http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/amy-terpaksa-mengaku-kesilapannya.html
22 Disember 2009
Presiden Persatuan Pondan Menimbulkan Banyak Tandatanya...(Episod 4)
SAMBUNGAN...
Saya dapati kempen yang persatuan pondan ini jalankan adalah kempen menghindarii sakit AIDS, iaitu kempen pencegahan HIV. Ini termasuklah pamplet cara pemakaian kondom yang betul dan pondan semua hendaklah memastikan lelaki yang melanggannya memakai kondom. Sebenarnya, isu ini tidak pernah dibincangkan semasa perbincangan saya dengan Amy sebelum ini. Setahu saya, Amy akan memujuk pondan-pondan menghentikan kerja maksiat, bukan terus melakukannya walaupun memakai kondom. Bila Amy telefon saya, saya nyatakan kekesalan saya kerana perkara ini berlaku. Saya kata, saya tak setuju dengan kempen sebegini. Pada saya, maksiat tetap maksiat walaupun pakai kondom.
Selepas itu, hasil risikan saya, pondan terus menjalankan aktivitinya, seolah-olah persatuan tidak berjaya memujuk mereka. Maka tempoh untuk saya berdiam diri nampaknya sudah tamat. Amy pula sudah tidak menghubungi saya, saya tidak tahu kenapa. Operasi dan tangkapan dilakukan seperti biasa. Dua orang pondan ditangkap dan didakwa. Bila sudah ditangkap, saya terkejut apabila ada pondan yang ditangkap ini menceritakan mengenai Amy bila saya tanya tentang persatuan pondan ini. Pondan ini cerita tidak elok terhadap Amy, kononnya Amy cakap tidak serupa bikin. Dia kata Amy menipu saya di belakang.
Kemudian, saya dengar perbualan telefon antara pondan ini dan Amy melalui telefon. Pondan ini nampak macam marah-marah pada Amy. Katanya, disebabkan Amy lah dia kena tangkap. Katanya, Amy kata kalau guna kondom dan ambil langkah mengawal HIV, kononnya JAIJ tak tangkap. Saya tak percaya sepenuhnya cerita-cerita pondan ini, itu mungkin pergeseran sesama mereka. Pada pondan tadi, dakwa tetap dakwa, jangan ingat buat cerita sebegitu sekadar nak dapatkan simpati. Dalam hati saya, saya masih mengalu-alukan sumbangan persatuan, lagipun persatuan ini juga yang membuat tawaran. Malangnya Amy lama tak hubungi saya, saya tak tahu kenapa. Mungkin dia dalam kesibukan kerana dia pelajar tahun akhir universiti. Kehilangan Amy ini juga menjadi persoalan.
Lama selepas itu, pondan yang kena tangkap itu telefon saya. Dia kata dia tak lagi jalankan aktiviti maksiat. Cuma dia nak buat aduan mengenai kes pondan. Apa yang mengejutkan saya adalah aduan tentang Amy, individu yang mendakwa presiden persatuan ini.
BERSAMBUNG LAGI EPISOD 5
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/amy-terpaksa-mengaku-kesilapannya.html
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/amy-terpaksa-mengaku-kesilapannya.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bila sesuatu sudah menjadi rutin dan amalan darah daging....gitulahhh
BalasPadam