16 Disember 2011
AWAS, Satu Taktik Penipuan Melalui Email
Saya terima satu email dan saya tahu ini satu perangkap penipuan, saya tak layan email macam ni. Silalah baca email ni.
"Nama saya adalah Faridah binti Ismail. Saya berkerja sebagai Executive Pemasaran di syarikat J&H Livestock Company di England.Saya ingin mengenalkan anda dengan peluang untuk perniagaan yang hebat.Saya amat memerlukan perihatin anda terhadap proposal ini kerana kita akan dapat keuntungan bersama dalam segi kerjasama dan persahabatan.
Saya menghantar email ini kepada anda kerana anda adalah teman seibu negeri saya daripada Malaysia oleh kerana itu saya percaya yang anda akan memberi sokongan dari segi moral dan kejujuran untuk proposal ini.Saya tidak mahu kehilangan peluang ini kerana saya tahu bahawa kita akan perolehi keuntungan bersama dalam perniagaan ini dimasa sekarang dan juga masa depan.
Saya memerlukan seorang ejen pembekal untuk perusahaan ditempat saya berkerja. Perusahaan yang saya bekerja ini memerlukan sejenis product yang bernama (amikacin aminoglycocide atau juga di panggil gentamicin) produk ini adalah sebuah anti biotik khas yang hanya boleh diterima dalam bentuk suntikan dan bukan untuk penggunaan dalam segi penerapan ia boleh mengubati penyakit tuli dan kerosakkan buah pinggang.
Product ini adalah tulen di Malaysia dalam harga anggaran($ 2,300usd sekotak) sedangkan bekas pengurus pembelian syarikat kami menjual kepada kami dalam harga anggaran ($ 4,350 usd sekotak)sejak pengurus pembelian kami meletakkan jawatannya monopoly ini sudah dibubarkan.Saya sedang mencari seseorang yang sanggup menjadi pembekal kami untuk bergabung dalam satu perkongsian kepada perusahaan kami sekarang.
Maka dengan tujuan ini saya email kepada anda sekiranya anda berminat untuk perniagaan proposal ini. Saya cuma perlukan anda untuk menjadi orang tengah dalam transaksi antara penjual dan perusahaan kami.Ini adalah peluang perniagaan yang akan memberi keuntungan yang besar untuk kita bersama, jadi saya memerlukan kerjasama anda untuk menjadikan usaha ini sebagai satu perniagaan yang berjaya.
Saya akan memberi lebih maklumat lagi berkenaan perniagaan ini sekiranya anda sanggup menjadi pembekal produk kepada perusahaan kami .Permulaannya saya mahu mengikat sebuah persetujuan kontrak untuk anda sebagai pembekal kepada perusahaan kami.Dalam segi peratusannya pula harga sebenar bagi pembelian produk ini dari perusahaan kami adalah ($ 4,350usd)dan dari Malaysia pula adalah($ 2,300usd) Perusahaan kami memerlukan tidak kurang dari 50 kotak dan tidak lebih dari 500 kotak.
Tujuan saya memerlukan anda sebagai ejen kami adalah untuk talian penyambungan antara penjual penduduk Malaysia yang tepat ke perusahaan kami supaya keuntungan marginnya boleh dibahagi antara kita berdua.70% kepada anda dan 30% kepada saya.Bantuan anda yang utama untuk saya untuk berkomunikasi dengan pengurus saya menyatakan bahawa anda boleh membekalkan produk ini kepada perusahaan kami dan dari situ anda boleh mengetahui lebih mendalam lagi tentang segi pembayaran dan harga.
Tindak balas segera dari anda adalah amat di hargai supaya saya dapat memberikan maklumat selanjutnya tentang informasi penjual produk kami yang di malaysia dan juga untuk mengetahui jika mereka ada stock produk penjualan itu untuk di bekalkan kepada anda sebelum pengurus baru kami tiba ke Malaysia untuk membeli semula produk itu sejurusnya daripada anda.
Tetapi amat penting untuk diingati bahawa selaku orang tengah pengurus kami akan menguruskan segalanya dengan tepat kepada anda dan bukan penjual produk ini untuk tidak menjejaskan perniagaan dan pengurusan ini. Terimakasih atas masa dan prehatin anda untuk membaca proposal perniagaan ini."
Sekian wassalam,Farida Binti Ismail
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Gagak punya kerja ni
BalasPadamyea.. setuju...
BalasPadamxgagak... si awang...
apa xbalas ustaz...?
ckp siap2....
3 hari lepas...
dah bankin... 2.4 juta.. hehehe !!!
memang banyak kat emel mcm ni..xpernah percaya pun...tp kalau org yg nak cepat kaya mungkin mudah terpengaruh tanpa pikir panjang
BalasPadamSalam. Tuan kadi, syukran jazilan sebab ustaz post thread ni. Pengalaman saya pada tahun 2006. Saya menerima email sebegini daripada minat salleh di UK. Saya berkomunikasi dengan perempuan tersebut melalui email dan telefon. Modus operandi mereka: seorang mat saleh yang menyamar sebagai doktor veterinar akan menelefon mangsa menyatakan dia baru sahaja sampai ke malaysia. Dia bagitau, seorang perempuan Melayu akan datang bersua muka dengan bakal mangsa. Saya bagitau mat saleh tsb, dia berikan duit dia kepada saya dan saya belikan produk tsb untuknya. Mat saleh tu cakap, mana boleh macam tu (dalam bahasa mat saleh).Kemudian, seorang perempuan Melayu bertudung dtg memberikan sekotak prudok tersebut. Bila dia dah dapat duit, hp perempuan melayu dan mat saleh menyamar tu terus dimatikan.Akibatnya, produk yg harga tak seberapa dapat, duit lesap.
BalasPadamPesanan saya. Mana ada orang nak bagi kita duit senang2 je macam tu. Sahabat semua perlu delete je email macam ni. terima kasih tuan kadi.