10 Disember 2009
Janganlah Marah Suami Kahwin Lagi....
Seorang isteri bising-bising di Mahkamah Syariah, nak tuntut cerai secara fasakh kerana suaminya berkahwin satu lagi di Thailand.
"Saya tak sanggup dimadu, kalau isteri baru dia tu orang baik tak per. Ini dia kenal perempuan tu kat karaoke. Dah tentu ler perempuan tak senonoh. Entah apalah dia ilmukan suami saya tu. Senang-senang saja rampas suami orang".
Nampaknya 'temperature' dia dah naik dan tak boleh ditenangkan lagi. Ini kalau kira enjin kereta air dalam radiator dah kering betul, berasap habis, dan boleh terbakar masa panas dah naik. Yang ada dalam kepala dia cuma cerai, cerai, cerai.
Selepas separuh kes berjalan di mahkamah, akhirnya suaminya melepaskan cerai secara baik iaitu sebelum kesnya selesai. Maka puashatilah si isteri dapat cerai.
Tetapi, kira-kira setahun selepas itu, seorang wanita umurnya 38 tahun datang ke pejabat untuk mendaftarkan perkahwinannya yang dah nikah di Thailand. Dia kahwin dengan lelaki suami orang dalam usia 40-an. Rupanya, wanita itu adalah yang saya jumpa setahun dulu yang marah bila suaminya kahwin lagi. Sekarang dia pula kahwin dengan suami orang, tidakkah itu namanya rampas suami orang juga ? Ya atau tidak ?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Bang Khalil...
BalasPadamhukum karma, bang. Hukum karma...
Terima kasih Azieazah, kerana beri komen. Cuma saya kurang faham maksud di sebalik maksud..
BalasPadam"hukum karma...." . Mungkin menarik kalau dihuraikan lagi.
Bang Khalil..
BalasPadamsetahu saya Hukum Karma begini > buat baik dibalas baik, begitulah sebaliknya..
kadang2 bukan orang itu yg balas, tapi orang lain tolong balaskan tanpa sedar..
Hmm... saya melihat sudut ni mudah, rampas suami orang, orang rampas suami dia pula.. Begitulah sebaliknya, tak kira sapa yang buat dulu..
*Pendapat peribadi.
Assalam...Bang khalil,isteri mane yg sanggup dan dengan rela hati berkongsi kasih sayang suami??mestila marah..xkanla sikit pon xmarah.yg si isteri tu plak,patutla beria2 mtk cerai,rupe2nye da de jntan len yg menunggu..suami org plak tu..xtowla cmne dye leh wat cmtu.padahal,dye tahu cmne sakitnye ati bila dicurangi suami..dye asik tuduh pompan yg kawen laki dye perampas.tp dye xpk plak yg dye merampas suami kepada org len plak..dunia2..pelik btol.kecoh btol pasal kes poligami nie...
BalasPadamNak buat camna. Dah jodoh. Kehidupan selepas itu, pandai-pandailah mengaturnya. Jika Nakhodanya kuat, tabah, sabar, InsyaAllah, anak-anak kapal pun ikut kuat, tabah, sabar sepertinya. Jika sebaliknya......Allah S.W.T yang akan membuat keputusannya.
BalasPadamsaya tak sanggup dan tak rela berkongsi kasih sayang suami..tapi kalau suami saya nak kawen lagi, saya takkan marah.sbb mungkin sy tak cukup baik buat suami sy.emm.tapi sy juga akan minta cerai..tak bermakna saya ada jantan lain yg menungu..semata2 tak boleh berkongsi....
BalasPadamsy rasa pompuan ni beria2 nak minta cerai bukan seperti yg dikatakan da ada jantan lain yg menungu..dia marah2 suami dia kawin lain dan pompuan yg kawen dgn suami dia tu.sbb dia tgh marah lah tu..bila org tgh marah semua boleh terlepas cakap..
jodo ada di tgn TUHAN.dia pun taktau satu hari nanti dia akan kawin dgn suami org jugak..
kita pun tak pasti nasib kita satu hari nanti ada kah seperti pompuan ni..dan kita taktau apa yg akan kita lakukan.adakah kita seperti pompuan ni...
Alamak... topik ni makin hangat. Tempreture masing-masing dah naik. Bagaimanapun, terima kasih kerana beri komen. Komen anda sangat-sangat dialu-alukan.
BalasPadamKadang kita ni mengata orang sbb imaginasi belum teruji oleh realiti dan merasa kita ni dah baik sangat...
BalasPadamTIADA PENJARA SYARIAH UNTUK ISTERI YANG MINTA CERAI PADAHAL DOSA BESAR...
BalasPadambergegar arash tuhan bila seorang isteri meminta talak dari suaminya. nampak tak pengaruh iluminiti dalam diri muslimah? poligami yang halal diharamkan mereka. jangan sesekali menghalalkan yang haram @ sebaliknya
BalasPadamAlhamdulillah isteri saya antara terbaik. Hampir 18 tahun kahkwin tanpa anak. Dah ambil anak angkat, sekarang umur 7 tahun. kami sedang tunggu keputusan IVF. Seandainya tak mengandung, saya direstui bernikah lagi. Saya doakan semoga ALLAH lapang dada isteri saya diatas dugaan dihadapi. Saya antara suami yang gembira atas planet bumi nie...
BalasPadamtidak lah isteri anda antara yg terbaik krn anda terpaksa menunggu 18 tahun untuk dibenarkan bernikah lagi... ada ke nak kahwin perlu restu @ izin isteri tua.. pelik lah... nabi pun tak buat begitu...hebat sgt ke isteri anda sampai perlu dpt restu & izin???? setau saya restu dari ibu bapa untuk anak....utk poligami tak perlu dpt izin isteri...
BalasPadammmg la tak perlu, tak kena ingat, isteri dia bukan isteri nabi, bg mengelakkan pergaduhan yg berpanjangan,se kurang-kurangnya bitau la, agar rumah tangga tak kucar kacir jadinya
Padam