Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 November 2011

Sayangkan Sangat Isteri Dia, Diceraikan Talak Tiga


Seorang lelaki 40-an dan isteri 40-an hidup bahagia dengan perkahwinan dalam 20 tahun. Dikurniakan 5 anak yang sedang belajar. Lelaki kerja swasta dan isteri dia surirumah sepenuh masa. Isteri dia ada juga terlibat dalam sedikit perniagaan jualan lansung bersama kawan-kawan dia untuk mengisi masa lapang. Lama kelamaan, isteri semakin kerap keluar rumah dan suaminya jadi kurang senang dan wujud perasaan cemburu.

Suami kata, kalau nak keluar rumah, perlu minta izin dari suami. Lepas tu, isteri ikut juga tapi kekadang tu ada juga dia keluar rumah tanpa izin. Maka suami rasa tak puashati dan beberapa kali bertengkar. Sehingga satu hari, suami telah mengeluarkan kata-kata,

"Lepas ini, kalau awak keluar rumah tanpa izin saya, jatuh talak tiga". Kata suami dan didengar oleh isterinya dalam rumah.

Isteri sedar dan tahu serba sedikit hukum syarak dalam bab cerai secara taklik ini. Dia pun, setiap kali hendak keluar rumah, pasti minta izin dari suami melalui bersemuka, telefon atau sms. Bagaimanapun, selepas 5-6 bulan, isteri keluar rumah pada satu hari tanpa minta izin suaminya. Hari itu, dia minta izin tetapi suaminya tidak benarkan dan isteri keluar juga.

Selepas itu, isteri rasa bersalah dan memberitahu kepada suaminya sehari selepas berlaku. Suami hadir ke pejabat kadi dan merujuk kes ini. Ulasan pegawai menyatakan, keputusan akan diputuskan oleh mahkamah syariah. Bagaimanapun, pegawai berkenaan menyatakan kes ini serius dan pasangan ini diminta tidak tinggal serumah lagi sehingga mahkamah memutuskan status perceraian dan jumlah talak.

Kedua-dua suami dan isteri ini menyesal atas perkara yang berlaku ini dan hanya mampu menangis. Suami kata, dia masih sayangkan isteri dia dan dia cakap macam tu pun sebab dia sayangkan isteri dia.

9 ulasan:

  1. sampai talak 3 terus pulak tu..ish ish

    BalasPadam
  2. Fikir dulu sebelum berkata.Terlajak perahu boleh diundur...

    BalasPadam
  3. sampai talak 3 tu zalim sangat.. tapi yerlah sekarang ini ramai para isteri yang buat mcm endah tak endah dengan arahan suami, dan kurang rasa hormat dan patuh dengan suami,

    bagi mereka nak keluar rumah atau pergi kemana-mana tidak perlu beritahu dan minta izin suami... sebaliknya suami nak melangkah keluar pintu rumah pon nak kena bagitahu isteri, nak kena bagitahu kemana, dengan siapa, atas urusan apa dan begbagai lagi solan yang perlu di jawab... mcama dah terbalik dunia ini...
    si suami yang tak suka bertengkar terpaksa patuh dengan arahan isteri... kalau tidak pertelingkahan akan terjadi dan si isteri akan buat perangai.. bila di tegur akan melenting silap hari bulan keluarga akan masuk campur - sbb isteri masih lagi utamakan bapa sendiri berbanding suami ...

