Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 September 2012

Beberapa Kali Bercinta dan Putus Tunang Akhirnya Nikah Dengan Suami Orang


Seorang perempuan 30-an, anak dara akhirnya bernikah dengan suami orang 30-an sebagai isteri kedua. Mengikut ceritanya, perempuan ini sudah beberapa kali putus cinta lebih sepuluh tahun lalu dan dua kali bertunang dan putus tunang sebelum ini.

Akhirnya, beliau bercinta dengan seorang lelaki yang sudah punyai isteri dan anak seterusnya bernikah. Nikah pula bukan nikah lari pergi naik tongkang ke seberang, atau naik perahu ke sungai sempadan, tapi melalui permohonan di mahkamah syariah. Isteri pertama turut hadir ke mahkamah syariah dan mahkamah meluluskan permohanan ini.

"Tuan, isteri pertama saya setuju saya bernikah ni". Kata pengantin lelaki.

Isteri Setuju ?

Tak apalah, dengar sajalah apa yang lelaki ni cerita. Kalau ditanya, apa maksud 'setuju' itu lebih lanjut, mungkin ada banyak makna. Mungkin juga setuju dalam keadaan terpaksa atau setuju dalam rela dan lain-lain. Lebih lagi kalau ditanya sendiri pada isteri pertama, maksud 'setuju' tu apa... Tak mustahil, perkataan lain yang keluar dari mulut, yang saya tak mahu tambah menambah lagi.

Akhirnya Bermadu

Berbalik pada cerita di atas tadi, ada orang yang saya kenali, dia ni beberapa kali putus cinta dan setahu saya sekali putus tunang, yang saya tak tahu berapa kali putus tunang tu, tak tahulah. Nanti, dia baca cerita saya ni, jangan rasa risau pulak. Pasal apa ? Pasal orang kita, rasa poligami ni dah macam benda yang paling dia tak mahu  berlaku. Sampai ada orang rasa, kalau suami dia naikah lagi satu, macam dah nak kiamat dah.

Media : Majalah dan Akhbar, TV

Media mainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran masyarakat. Jadi dalam bab poligami ini, media patutnya kenalah jadi media yang seimbang. Antaranya, kalau kita siarkan cerita rumahtangga bergolak, bercerai, main kayu tiga, maksiat dan pelacuran, kenapa pula media tak siar kebaikan berpoligami.  Kenapa majalah dan akhbar, tak cerita kebaikan dan kebahagian orang yang beristeri lebih dari seorang ?

Masukkanlah dalam media, buat temuramah dengan beberapa tokoh yang berpoligami. Temuramah sekali isteri pertama dan kedua serta anak-anak sekali. Atau kalau tak mahu siarkan nama pun boleh juga. Tapi jangan buat cerita sendiri, kenalah pergi temuramah.... Hehe...

3 ulasan:

  1. Itu jugak betul ustaz..

    banyak dalam media.. tonjolkan poligami nie bermasalah.. itukan sunah nabi, jadi mungkinkah media juga satu propaganda musuh islam nak tunjukkan Islam ini x baik.. kerana dalam islam sahaja yang benarkan poligami.. agama lain tidak.

    cuba kita fikir-fikir dan renungkan.. benar atau tidak.. kerana Islam ini sering di kotak katikan oleh musuh2 islam dalam kita tak sedar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu rajin baca majalah2 terbitan ARQAM dulu2 mmg selalu ada cerita2 ttg manisnya & kebaikan poligami ni.
      Wlu bgaimanapun masing2 le. Kalau semua faham agama, tak le masaalah.

      Padam
  2. komen ustat bab >>> Media mainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran masyarakat. Jadi dalam bab poligami ini, media patutnya kenalah jadi media yang seimbang. Antaranya, kalau kita siarkan cerita rumahtangga bergolak, bercerai, main kayu tiga, maksiat dan pelacuran, kenapa pula media tak siar kebaikan berpoligami. Kenapa majalah dan akhbar, tak cerita kebaikan dan kebahagian orang yang beristeri lebih dari seorang ? >>>>> ADUH..... AKU SETUJU BANGETTTT.....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.