Beberapa hari lepas, dalam berita tv ada cerita pasal serbuan pihak berkuasa ke sebuah kilang memproses minyak enjin atau minyak hitam tiruan. Serbuan itu adalah sebuah kilang yang memproses dan membotolkan pelbagai jenis minyak hitam. Menurut pihak berkuasa, kemungkinan minyak tersebut adalah minyak hitam kitar semula atau bukan minyak hitam tulen. Kilang itu juga membotolkan minyak hitam itu dengan pelbagai nama dan jenama. Tahniah kepada pihak berkuasa kerana mengambil tindakan. Dengan tindakan itu, telah berjaya menyelamatkan jutaan ringgit wang rakyat dari terus tertipu.
Jual di Bengkel dan Kedai Alatganti
Minyak hitam itu diedar dan dijual di sebahagian bengkel seluruh negara dan kedai alat ganti kenderaan. Pembeli sukar untuk membezakan antara minyak hitam tulen dan tiruan sehingga selama ini sudah ramai yang tertipu. Pengeluar barang tersebut, termasuk pengedar dan penjual sudah untung entah berapa banyak dengan menipu dengan cara ini dan entah berapa tahun atau puluh tahun mereka buat kerja menipu seperti ini.
Saya sendiri selalu beli minyak hitam di kedai alat ganti dan ada pengalaman juga dengan minyak hitam tidak tulen ini. Dalam tahun 2008 dulu, saya dapat satu minyak hitam di sebuah kedai alat ganti dengan harga murah. Kemudian saya pergi ke sebuah kedai yang terkenal menjual alat ganti Honda di Johor Bahru. Bila saya pertikai dia jual minyak hitam yang sama dengan harga yang lebih tinggi, dia ambil masa yang panjang untuk menerangkan kepada saya. Dia menunjukkan pada saya perbezaan antara minyak hitam tulin dengan tiruan.
Minyak Hitam dan Minyak Gear
Dia juga menunjukkan minyak gear auto yang ori dan tiruan pada saya. Dia keluarkan satu buku dan terangkan kepada saya. Dia juga pergi ke stor dia dan bawa satu botol minyak gear auto yang dah kosong dan satu lagi minyak gear yang masih ada isi. Dia tanya saya, apakah perbezaan antara kedua-dua botol itu? Lama saya fikir dan belek kedua-dua botol itu tapi saya tak dapat jawapannya. Rupa-rupanya ada satu cop kecil yang ditebuk dengan elok bermakna barang ori. Manakala satu lagi cop itu cuba ditiru tetapi tidak sama, menunjukkan itu tiruan. Saya sikit pun tak menjangka itu adalah tiruan.
Bahaya Minyak Gear Tiruan
Kepada sesiapa yang pakai kereta Peugeot atau Citroen, kereta itu hendaklah menggunakan minyak khas yang ori sahaja. Kalau kita gunakan minyak lain atau yang katanya ori tapi tiruan, tak lama lagi rosaklah gear auto kita. Jadi, berhati-hati sangatlah kalau tukar minyak gear, pastikan ori.
Kesan Minyak Hitam Tak Ori
Saya tak berapa nampak mengenai kesan kita pakai minyak hitam tak ori sehingga boleh rosakkan enjin kereta kita. Maknanya, apapun minyak hitam yang kita pakai, tidak menyebabkan enjin kereta kita rosak. Kalau pandangan saya ini betul, maka semakin berleluasalah penjualan minyak hitam tiruan di pasaran. Cuma, saya rasa, kalau kita guna minyak tak ori, power kereta kita akan berkurangan sedikit atau berat sikit sahaja.
Dah ramai orang kita kena tipu dengan minyak hitam tiruan ini. Ramai orang pergi ke bengkel kereta nak tukar minyak hitam dan mereka tidak ada kepakaran untuk mengetahui minyak itu tulen atau tidak. Oleh itu, penguatkuasaan pihak berkuasa ke bengkel-bengkel, kedai alatganti kereta dan kilang pembungkusan perlulah berterusan dan tegas.
Pengeluar Tak Mahu Heboh-heboh
Saya berbual dengan seorang pomen mengenai minyak hitam ini. Katanya, minyak hitam tirun sudah lama wujud di pasaran. Pengeluar sendiri pun tahu kewujudan minyak tiruan ini. Tetapi kenapa mereka sendiri berdiam diri? Kawan saya kata, syarikat itu tidak mahu heboh-heboh, nanti orang tahu yang minyak hitam jenamanya itu banyak yang tiruan. Jadi nanti ramai orang tak mahu pakai minyak hitam itu kerana takut terkena yang tiruan. Contohnya jenama minyak hitam ABC yang dah terkenal, tiba-tiba keluar berita ada jenama ABC yang tiruan. Maka, pembeli akan kata yang jenama ABC banyak yang tiruan dan mengelakkan dari memakai jenama ABC ini. Jadi, jenama tiruan ini terus berada di pasaran.
