19 September 2012
Akibat Tangguhkan Perkahwinan, Pasangan Dah Tak Tahan dan Terbuncit
Lelaki 20-an bertunang dengan gadis 20-an lebih kurang setahun lalu. Lelaki kerja swasta dengan gaji lebih RM 2,000 manakala perempuan tak bekerja. Sepatutnya, pasangan ini bernikah pada 3 bulan lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kehendak ibu perempuan. Punca ditangguhkan adalah kerana bapa perempuan baru saja meninggal dunia. Maka menurut ibunya, majlis pernikahan perlu ditangguhkan untuk menghormati kematian bapa perempuan.
Nasi Dah Jadi Bubur
Bagaimanapun, lelaki dan perempuan ini sudah terlanjur dan membuat kerja di sebuah hotel. Selepas itu, perempuan disahkan mengandung. Apabila sudah mengandung 3 bulan, barulah pasangan ini datang ke pejabat untuk bernikah berwalikan abang.
"Tuan, saya malu dengan masyarakat kerana perbuatan anak saya ini....." Kata bapa kepada lelaki, kemudiannua menangis teresak-esak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Turunkan Harga Hantaran?
BalasPadamSaya menyokong kerana saya fikir sudah sampai masanya kita meninggalkan amalan yang mencengkam pasangan yang mempunyai rasa cinta, tetapi tersekat untuk menghalalkan dek kerana harga hantaran.Lantas sesetengah daripada mereka mengambil jalan mudah yang tidak memerlukan harga hantaran yang buat muka biru.=)
*Ramai mak ayah takut anak berzina, keluar sana sini.Tetapi lagi ramai yang buat tak nampak dek kerana katanya 'Masanya belum tiba.Cari duit dulu".TAKUT ANAK ZINA,TAPI TUTUP PULAK PINTU MENGELAKKAN ANAK ZINA.. *
Kes ini kat mana-mana pun berlaku, bukan di Kluang saja.
BalasPadam