16 Januari 2010
Hati-hati Buat Komen Dalam Internet
PETALING JAYA: Seorang pelajar berusia 25 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menulis perkataan ugutan dalam Facebook berkaitan isu penggunaan kalimah Allah. Pelajar itu didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dakwaan terhadap pelajar tahun pertama jurusan Diploma Perfileman itu dibuat selepas dia dituduh menghantar komen: “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...” di laman web rangkaian sosial interaktif tersebut.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
aih..mende camnih plak yang dibawak ke mahkamah nyer. yang kes sebenar nih xnak setelkan plak
BalasPadamsekurang²nya kita kena bertanggungjawab pada setiap perkataan yang keluar dari mulut kita, baru lah "gentle" namanya. Kerana pulut santan biasa, kerana mulut badan binasa.
BalasPadamInilah Malaysia Boleh.... komen picisan sekadar main2, dianggap serius. Perkara yang serius, ditimbang2 dulu membawa keuntungan atau kerugian ke sebelah mana... :(
BalasPadamSemut mati dipijak pijak. Gajah lepas memijak mijak :)
BalasPadaminilah realiti yg berlaku di Malaysia. Ikan jerung dpt lepas diri manakala ikan bilis yg menjadi mangsa...
BalasPadamKesian pelajar ni, dia mungkin maacam gurau-gurau. Tapi kalau ada orang buat laporan polis, maka polis kena ambil tindakanlah. Jadi berhati-hatilah. Jangan main-main, boleh mendatang mudarat pada orang lain dan diri sendiri.
BalasPadam