08 Disember 2009
Pakaian dan Pergaulan Wanita Sekarang...
Saya menerima satu email dari pambaca blog saya. Beliau meminta pandangan saya untuk mengatasi persoalan tersebut. Dua tiga hari saya memikirkan jawapan yang sesuai, namun saya rasa pandangan saya mungkin belum mampu untuk memberi jawapan yang sebaiknya. Jadi saya serahkan kepada pembaca-pembaca blog saya untuk berkongsi pandangan.
"Saya mempunyai ramai kenalan wanita yang lebih ramai berbanding lelaki. Apabila usia semakin dewasa saya dapati ramai di antara rakan saya yang semakin berubah seiring dengan perubahan usia dan keadaan persekitaran.
Saya lihat rakan saya daripada bertudung kini sudah tidak bertudung dan semakin sikit jumlah kain pada pakaian mereka. Mereka namakan sebagai moden. Itu tidak lagi saya perkatakan tentang pergaulan mereka.
Saya sangat sedih dengan keadaan mereka. Hairan kenapa mereka berubah. Nak nasihat... ada yang dah bersuami. Suami pun macam x kisah.
Apa pandangan tuan kadi pada keadaan ini dan apa yang boleh saya lakukan? "
PEMBACA SILA BERI KOMEN...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pergaulan.. persekitaran juga mempengaruhi..
BalasPadamSalam bro Khalil
BalasPadamSoalan ini pernah saya tanyakan kepada mana mana 'alim ulamak'
malangnya tidak berjawab hinga sekarang
Malah sms yang saya hantar ke akhbar juga tidak di paparkan
Soalannya begini:
1. Apakah hukum syarak dan pendapatan seorang wanita menyanyi, samada di khalayak ramai(live, consert, funfair, tvshow) atau pun recorded (CD, DVD, MP3 etc)
2. Apakah hukum syarak menjual beli kucing?
Sekian
Jazak Allah hu Khairan
Aurat wanita,bukan setakat menyanyi, kalau percakapan yang menggoda yang membolehkan ghairah kepada orang kepada maksiat atau sex, hukumnya haram.
BalasPadamTapi kalau menyanyi yang tidak menimbulkan ghairah, sopan santun, patriotik, maka hukumnya harus.
Jualbeli kucing adalah harus, sebab dia bukan najis. Jual beli babi haram.
BalasPadam