Isteri pertama 30-an, bekerja di sebuah pejabat kerajaan dan dikurniakan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah rendah. Dia tewas dengan ejekan dan hasutan kawan-kawan sepejabat yang dah jadi buah mulut orang. Ketenteraman isteri pertama hanya boleh bertahan selama 2 bulan saja. Dari seorang wanita yang penyabar dan lembut, isteri pertama bertukar jadi garang atau istilah yang Ifah berikan adalah 'gila meroyan'.
24 September 2012
Asam Garam Hidup Bermadu : Cerita Dari Isteri Kedua
Ifah, umur awal 30-an, masih anak dara sebelum bernikah, bekerja sebagai eksekutif. Semasa umurnya 20-an, dia tidak menyangka akan menjadi isteri kedua malah amat tidak gemar kalau cerita kisah bermadu ini. Akhirnya, Ifah bernikah dengan suaminya, lewat 30-an hampir 2 tahun lalu. Suaminya ada seorang pegawai di jabatan kerajaan.
Mereka bernikah di sini, bukan seberang dan dapat kebenaran dari mahkamah syariah. Isteri pertama dipanggil ke mahkamah oleh hakim sebelum kebenaran diperolehi. Dalam keadaan yang serba salah dan tertekan, isteri pertama hadir ke mahkamah.
Peperangan besar berlaku antara isteri dan suaminya bila mengetahui hasratnya bernikah lain. Dia hadir ke mahkamah dan membuat bantahan. Bagaimanapun, hakim mempertimbangkan beberapa perkara termasuk kemampuan dan ekonomi suami. Akhirnya mahkamah memberi kebenaran. Ifah menceritakan yang madunya (isteri pertama) pada mulanya menerima kehadiran isteri kedua, tetapi lama kelamaan, berlaku pergolakan.
Isteri pertama 30-an, bekerja di sebuah pejabat kerajaan dan dikurniakan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah rendah. Dia tewas dengan ejekan dan hasutan kawan-kawan sepejabat yang dah jadi buah mulut orang. Ketenteraman isteri pertama hanya boleh bertahan selama 2 bulan saja. Dari seorang wanita yang penyabar dan lembut, isteri pertama bertukar jadi garang atau istilah yang Ifah berikan adalah 'gila meroyan'.
'Gila meroyan, macam mana tu gila meroyan ?'. Tanya ustaz.
'Gila meroyan itu macam orang kena masuk hantu'. Kata Ifah.
'Macam mana masuk hantu tu ?' . Tanya ustaz lagi, seakan tak berapa nak faham.
'Kena rasuk macam orang gila'. Cerita Ifah.
Bercerita pasal gila meroyan dan masuk hantu itu antaranya, isteri pertama sering mengamuk kalau suami tidur ke rumah isteri kedua. Dari pagi siang sampai malam, malam sampai siang, telefon suami akan berbunyi, dah tentu mengganggu ketenteraman. Akibatnya, suami semakin kurang tidur ke rumah isteri kedua dan kalau datang pun dalam keadaan takut-takut macam mat rempit nak curi moto.
Rumah isteri pertama dalam lingkungan 5 km saja dari tempat kerja suami. Semua pakaian suami ada di rumah isteri pertama. Isteri kedua pula jaraknya dalam 40km dan jadi tempat datang-datang suami saja macam orang baca meter letrik.
BERSAMBUNG KE EPISOD KEDUA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kahkahkah !!
BalasPadamlawak.. lawak !!!
pasni ustaz...
1. bleh bawak kisah mat rempit nak curi moto
2. bleh bawak kisah orang baca meter letrik
kihkihkih !!
Suami tu kne tegas lah. Lesen dah besar apa nk takut lg. Klu x btul layanan, suami lapor polis or mahkamah utk tujuan rekod. Mane lah tau something worse yg 1st wife buat nnti, kan? Lapuran td akan jd rekod yg sahih, x gitu?
BalasPadamDan yg mhasut2 tu dapatla share akhirat sikit sorang huhu
Baca meter letrik tiap2 hari ke...hehehe. Hari ni baca meter letrik...esok baca meter air lak....
BalasPadammenarik kisah ni.. tentang mat rempit dan pembaca meter..
BalasPadamkesian kt 2nd wife dia.....sepatutnya husband kena lebih tegas n berani utk selesaikan masalah...
BalasPadammmg lea semua sang suami akan kata...hak lelaki...tapi camne perasan lelaki kalau awak ditempat perempuan....bayangkan time gilpren awak dulu kena kacau, awak pun meroyan gak....
BalasPadamapa yang dikejor sangat..lainlea kalau isteri pertama tak perfect...lama2 isteri kedua pun tua gak bang ooi...(hehe..marah nie..)
"Meroyan"...hahha isteri kedua kata isteri pertama meroyan...entah2 isteri pertama pun kata isteri kedua gila meroyan sebab nak sangat kat laki dia...ini cerita dari 2nd wife....ce dengar 1st wife punya cerita lak...mesti kontra punya...hehehe apa pun seronok baca pengalaman ustaz ni....teruskan menulis ye ustaz
BalasPadamsusah juga jadi menteri nikah khawin ni ye...
BalasPadamSusah nak komen pasal sy pun isteri pertama. Tapi takdelah saya ganggu suami dgn isteri keduanya. Buat tak tau je sebab sy pun sampai skrg tak boleh nak terima isteri keduanya. Sy cuma pegang dah jodoh mereka....
BalasPadamsaya gembira bhw ada juga insan di dunia ini spt puan. semoga puan dimasukkan ke dalam syurga, amin. teruskan khidupan puan spt biasa. peace you...
Padamsama la kte kak..
PadamSye MS RZ, sye pun istri ptama. Dh setahun lebih suami sye kawin lain. Mula2 dpt tahu suami kawin lain mmg mrh tp lepas tu sejuk balik, blaja utk mnerima situasi ni, sye pun sampai skrg tak boleh trima madu sye. Cuma yg tertekannye madu sye pulak yg ganggu & maki2 sye.. huhuhu stressss... MR DZ suamiku... sye tertekannnn
PadamJika tidak mahu sakit hati jgn amik hak orang. bukan senang bermadu. semua kena kongsi. kena banyak bersabar.
BalasPadamsuami itu hak Allah. Tidak ada istilah hak kita..... ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah
PadamYe..btul tu..sy stuju..suami hyalah pinjaman kpd kite..
PadamAlhamdulillah...jadi isteri ke3..walopun umur 24tahun... nkmke syurga bukan mudah..mintalah hati yg tabah.. bykkn pngorbanan dlm hdup..yg plg pnting, cintai Allah yg pertama dalam hdup.phmi agama dan gnjaran menyenangkan ht suami...insyaAllah, jika syurga d impikan... semua bjaya berpoligami.insyaAllah
BalasPadamJika hidup kita bersandrkn agama.xada yg mustahil.hidup bermadu bknlh satu masalah.bila suami kerumah lain.angaplh suami kerjs luar
BalasPadamsy bakal bermadu..umo 28..honey 2bee 24..bru kwin nak msuk 3 thn..mula2 meroyan jugak..coz honey 2bee dh sy aggap mcm adik sndri..kwn baik pon ye jugak..tpi bla pk kan blik..sy redha dgn tkdir yg tertulis..klu dah jodoh diorg kuat spe sye nk lawan kehendak Dia..ble rse sakit dan kecewa tu dtg..juz pk suami bukn hak mutlak sy..dia milik Allah..sume yg jdi ade hkmah..skrg pon kmi boleh klua jalan2 sme b3..hope Allah kuatkan hti sy utk hdup berpoligami..
BalasPadam