Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Disember 2011

Saya Nyaris Kemalangan, Lori Terbabas

Saya memandu di belakang sebuah lori kecil tanpa muatan dalam 80kmj. Kalau ada peluang, nak potong lori berkenaan tapi banyak selekoh dan garisan berkembar di situ, jadi ikut dari belakang saja. Tiba-tiba di satu selekoh, lori tu macam hilang kawalan dan masuk jalan ke kanan. Mulanya saya ingat dia nak potong kenderaan seperti moto di depan tu, tapi tidak.

Bila sudah terbabas ke kanan, dia cuba masuk ke kiri semula tetapi gagal. Masa tu, ada kereta datang dari arah bertentangan dan dia cuba elak. Akhirnya lorinya termasuk ke dalam gaung di sebelah kanan. Alhamdulillah, saya berjaya kawal kereta saya, brek mengejut dan berjaya kawal kenderaan.

Saya berhenti untuk tolong orang ini, kereta lain pun turut berhenti, bukan dan tengok nombor ekor, hehee..... Tak sampai 5 minit, pemandu lori, lelaki 20-an berbaju merah, keluar dari lori dan naik ke atas jalan. Nampaknya dia lansung tak cedera dan memberikan isyarat ibu jari tangan 'good' pada saya. Dia mengelak bila dia nampak saya nak merakamkan gambar dia.


Beginilah keadaan jalan, selekoh dan tiada bahu jalan. Kesan tayar lori tadi jelas kelihatan.


Saya lihat pada kesan tayar lori tu, ada seekor ular mati kena langgar, mungkin secara kebetulan, dah ajal dia. Ekor ular ni masih bergerak.

4 ulasan:

  1. الله يحفظك ويحميك ويطول عمرك
    hati2 memandu tuan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, ustaz selamat & pemandu lori tu sekali...ular tu dah sampai ajal dia...Smlm pagi suami sy mesin rumput, terkena katak secara tak sengaja...agak cedera parah...petangnya katak tu dah tak bernyawa lagi...

    BalasPadam
  3. Nasib baik semuanye selamat...bahaya kalau memandu belakang lori mcm ni...pemandu lori ni mengantuk ke ustaz?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.