    BalasPadam
  4. Salam Ustaz , apa yang ingin saya kongsi ni berkenaan masalah saya...Suami saya gemar sangat melayari laman sembang seperti tagged,my space dan seumpamanyalah ,disebabkan tahun lepas dia bekerja jauh aktiviti dia makin berleluasa siap bergayut di telefon lagi ,siap ada nombor kedua untuk aktiviti ini,bulan lepas dia berpindah balik kerja disini..maybe tuhan nak tunjukkan satu hari dia balik kerja tanpa mengeluarkan simkad another nombor tu dan saya pun terbaca sms antara dia dan perempuan perempuan ni...masa tu memang rasa hancur hati saya macam nak cerai jer.Saya tanya dia dengan baik samaada dia nak kahwin lagi ker , saya tak kisah tapi dia cakap masih sayangkan rumahtannga kami sebab saya taknak bermadu dengan ikhlas saya minta dia lepaskan saya dan pilih dari perempuan perempuan yang dia layan tu buatlah bini..sebabnya dengan umur yang makin meningkat (35) dan dia pun (40 an) tak kuasa dah nak bertekak benda yang sama berpunca dari dia..dia cakap just layan untuk suka suka, tapi saya masih tak percayakan dia sebab dia buat bukan sekali ni dah banyak kali...jadi penyelesaiannya saya minta dia lafazkan taklik kat saya sekiranya suami saya melayari laman laman seperti ini atau melayan mana mana perempuan lagi maka jatuh lah talak ke atas saya...apa pendapat ustaz

    BalasPadam
  5. Soalan berbelit-belit, dia dah lafazkan perkataan apa ?

    BalasPadam
  6. Maaf ustaz saya minta dia lafazkan ikut permintaan saya sbb dia ckp tak nak buat lagi walaupun rasa sukar nak percaya lafaz dia " Sekiranya abang ada melayari mana mana laman sembang dan berhubung dengan mana perempuan (melalui telefon) maka jatuh talak satu pada Ayang ( saya)
    jadi kalau dia buat juga jatuh tak talak ustaz walaupun tanpa saksi sebab masa lafaz tu antara saya dan dia saja tapi family saya dah tau tentang lafaz ni sebab saya dah beritahu
    lagi satu ustaz dia ni sering mengaku bujang dengan perempuan perempuan ni siap bersumpah mengaku bujang apa hukumnya ustaz?

    BalasPadam
  7. setuju yaa amat sgt dgn "inilah aku"..
    itu yg udah tua2 bangka...
    antara mak ayahnya...
    bagaimana pulak dgn yg muda belia ni..?
    makin ramai yg kurang hajarnya..
    pantang org lain tegur skit...
    menjeling kanmain lagi.. !!
    itu belumnya.. kena marah !!
    kan banyak dah contoh teladannya...
    kes2 guru kena belasah...
    malah kes mak ayah..
    kena bunuh pun penah terjadi...


    kpd puan
    Tanpa Nama 1 November 2011 3:26 PTG ...
    elok sgt la.. hubungai ustaz scara peribadi...dan bincang/tanya...

    BalasPadam
  8. " Sekiranya abang ada melayari mana mana laman sembang dan berhubung dengan mana perempuan (melalui telefon) maka jatuh talak satu pada Ayang ( saya)". Kata suami.

    Jadi kalau selepas itu suami ada layari laman sembang dan berhubung dengan mana perempuan, maka secara zahirnya jatuhlah talak satu.

    Kalau ini terjadi, sila buat aduan segera di pejabat kadi dan akan dibawa ke mahkamah syariah. Boleh datang sama ada isteri atau suami atau kedua-duanya sekali. Sekiranya jatuh talak satu dan masih dalam edah, boleh rujuk. Elok datang pejabat segera kerana kalau lewat, edah sudah tamat dan tak boleh rujuk, kena nikah yang baru.

    BalasPadam
  9. yg pompuan sikit2 mintak cerai, yg lelaki sikit2 ugut nak cerai...

    mari lah hidup dalam suasana yg positif sikit - contohnya kalu marah kat isteri, suami cakaplah;"kalu ko degil sangat, aku bagi kau rantai emas"... untuk isteri pulak kalu sakit hati sangat dengan suami, doa la banyak2 dalam solat dan lepas solat semoga ALLAH tunjukkan dia jalan diredhai. masa masak pulak, sambil kacau kuah/kari/lauk/sayur tu sambil2 la selawat dan zikir.

    hidup suami isteri mmg banyak cabarannya. ada masanya gembira, ada masanya sedih, ada masa suka ada masa duka. mana ada manusia hidupnya 24 jam ketawa? ada ke?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.