23 Disember 2009
Jual Jamu Kurus Badan, Patut Yang Jual Kena Kurus Juga
JAMU KURUS BADAN
Tadi saya ke sebuah pasaraya di Kuala Terengganu, jalan-jalan tak beli apa pun. Saya singgah di sebuah kedai jamu, yang banyak jual ubat kurus badan. Tapi yang tak kenanya, wanita yang jual tu tak kurus. Patut kenalah orang kurus yang jaga kedai tu.
KEDAI MAMAK DI TERENGGANU
Sebelum ini, tak banyak kedai mamak di Terengganu. Dulu adalah juga satu dua kedai yang tak berapa nak hidup. Orang sini lebih suka makan nasi dagang dan nasi minyak, mamak tak ada ruang dapat pelanggan. Tapi sekarang, kedai mamak dah mula banyak dan ramai pelanggan. Sempat juga minum teh tarik kat sebelah Mydin Kuala Terengganu tadi.
PENGAWAL KESELAMATAN KEDAI EMAS
Tadi ronda-ronda sekitar Kuala Terengganu. Nampaknya kebanyakan kedai emas sudah ada pengawalan keselamatan, tidak seperti sebelum ini. Peniaga emas di sini masih terbayang rompakan sejuta oleh Pak Arab. Di kedai Habib Jewel, pengawal keselamatanya lengkap bersenjata dan sentiasa bersedia. . Takut juga saya lalu depan kedai emas, pengawal tu tengok saya semacam jer...mungkin muka saya sekali pandang macam Arab, dua kali pandang macam Bangla....hahaha. Tiga kali pandang baru macam Melayu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hehe..kompem tak berkesan jamu tu...
BalasPadamye ke cikmemy,cian tuan khalil
BalasPadamCuba pandang 4 kali plak? mesti ada rupa iras Hrithik Roshan.. hehehehe
BalasPadam