Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 November 2011

Pelajar Dapat Duit RM 100, Janganlah Buat Enjoy

Semalam ramai pelajar yang dah dapat duit sumbangan kerajaan RM 100. Ini merupakan kali pertama (yang saya tahu) kerajaan memberikan sumbangan seperti ini, menunjukkan keperihatinan kerajaan kepada seluruh masyarakat.

Diharapkan dengan pemberian ini, dapat serba sedikit membantu pelajar terutamanya mengenai persiapan persekolahan tahun depan. Itulah sebenarnya hasrat kerajaan untuk meringankan dan membantu kewangan ibu bapa. Sebagai ibu bapa terutamanya bapa, perbelanjaan sekolah menjadi keutamaan yang nombor satu. Pemberian oleh kerajaan seperti ini perlu diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Jangan Salahguna

Semalam, petang, saya ke sebuah kedai di Kluang, beli barang. Masuk ke kereta, saya nampak ada dua orang pelajar  sekolah menengah lengkap dengan pakaian sekolah, turun dari tingkat atas bangunan itu.  Terfikir juga saya, dari mana pelajar itu ? Bila saya baca papantanda, rupanya di tingkat atas itu adalah pusat snooker.

3 ulasan:

  1. Itu dah kira bagus keluar dari pusat snooker,...
    kalau keluar dari Rumah tumpangan lagi parah.

    BalasPadam
  2. Budak kecil tak boleh pegang duit byk2 kata Hj Bakhil....

    BalasPadam
  3. kanapa duitnya diberi pada anak,buat je potongan untuk bayaran untuk sekalah

    BalasPadam

Dipersilakan komen.