah tak pandai
orang tua ker muda tu?
saya selalu nampak orang tua pakai kopiah beli no ekor ni
Sdr Khalil, idea lapuk tuu..
BalasPadamMaaf, maksud saya idea pekerja anai-anai tu yg ieda lapuk..
BalasPadamYang terlibat dalam kes judi nombor ekor, usia biasanya melebihi 30 tahun. Paling ramai dalam lingkungan 40-55 tahun. Dalam seratus orang, ada lah seorang dua saja yang umur 30 tahun ke bawah.
BalasPadam