Selepas Ini Turun Atau Naik ?
Lepas tu kawan saya telefon, dia terfikir, adakah dia nak jual kalau harga naik nanti ? Saya kata kalau harga emas USD 1900, kalau jual, nanti duit itu nak buat apa ? Maknanya dia jual dengan harga itu, kira dia untung. Dia jawab, duit tu nanti letak dalam akaun KFH saja. (Untung pengetahuan, akaun pelaburan emas KFH lain, akaun simpanan biasa lain)
Saya tanya, dah ada duit dalam akaun, nak buat apa dengan duit tu ? Dia kata biarkan saja. Saya tanya, kalau harga emas terus naik macam mana ? Dia kata, biarkan saja. Okey, saya kata, kalau biar saja, nanti kita tak dapat nak melabur lagi. Nak beli emas, emas dah naik. Kalau nak beli, kena tambah duit lagi. Kalau nak jadi pemerhati saja, nanti hati ada sakit. Bercakap soal hati, bukan senang, hati-hati dengan hati, nanti kena makan hati.
Nak tau bagaimana sakitnya hati, tanyalah orang yang masuk bursa saham. Tapi orang masuk bursa saham, hati sakit tak lama sebab lepas tu dia boleh beli saham lain yang ada ratusan kat situ yang harga masih murah. Tapi bagi pelabur emas, itulah emasnya, bermakna kalau saham, satu sajalah sahamnya. Nanti dia pening kepala memikirkan.
Kalau Tak Jual ?
Kalau dulu beli harga USD 1700, kalau naik USD 1900, kalau tak jual, takut harga turun balik macam hari tu sampai dekat-dekat USD 1600. Maka kena fikir betul-betullah. Jangan nanti, depan mata dah nampak untung, tapi disebabkan tak jual, tak dapat untung.
Lagi satu, caranya ialah jangan jual tapi pegang saja terus. Ini adalah bagi pelabur yang banyak duit dan bukan bergantung kepada duit pelaburan itu untuk belanja harian. Untung-untung harga emas akan terus naik dan tak turun-turun lagi. Tapi bolehkah begitu. Saya jawab, tidak ada seorang pun yang boleh beri jaminan.
Boleh Ker Kita Beli Sekarang ?
Sekarang harga emas dah tinggi berbanding sebulan dua yang lepas. Jadi, yang belum melabur dalam emas, patutkah kita beli ? Saya tanya kawan saya yang dah melabur tu, dia kata jangan beli dulu. Tunggu harga turun sikit, nanti baru boleh beli. Pada saya, itu cuma pendapat peribadi dia saja. Nak dijadikan panduan, dia bukan ada ilmu banyak sangat pasal emas ini, dia baru melabur 4-5 bulan kebelakangan ini.
Harga Emas Turun dan Naik
Nasihat saya kepada pelabur emas, jangan taksub sangat. Dalam tulisan saya ini, saya nak cerita bahawa setiap pelaburan, ada risiko turun dan naik, ada untung dan ada rugi, bukan untung saja dan bukan rugi saja.
Ada setengah orang, dia dapat satu benda baru, terus datang semangat di luar kawalan sedangkan ilmu dia bukanlah banyak sangat. Baru dengar ceramah emas sikit, terus jadi taksub melulu, harap janganlah jadi begitu. Jadilah pelabur yang bijak, sama ada kita melabur dalam emas ker, hartanah ker, bursa saham ker, amanah saham ker, atau lain-lain, berhati-hatilah.
.....BERSAMBUNG KE EPISOD 10
http://kadikluang.blogspot.com/2011/11/masa-untuk-emas.html
saya pun ada beli bulan March tak silap...sekarang kira dah untung...tapi tak jual lagi simpan dulu at least setahun.
BalasPadam