Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Januari 2010

KEPALA MANGSA BUNUH DITEMUI DI SHAH ALAM



SHAH ALAM 6 Jan. – Kepala seorang mangsa pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan semalam, ditemui tertanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini tengah malam ini. Suspek yang ditahan di ibu negara petang ini dibawa oleh anggota polis ke tanah perkuburan itu bagi menunjukkan lokasi dia menanam kepala tersebut.

Sepasukan anggota Unit Forensik yang tiba di tanah perkuburan itu pukul 11.40 malam ini akhirnya menemui kepala tersebut yang ditanam di tanah tinggi berdekatan sebatang parit di hujung tanah perkuburan itu kira-kira pukul 12.50 tengah malam.Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran mengesahkan polis telah menemui satu kepala lelaki di dalam sebuah beg plastik yang ditanam sedalam kira-kira dua kaki.Suspek, katanya, dibawa ke Tampin untuk mendapat perintah tahanan reman esok, manakala kepala itu dibawa ke sebuah hospital di Negeri Sembilan untuk bedah siasat.- Utusan




3 ulasan:

  1. ish...malam tadi ade tengok berita ni
    dah jumpe upenya..ngeri tol la
    tergamak sungguh die buat macam tu..

    BalasPadam
  2. adakah tertuduh tidak siuman?
    mustahil jika manusia yang siuman melakukan perkara sedemikian rupa..

    BalasPadam
  3. Mungkin juga dia tak siuman. Tapi polis ada kaedah tertentu dalam kes ini. Jangan sampai lelaki ini jadikan alasan sakit mental untuk mengelak dituduh di mahkamah kerana membunuh. Siasatan perlu lengkap sebelum diserah kepada Pendakwaraya. Janganlah dijadikan alasan tidak siuman untuk memandang mudah siasatan kes ini sehingga siasatan kurang lengkap.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.