CUEPACS nampaknya minta kerajaan supaya elaun rumah dinaikkan. Tapi jangan minta itu saja. Bagaimana yang duduk di kuarters kerajaan ? Tentu tak rasa apa-apa kalau elaun rumah naik. Pada saya, nak minta elaun rumah dinaikkan, mintaklah. Kalau permintaan ini ditunaikan, saya rasa, akan ramailah yang beli rumah sendiri atau menyewa di luar. Akan banyak juga kuarters kerajaan yang kosong kalau perkara lain CUEPACS tak pandang.
Cuma jangan lupa, minta juga elaun Cola diberikan penuh kepada yang mendiami kuartes kerajaan, sekarang dapat separuh jer. Contohnya di Johor Bahru, kalau duduk kuarters kerajaan dipotong elaun rumah (semua) dan dipotong separuh elaun Cola yang RM 300 tu.
Satu lagi, kalau duduk pangsapuri kerajaan yang ada caj lain seperti penyelenggaraan bangunan RM 180 sebulan, kena bayar sendiri. Tapi ini soal penyelenggaraan ini bab lainlah.
Baca sendirilah dari akhbar ini :
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.
1. Minta elaun rumah semua peringkat gred dinaikkan.
2. Penghuni kuarters kerajaan dapat 50 peratus dari jumlah elaun rumahnya.
3. Elaun cola dapat 100 peratus kepada penghuni kuarters.
(Apa macam CUEPACS, ada bernas ke cadangan saya ni? )
Maka dengan itu, semua menang-menang. Sekarang banyak kuarters kerajaan yang orang tak mahu duduk. Jangan kata saya saja buat cerita, ini bukan rahsia lagi. Antara sebabnya adalah sewa rumah di luar lebih murah berbanding potongan elaun rumah dia. Kedua, elaun cola hilang 50 peratus.
Kakitangan kerajaan di KL berebut-rebut tinggal di kuarters walaupun elaun rumah dan elaun COLA dipotong. Mohon kuarters BPH 4-5 tahun tak tentu dapat lagi.
BalasPadamBhai Kadi Kluang...
BalasPadamBetul tue bhai... tengok contoh Kuarters Kerajaan yang kat Endau tue... ala.. yang dah tinggal kosong macam rumah berhantu berhadapan dengan jirat Cina tue... hahaha... dulu ader la beberapa kakitangan tinggal kat situ... la nih.. ilang semua... bangunan pon jahanam...
cadangan saya: beri kadar elaun rumah ikut zon / bandar supaya adil kpd semua penjawat awam di samping dapat dapat beri penjimatan kpd kerajaan. Insyaallah tak ada lg la kes kuarters kerajaan terutamanya d luar bandar yg 'dipandang rendah' kerana elaun rumah yang agak tinggi dibandingkan dgn kos sewa rumah d kwsn tersebut.
BalasPadamsetuju tu ustaz..
BalasPadamtengok ajer banyak kuartes kerajaan jadi kosong sebab tak minat (takut kena potong) - sudahnya Pembaziran..
hari ni naik elaun, cola, pepsi pe semer, esok harga barang naiklah..
BalasPadambingung saya tengok, kalau jawatan kosong gomen diiklankan, 2 je yg kosong, yang mohon beribu. sampaikan borang permohonan pon habis 'out of stock'. tapi bila dah keje, banyak pulak yang merengek, itu tak cukup la, susah la, beban kerja over la. alasannya, kerja kerajaan tak semewah kerja swasta.
BalasPadamPesanan saya, KALAU SUSAH @MISKIN SANGAT KERJA KERAJAAN NI, BERENTI JE KERJA GOMEN. KERJA KAMPUNG ATAU SWASTA MACAM KAMI NI. nanti, baru la kita tahu langit tu tinggi ke rendah.
masa bujang senang la, tak banyak belanja, boleh simpan lagi gaji tu... duduk pun sewa bilik je rm150, tapi bila dah kawin nak tanggung anak dan isteri lagi, belanja anak sekolah lagi... bayar untuk beli rumah lagi.. manalah nak cukup.. nak simpan pun tak cukup...
Padam