Guna Jenama Lain
Kekadang saya tengok ada saja jenama baru di pasaran apabila saya beli minyak hitam di kedai alatganti. Bila saya tanya, dia kata ini jenama baru yang berkualiti. Jadi, kalaulah yang dikatakan jenama baru ini adalah minyak kitar semula atau minyak entah apa-apa, penjual ada banyak ruang untuk melepaskan diri. Pertama, syarikat yang pada jenama itu tidak wujud atau tidak meniru nama jenama terkenal. Maknanya, tidak ada syarikat yang akan buat laporan mengenai penjualan minyak hitam tiruan ini.
Minyak Masak Kelapa Sawit Sebagai Minyak Hitam
Mungkin kita tak tahu dan ada juga yang tahu, kereta boleh guna minyak masak kelapa sawit sebagai minyak hitam. Kawan saya pakai kereta Proton Saga lama dan Kancil, sudah lebih 8 tahun dia guna minyak masak kelapa sawit sebagai minyak hitam. Dia ini pomen dan dia ada cerita kepada orang lain juga. Dia kata, enjin lebih ringan, bau lebih wangi dan yang paling penting jimat wang ringgit. Dia cuma keluar belanja lebih kurang RM 15 sahaja untuk 4 liter minyak masak.
Saya Tak Pernah Cuba Pun
Saya cerita saja mengenai minyak masak ini, tapi saya pun tak pernah cuba. Sebab saya tak cuba, pertama, saya servis kereta kat kedai. Rasa malu pulak nak bawa satu tong minyak masak ke kedai. Tapi saya rasa, nanti nak try juga dengan gantikan tong minyak hitam dengan minyak masak siap-siap kat rumah.
Sebab kedua, saya takut kereta saya rosak. Yer le, kita beli kereta mahal-mahal, tiba-tiba rosak disebabkan minyak masak tu, kan ker nanti menyesal. Kawan saya tu pomen, kalau kereta dia rosak, dia boleh repair sendiri. Tapi setahu saya, kereta dia tu okey jer. Lagipun kereta dia Proton dan Kancil, kereta saya lain. Mungkin saya anggap kereta saya tak sesuai.
Kenapa Tak Cuba?
Mungkin juga kita ditakut-takutkan dan tak mahu mencuba suatu yang baru. Dunia mengiktiraf yang minyak sawit Malaysia bermutu tinggi dan kajian serta penemuan telah ada mengenai kegunaan minyak sawit sebagai minyak enjin kenderaan.
Banyak Barang Tiruan?
Kita dengar dan baca di akhbar mengenai banyaknya rokok tiruan. Pembelinya cukup ramai kerana harganya jauh lebih murah berbanding rokok yang ori. Walaupun penguatkuasaan dijalankan, tetapi bukanlah mudah untuk dibenteras. Ada pelbagai lagi barang termasuk pakaian, beg dan lain-lain. Saya yang main ping-pong pun, pernah dapat tahu kewujudan getah ping-pong dan bola jenama terkenal yang tiruan. Permainan ping-pong kita akan hilang mutu bila terkena getah tiruan. Bola ping-pong pula tak tahan lama dan kita dapat bezakan rasa apabila memukul bola berkenaan.
Wujudkan Talian Aduan
Saya cadangkan supaya pihak berkuasa wujudkan talian terus untuk membuat aduan mengenai barang tiruan ini. Tidak kiralah apa barang, asalkan boleh dikesan kesalahannya, bolehlah orang ramai buat aduan. Mungkin ada atau mungkin tidak talian aduan ini, saya pun tak berapa tahu sangat. Adalah lebih baik kalau kita hebahkan nombor telefon aduan ini dan identiti pengadu perlulah dirahsiakan.
minyak hitam ni untuk motosikal banyak yang tiruan.Hampir semua jenama.Minyak injin mudah kering bila berjalan jauh.rasanya lebih cair....memang injin rosak kerana minyak selalu kering
BalasPadamgunakan minyak MAXOIL. Kami pengedar minyak mendapatkan bekalan terus dari pengeluar/pemilik tanpa melalui mana-mana orang tengah. Di Kluang pengedar utamanya terletak di Taman Fajar
BalasPadamSalam Ustaz. Boleh gunakan minyak JTX. Free Delivery ke seluruh Malaysia. Bekalan terus dari kilang. Teknologi minyak terbaik yang ada di pasaran menggunakan teknology Tribology. Untuk kegunaan 10,000 KM. Hubungi 014-9321152 (zairi) untuk keterangan lanjut
BalasPadamJTX ni pun menipu jugak ni.. x ada dalam senarai API.. boleh semak status licence kat sini https://engineoil.api.org/Directory/EolcsSearch
PadamKalau search Petronas pun ada register.
wei bodo API npe bodo,jgn main tuduh je,aku pki elok jer..
