07 September 2012
Suami Isteri Rasa Bersalah Walaupun Berjaya Menipu di Mahkamah
Ada orang suka menipu dan penipuannya bermutu tinggi dan berjaya juga. Kemahiran menipu bukan semua orang ada dan bukan senang untuk dipelajari.
Melibatkan Hukum Hakam
Tetapi bagi satu kes ini, seorang lelaki 40-an dan isterinya 40-an sudah bercerai talak satu. Selepas 3 bulan lebih bercerai, kedua-dua mereka telah hadir mendaftarkan 'rujuk' dengan mendakwa mereka telah rujuk dalam tempoh edah. Pertama, perempuan mendakwa dia masih ada edah iaitu belum 3 kali suci lagi. Lelaki pula mendakwa telah rujuk dalam tempoh tersebut.
Setelah meneliti beberapa perkara, mahkamah telah mengesahkan mereka telah rujuk semula. Maknanya mereka jadi sebagai suami isteri yang sah semula. Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, perempuan membongkarkan cerita sebenarnya, iaitu semasa rujuk berlaku, edahnya sudah habis. Katanya waktu itu, dia sudah beritahu suaminya yang dia sudah habis edah tapi suaminya kata, semua itu boleh diselesaikan dengan memberi keterangan palsu di mahkamah.
Sendiri Rasa Bersalah
Sekarang, pasangan suami isteri ini tidak bahagia dan rasa bersalah, akhirnya merujuk kes ini ke pejabat kadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kes menipu ni...
BalasPadambleh dihukum penjara & sebat..
xgitu... ustaz..?
Bila nafsu jadi pemimpin inilah jadinya. Betapa rosaknya umat ini sekarang, ramai yang membelakangkan hukum Allah dengan sewenang2nya.
BalasPadamBila Pendidikan Agama dikesampingkan maka inilah akibat yang perlu kita semua tanggung. Tak gitu Tuan?
terlajak perahu boleh undur... terlajak laku melanggar hukum... mudah2an bertaubat dan kembali kepada syariat... aamin
BalasPadamnikah semula padahal mudah jer
BalasPadam