Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Januari 2010

BURGER SERINGGIT



Kalau nak beli burger murah, pergilah ke kedai kat belakang stesen bas Kluang. Burger Kak Lin. Rasa pun ok jer, bahan-bahan lain pun ada. Kalau kat tempat lain di Kluang, biasa RM 2.50 satu. Sini burger daging 1.00, ayam 1.50. Buka siang dan malam. Tadi baru saya beli burger ni, ambil gambar, adik tu perasan.

7 ulasan:

  1. Salam Ustaz,
    Daging burger tu product company mana ya?Takut2 ada unsur yang meragukan..

    BalasPadam
  2. kalo dok kt Penang kne pos kn??
    hehe >__<

    BalasPadam
  3. OFF TOPIC,

    sekarang ni banyak serbuk teh yang dicampur pewarna supaya lebih memikat selera, petua ni boleh cuba sendiri dirumah

    - Masukkan satu sudu teh kedalam air sejuk. Jangan dikacau, biarkan ia mendap sendiri. Sekiranya terdapat warna keluar tersebar mewarnai air, maka itulah pewarna yang dimasukkan.

    - Teh asli tanpa pewarna hanya mengeluarkan warna dan rasa didalam air panas sahaja. Silalah buat ujian dan berilah komen anda dalam ruangan ini.


    - harap tuan kadi dapat buat eksperimen dulu sebelum mencadangkan jenama teh tertentu kpd pembaca

    http://terkinibersama.blogspot.com/2009/07/teh-pewarna.html

    Kementerian Kesihatan telah menjalankan siasatan berhubung dengan laporan website Agri-Food and Veterinary (AVA), Authority of Singapore (http://www.ava.gov.sg) pada 30/03/2009 berkaitan dengan isu “Recall of Tea Leaves Products from Myanmar”.

    Penarikan balik produk daun teh disebabkan pengesanan pewarna Auramine O yang tidak dibenarkan dalam makanan.

    Auramine O adalah sejenis pewarna kuning yang sering digunakan sebagai bahan pewarna untuk kegunaan makmal dan kegunaan industri kain,kertas dan serta pengusahaan produk berasaskan kulit (leather).

    Kesan akibat terdedah secara langsung kepada Auramine O ialah iritasi pada kulit dan mata.

    pomen seksen7

    BalasPadam
  4. Terima kasih beri komen, kalau tuan ada maklumat lanjut berkenaan bahan tersebut sebagai larangan, sila buat laporan kepada Kementerian Kesihatan. Saya tak mahir bab tu. Setakat ini Kementerian Kesihatan tak haramkan dan teh itu ada si pasaran. Kita jangan tuduh sebelum Kementerian Kesihatan yang kata itu salah...

    BalasPadam
  5. betul betul betul...kalau kementerian kesihatan dah haramkan takkan masih lagi ada jual di pasar2 raya dan merata tempat...emm.....

    BalasPadam
  6. saya berpendapat kita tak perlu harap 100% pada kemeneterian kesihatan,tak terjangkau mereka nak pantau semua. sebab itu saya ingin berkongsi makluman berkenaan pewarna teh ni. sebab saya sendiri pernah menguji jenama teh terbabit dirumah, mungkin keputusan ujian tidak tepat - tetapi hasilnya mendatangkan keraguan.

    Makluman dari Jabatan Kesihatan Pulau Pinang

    http://fsq.moh.gov.my/uploads/Kenyataan_Akhbar_Daun_Teh.pdf

    sekian, posting terakhir untuk off topic.

    pomen seksen7

    BalasPadam

Dipersilakan komen.