30 November 2011
Isteri Serang Suami di Rumah Isteri Baru, Lepas Tu Mohon Diceraikan
Isteri 40-an sebelum ini ada syak yang suami dia dah kawin lagi satu, tapi buktinya tak ada. Bila ditanya pada suaminya 40-an, suaminya tak mengaku. Suami kata, jangan suka dengar cerita orang. Bagaimanapun, ahli-ahli mensyuarat tingkat sering saja buat cerita yang suaminya dah nikah lagi.
Pada satu malam tu dalam jam 10.00 malam, isteri pergi ke kedai beli barang dan lalu di satu taman tu. Dia terkejut melihat kereta suaminya di rumah teres itu. Rumah itu terang di bahagian depan, tapi di dalam rumah agak gelap. Tadi, suaminya keluar rumah untuk jumpa kawan-kawan bincang pasal perniagaan. Ini kenapa pula pergi rumah orang ?
Beranikan Diri
Isteri beranikan diri pergi ketuk rumah tu seorang diri. Tak lama kemudian, pintu dibuka oleh seorang wanita lingkungan 30-an. Dia kata nak jumpa suaminya, namanya sekian. Bila melihat keadaan itu, suaminya pun muncul. Maka berlakulah pertengkaran. Akhirnya suami mengaku dia dah bernikah dan menunjukkan surat nikah.
Dalam keadaan kelam kabut tu, jiran-jiran berkumpul beramai-ramai untuk melihat drama menarik itu. Beberapa orang ahli rukuntetangga yang membuat rondaan malam itu pun tiba. Mereka menasihatkan perkara itu diselesaikan di pejabat kadi keesokan harinya.
Isteri Minta Cerai
Keesokannya, si isteri datang ke pejabat kadi untuk meminta cerai. Bila diminta untuk ke unit kaunseling, isteri pun menunjukkan reaksi yang tak sedap juga. Dia kata dia nak mohon cerai dan bukan nak kaunseling.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tidak salah beristeri lebih daripada satu tetapi kenapa nak beristeri lebih daripada satu jika isteri pertama itu memiliki segala-galanya dan cukup syaratnya? Mungkin ada yang berkata dalam Islam telah menetapkan syarat boleh nikah sehingga 4 orang perempuan kenapa hendak nafikan hak seorang lelaki..sebelum tu tanya diri sendiri wahai kaum Adam, adakah anda bernikah lebih daripada satu kerana menegakkan syiar Islam??...kalau dapat seorang perempuan yang cantik dan mengiurkan lebih daripada isteri pertama sebagai isteri nombor dua tu kerana menegakkan syiar Islam ke?? Fikir-fikirkanlah...
BalasPadamKadiKluang patut mulakan contoh dengan nikah lagi satu, duit cukup, pangkat pun ada, rupa pun hensem. Ramai perempuan yang hendak. Dan jadi contoh pada orang lain..... hehehe. Jadi, tuan kadi kena mulakan dulu. Tak gitu tuan ?
BalasPadamKenapa perlu minta cerai kalau suami kita kawin lagi satu. Sebaliknya, akuilah yang itu adalah ketentuan Allah dan suami kita itu bukan milik kita seorang. Asalkan suami kita tidak tinggalkan kita dan tak abaikan kita dan anak-anak, sudahlah.
BalasPadamPerasaan ini memang sukar diatasi, sebaliknya banyakkan bersabar. Carilah ketenangan dengan menghampirkan diri lebih dekat kepada Allah dan jadilah isteri yang taat.
...Mira
maaf cik mira, pd sy jika suami saya kawen laen, maknanyer saye x sempurna buat dier. jd utk ape bersama lg jika pd dier sayer nie x sempurna, biar la dier idup dgn org yg sempurna. n untuk ape sy bermadu? jika akn lbh tambah dosa dr pahala. sbb saya akn jdk krg aja dgn suami, dan akn hati busuk pd isterinyer lg 1. lg pown akn saket ati n blh gler kowt. mmg crai x digalakan.tp jika ea lbh baek, sy akn plh crai jika suami saya madukn saya. minx2 dijauhkn.
BalasPadampd perempuan2...mengapa perlu ambil suami org? mungkin yg mengambil xkn raser sgt, tp yg diambil terlalu perit. lg 1 pd pompuan2 yg nk jdk bni kedua, blh x law laki awk 2 nk kawen no 3? mest si no2(perampas) akn cemburu jika suami ade yg laen kan? np maser amek laki org, x pk lak perasaan yg no 1?
Memang susah untuk menerima hakikat hidup bermadu.Tetapi itu hanya peringkat awal sahaja.Sekiranya minta bercerai memang gembira pada mulanya tetapi bila masa berlalu akan timbul bermacam-macam fikiran.
BalasPadamAlahai....cukup menyedarkan...hanya orang-orang yg mengalaminya tahu n sgt memahami situasi ini...saya terpanggil untuk memberi komen...semua ketentuanNya...semua yg ditentukan ada hikmah disebaliknya...kita sbg hambanya berdoa n berusaha yg terbaik untuk diri kita n masa depan kita...dugaan sangat besar kepada anak dara,janda n sewaktu dgnnya bila mengambil,terambil,diambil,sajek2 ambil suami orang...betul tak TUAN KADI....ehem..sekian..terima kasih.
BalasPadamini semua ketentuan allah.kita kena berbalik pada YANG SATU kira ini berlaku pada kita.tak semua orang sempurna.no 1 ke 2 ke 3 ke 4 ke...suami kita pun tak sempurna..kira terjadi di kalangan kita bersatu hatilah.insyaallah..bukan suami je yang mendidik kita..kita pun dapat sama mendidik suami malah nmpk kelemahan dan kesilapan diri masing2.ini semua dugaan allah.kira kita renung kepada NYA...tenang hati kita,yang penting semua pada hati kita.wasalam.
BalasPadamAgent Hartanah... Kalau tak mahu dimadukan, sekarang ni jagalah suami kamu tu baik-baik, layan cukup-cukup. Jangan layan lebih kurang saja, nanti suami kawin lagi, mulalah menyesal.
BalasPadamHeheh. isu yang menarik. Tapi kalau isteri kata suami kawin lain sebab dia dah x sempurna, saya rasa x betullah. Cuba balikkan ayat pulak. Isteri rasa dia sempurna sebab suami x kawin lain? Wow. adakah org yg sempurna di dunia ini? Tapi yelah itu pemahaman dan pemikiran memasing. jadi jagalah suami sebaiknya.
BalasPadamentalah awk, saye mmg xnk dimadukn n saya gak xdpt sempurna lyn dier.pnt jdk perempuan nie. saya belajar lg, nk crik duet bantu dier lg. tp sy mmg tgskn xkn madu sbb buat penat saye tlg dier law dier x hargai sy.minta2 allah jauhkn. ade ke pmpuan yg blh terima dgn rela laki dier kawen len n xder sakit ati ataw gado?saye punye pakcik kawen 2 secara senyap. bni dier da ok n redha bler dpt tahu. muler2 baek no 1 dan 2. tp mmg madu 2 xley.skrg berperang je.
BalasPadamtanpa nama. awk kater muler2 je pahit, t lame2 ok.ade ke? awk ade cth ke?
BalasPadam