Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 November 2011

Hati-hati Penipuan Jualbeli Tanah

Seorang rakan facebook saya dari sebuah negeri bertanya kepada saya, berkenaan ada satu tanah untuk dijual. Tanah ini dijual dengan harga yang sangat murah dan dipenuhi sawit yang sedang mengeluarkan hasil. Dalam masa seminggu, saya bertanya kawan-kawan saya yang lebih mengetahui perkara berkenaan. Kawan saya beritahu, yang  tanah itu sebenarnya tidak wujud.

 Seorang lagi kawan saya kata, orang yang  menjalankan urusan menjual tanah itu adalah orang tidak siuman. Individu ini pandai menggunakan nama orang pejabat tanah tetapi, orang di pejabat tanah tidak tahu menahu lansung. Malah, orang di pejabat tanah sendiri memang tidak senang dengan individu berkenaan tetapi susah membendungnya kerana orang ini tak siuman.

Saya juga buka laman mudah.com dan iklan tersebut masih wujud. Saya tidak menyalahkan mudah.com, tetapi individu berkenaan yang boleh dipersalahkan kerana membuat iklan palsu. Baru-baru ini, kawan saya kata ada beberapa orang yang sudah membayar deposit wang tunai kepada individu berkenaan dengan jumlah ribu-ribu, kebanyakannya orang dari luar negeri Johor.

 Bagaimanapun, selepas membayar, dikatakan mereka belum menerima apa-apa perkembangan. Saya cadangkan, kalau ada sesiapa yang tertipu dengan mengeluarkan sejumlah wang, silalah buat laporan polis. Jadi, berhati-hatilah sebelum membeli tanah dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga murah..


2 ulasan:

  1. camne boleh ada manusia sanggup makan wang haram....x cukup didikan btul la ish2..walopun...

    BalasPadam
  2. tuan,jumaat lps sy hampir terpedaya nk g wat byran da..smntra tgu solat jumaat,Allah gerakkan hati sy bukak FB.dpt msg terus sy tawar hati..shgga hari ni da bnyk cerita sy dgr jualan tnh tu mmg scam.alhamdullillah,syukran ya jazillan...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.