Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 November 2011

Isteri Sanggup Berkorban Untuk Izinkan Suami Nikah Lagi Satu

Setelah lebih setahun memujuk isteri dan anak-anaknya, akhirnya lelaki 50-an berjaya juga bernikah dengan janda idamannya, 30-an. Lebih setahun lalu, hasrat nak 'menyelamatkan' janda itu dinyatakan terus-terang kepada isterinya tetapi isterinya terus bertukar jadi 'singa'.

Bukan itu saja, isteri mengumpulkan 6 orang anak, termasuk menantu dan cucunya dalam satu majlis makan malam untuk menentang hasrat itu setahun yang lalu. Malah, ada anaknya yang memberi kata dua kepada bapanya, iaitu tidak mahu mengaku bapa kalau bapanya bernikah dengan janda itu. Bagaimanapun, suami menyatakan hasrat mulianya itu dan berjanji untuk tidak mengabaikan isteri dan anak-anak.

Suami tetap bersabar menempuhi liku-liku itu dan akhirnya berjaya melembutkan hati isterinya. Isterinya hadir ke mahkamah syariah bersama  dan bersetuju suaminya bernikah lagi satu. Keluar saja dari mahkamah syariah, suami rasa amat sedih dan terharu. Sedih kerana isterinya berkata di depan hakim tadi yang dia sanggup berkorban untuk melihat suaminya bahagia.

2 ulasan:

  1. payung emas di Padang Masyar akn menunggu.. tetapi senyuman di muka tak sepedih luka di hati..

    BalasPadam
  2. sedih...law saya, x tahu nk hadapi cmner law laki buat cmni.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.