PadamMaafkan saya. Utk pengguna biasa macam kita ni tak perlu nk pening pasal API sebenarnya.Setahu saya JTX ni adalah jenama rebranding. Walau apa pun jenama asalnya, JTX adalah satu-satunya minyak engine di malaysia yang menggunakan teknologi Tribology.Tiada pada minyak-minyak lain. untuk mendapatkan pengesahan API adalah sukar dan bukan boleh diletak sesuka hati pada mana-mana jenama. Saya yakin syarikat gergasi seperti Shell, Petronas dll tidak akan berdiam diri. Cosway keluarkan jenama Roadmaster. cuba search API. ada tak? kenapa tak disaman? sebab mereka rebranding jenama minyak lain kepada jenama mereka.Jangan rumitkan benda yang mudah.
Padamkalo nk guna minyak masak kelapa sawit untuk motosikal 4 lejang blh ke?
BalasPadamAPI tu American Petroleum Institut.. semua minyak yg diiktiraf, register kat situ
BalasPadamAs salam..sebenarnya, ada cara untuk menguji tahap kualiti minyak yg berada di pasaran..sama ada minyak tersebut tiruan, kitar semula @ tidak..
BalasPadamAssalamualaikum...boelh ker kita menggunakan minyak hitam utk kotak gear...?
BalasPadamTak boleh. Kalau buat, boleh rosak terus gear kita. Sebaiknya gunakan minyak gear khas bagi model kereta berkenaan. Bezakan juga kereta auto atau manual. Bagi kereta Peugeot auto mesti guna minyak jenama Peugeot atau Citroen saja. Kalau tidak, kereta kita boleh rosak terus.
BalasPadamSaya pakai peugeot suv 3008..tgh pening nk cari minyak enjin yg sesuai..sbelum ni pakai kete waja xde masalah..tgk kat blog ustaz bincg2 ni jd takut dan bimbang pulak..mana nk cari minyak yg sesuai ye..kot2 kena yg tiruan
BalasPadamTuan beli minyak hitam di kedai yang dipercayai. Nak lagi mudah, servis saja di Pusat Servis Peugeot tapi biasalah, jangan tanya harganya. Jangan ikut saya, kereta Peugeot saya servis di Kedai Pendek jer. Lagi satu, pasal Peugeot ni, jangan guna minyak gear tiruan, alamat sekejap saja rosak gearbox dia. Jadi sup gearbox ler jadinya.
BalasPadamPetronas syntium...ok x
PadamXthu mne nk beza jtx1000 atau petronas syntium....klau ade alat penguji...bru tahu....kn.rse2 nk pkai jtx1000....
BalasPadamnak guna minyak enjin jenama apa pon blh..
BalasPadamikot limit 5000km..tukar klau x ckup 5000km tukar ikot bulan..3bulan sekali tukar engine oil
guna semi ke fully ke limit 5000km..klau dh lajak smpai 10k,km ke 15k km..enjin mahal pon jahanam..klau nak cerita tentang tiruan ni..dah banyak dekat malaysia..nak tahu minyak tu ok ke x bukak pnutup botol bau minyak tu...kalau tngit tu minyak dh buat blik...klau xde bau tngit,trbakak minyak dia ok...jgn lupa tgk tahun kluaran botol minyak..
untuk kereta2 performance saya, saya guna EO Motul 10W40 4100 turbolight..sejak tahun 2000 lagi. Beli direct secara kotak dari exclusive distributor . Dijamin asli. Performancewise=Superb..
BalasPadamUntuk kereta2 kecik , saya gunakan EO Idemitsu 5W30 fully. Order direct dari Idemitsu Singapore. Dijamin original. Performancewise=excellent.
Untuk bigbikes saya, saya guna EO Idemitsu 10W40 order direct dari Singapore.
Performancewise=Superb.
Bottomline-Gunakan EO original dan certified saja. Tiada was-was..
minyak enjin ada tarikh luput x..??
BalasPadamkalo ade, ape kesan kalo guna minyak yg dah tamat tempoh.
Saya rasa, semua barang ada tarikh luput. Termasuklah minyak hitam.
BalasPadampakai je minyak apa pon jnji ada license dan approval..
BalasPadamMinyak hitam biasanya tiada tarikh luput secara khusus. cuma dinasihati - gunalah did alam tempoh 2 taun dari tarikh pengeluaran.
BalasPadam