Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 November 2011

Suami Orang 40-an Bertunang Senyap-senyap Dengan Anak Dara 20-an

Berkenalan hampir dua tahun di sebuah pejabat kerajaan, akhirnya seorang peniaga 40-an bertunang dengan anak dara 20-an, kerja kerani di pejabat kerajaan. Anak dara ini tahu yang lelaki ini sudah ada isteri dan beberapa orang anak. Dia juga tahu, hidup lelaki ini bahagia dengan isterinya. Cuma dia menafikan yang dia perompak atau perampas suami orang. Dia jawab ringkas, sudah suratan takdir menentukan, macam lagu kumpulan 'Carefree' tahun 80-an dulu.

Pertunangan berlansung di rumah perempuan dan diadakan sedikit majlis. Kawan-kawan lelaki juga datang, yang tak datang adalah keluarga lelaki. Mana nak datangnya, bertunang pun senyap-senyap. Tempoh bertunang adalah dalam setahun tetapi tarikh belum ditetapkan. Dalam fikiran lelaki, pasti banyak ranjau dan liku yang perlu difikirkan dan diselesaikan dulu sebelum dapat bernikah nanti.

4 ulasan:

  1. kadangkala benar juga seperti mana yang dikatakan orang bahawa cinta itu buta..tetapi bagi pendapat peribadi saya sebenarnya nafsu itu yang buta tidak mengenal samada sudah beristeri atau beranak pinak..asalkan boleh melayari bahtera dara. Mudah-mudahan jodoh mereka ini atas dasar kasih dan sayang bukan kehendak syahwat yang membara..tetapi kenapa si isteri tidak dimaklumkan?..tak patut si suami berbuat demikian..kasihan anak-anak yang tak tahu hujung dan pangkal..sekadar pandangan.

    BalasPadam
  2. jika isteri dimaklumkan..
    mungkin lepas.. mungkin tidak...

    juga jika isteri dimaklumkan..
    mungkin bermadu.. atau mungkin 'ceraikan aku'..

    sememangnya nikmat melayari bahtera dara..
    apatah lagi.. sbulan dua.. katanya.. semuanya indah dan cantik belaka...

    bagaimana pula... 7-9 thn akan datang..
    masihkah ada lagi nikmatnya..?
    apatah lagi bakal suami sorang ahli perniagaan..
    tentunya bergelumang dgn hutang dan pinjaman..

    ni nnt tentunya ada akan menjawab..
    'org lain bleh'..
    cuma masalahnya.. 'kita boleh ke..?'
    klu bleh.. 'carry-on jer la..'

    wallahu a'lam

    BalasPadam
  3. ketika kita bercakap tentang takdir & jodoh pertemuan, hati kita juga bersuara. Apakah suara2 itu? Hanya yang empunya diri yg tahu.

    BalasPadam
  4. Benarlah kata org ... perempuan juga yg merobohkan kebahagian rumahtangga perempuan.

    So ... yg perempuan tu fikir-fikirkan lah.

    Yg jantan pula ... ikutlah sunnah Nabi SAW dgn betul ... kahwinilah seorang saja anak dara ... yg lain tu mestilah janda-janda ... ade berani ikut sunnah Nabi SAW.

    Nani Cheras.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.