Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 Disember 2009

Penguatkuasaan kenderaan asing bawa keluar petrol lebih 20 liter


Pertama-tamanya, saya mengucapkah tahniah kepada kerajaan kerana bertegas dalam isu penjualan minyak petrok dan diesel di sempadan termasuk Johor Bahru. Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, nampaknya bertegas dalam isu ini.

"Mana-mana kenderaan yang kita (penguatkuasa) syaki akan ditahan. Jika lebih 20 liter kita berhak untuk rampas dengan kereta-kereta sekali,” . Saya mengucapkan tahniah kepada ketegasan menteri ini.

Bagaimanapun, bukan senang untuk memeriksa semua kenderaan di stesen minyak di Johor Bahru yang jumlahnya mungkin mencecah ratusan buah. Sudah pasti terlintas juga di hati pengusaha untuk menjual minyak lebih kepada kenderaan asing untuk mendapatkan keuntungan. Jadi, kalau ada satu dua pengusaha stesem minyak dikenakan tindakan, maka saya percaya stesen minyak akan memastikan peraturan ini berjalan.

Kedua, bagaimana pula kenderaan yang baru masuk dari Singapura yang nengisi hanya 20 liter tetapi selepas itu ke stesen lain mengisi 20 liter lagi, kemudian mengisi lagi 20 liter ? Saya percaya, akan ada kenderaan dari Singapura yang sanggup mengisi sehingga 5-6 kali untuk mendapat minyak penuh. Yang menjadi bebannya dalah penduduk Johor Bahru kerana stesen minyak sentiasa sesak kerana kenderaan Singapura berhenti mengisi minyak beberapa kali.

Ketiga, penguatkuasa perlu memikirkan bagaimana kaedah yang sesuai untuk memeriksa kenderaan yang meninggalkan negara kita untuk memasuki Singapura. Ok, pagi tadi jam 8.00 pagi, saya dari Kluang ke Johor Bahru terperanggap dalam kesesakan jalan yang teruk kerana ada tiang tumbang di hadapan Danga City Mall. Kesesakan telah menjelaskan keseluruhan jalan masuk ke pusat bandar. Jadi, kalau satu persatu kenderaan diperiksa meter minyaknya, sudah tentu akan mangakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di Tambak Johor seteruskan merebak ke sekitar bandar. Jadi, bagaimana ?

Keempat, bagaimana kalau ada kenderaan Singapura yang telah mengubah jarum meter minyak kereta. Tahukah pihak kerajaan bahawa sekarang pun sudah ada kenderaan dari Singapura yang mengubah meter ini. Kalau nak tahu cerita ini, tanyalah orang yang membeli kereta lelong Kastam dari Singapura. Sesetengah kereta ini telah diubah meternya. Pemandu boleh tuang minyak sepenuhnya tetapi meter tetap di tahap itu. Saya percaya, ada bengkel kereta yang boleh buat. Jadi, adakah mereka akan terlepas ?



6 ulasan:

  1. Salam Bang KHALIL..

    maaf nak tanya.. Berapa kadar harga minyak Singapore? berbanding JB?

    BalasPadam
  2. Lebih kurang murah 50 peratus sebab nilai tukaran duit Singapore dgn kita. Kalau dia tuang penuh minyak kat sini RM 100, kalau ikut duit dia RM 200. Begitulah kiraan yang senang.

    Jadi biasa orang Singapore ni datang sini nak tuang minyak selain beli barang sebab duit sana mahal. Kalau kat pasaraya besar kat JB ni penuh orang saja jer. Kedai makan ada yang mahal sebab orang Singapore rasa murah 50 peratus.

    BalasPadam
  3. Alamak...Penjelasan tentang harga ni mungkin boleh buatkan orang lagi tak faham.

    Macam ni... orang Spore duit dia 100 dolar, tukar duit sini dapat RM 220 lebih kurang. Jadi RM 220 tu murahlah dia dapat beli minyak. Kat Spore dia pakai guna dolar, tu yang mahal.

    BalasPadam
  4. Wahh saya tak sangka tukaran dah jadi setinggi itu..dulu ada kawan sekerja warga Singapore, rajin gak dia ulang alik so tahu gak sikit sebanyak..

    sekarang saya ketinggalan banyak perkara tentang Singapore..
    and saya belum pernah sampai pun...

    BalasPadam
  5. Tuan.. Org Singapura isi minyak seberapa aja lah kalau nak di bandingkak degan org Thai yg isi di sempadan sana.. Johor makmur dan kaya pun kita ada tumpang menyumbangnya. Tak da siapa yang rugi kalau org singapura berbelanja disana.. Kedai minyak boleh rugi jugak kalau nak harap org tempatan aja yang isi kerana selalu saya perhatikan mereka isi motor ada yg rm$2 aja hehehe dan kereta rm$10 .*..*hanya yg nak masuk ke singapura baru mereke top-up penuh..Kalau tuan nak senang jadi lah Kadi Di singapura maklum lah 2x ganda bila $ ditukar..:)
    Maaf kalau bahasa saya ada yg menyinggung tuan ..
    Sekelian Harap maaf tuan Tuan...

    BalasPadam
  6. Haslinda ni ada kaitan dengan orang singapore. Pasal tu dia cakap macam tu kot.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.