Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 September 2012

Mak Ayah Terkejut Besar, Anak Dah Nikah Kat Seberang


Ibu bapa berusia 50-an membesarkan anak lelaki sulung mereka dengan pendidikan agama dan akademi yang baik. Anak lelakinya ini menyambung pelajaran hingga ke pengajian tinggi seterusnya bekerja di sebuah negeri di utara.

Baru-baru ini, pada usia anaknya 20-an, diketahui yang anak lelakinya ini sudah bernikah. Cara ibu bapa mengetahuinya adalah dari orang yang tidak dikenali. Mengetahui berita ini, ibu bapa bergegas menemui anaknya dan didapati anaknya duduk serumah dengan seorang perempuan. Dari segi gaya rumah termasuk pakaian, nampak macam itu rumah keluarga.

Anaknya mengaku sudah bernikah di seberang dan menunjukkan surat nikah itu. Ibu bapa terkejut melihat surat nikah iaitu anaknya sudah bernikah dua tahaun lepas. Bagaimanapun anaknya sedikit pun tidak menunjukkan reaksi sudah bernikah terutama apabila balik ke kampung termasuk hari raya adalah seperti orang  bujang.

Apabila dibongkar lagi, perempuan juga tidak memberitahu keluarganya yang dia dah nikah. Pasangan ini belum ada anak dan mereka rahsiakan pernikahan mereka.

7 ulasan:

  1. sajer jer cari masalah - dan dah macam dalam drama pulak - tapi lebihkin "CINTA" dari ibu bapa.. hem...

    BalasPadam
  2. MINGKIN.......MUNGKIN sbb nak mudah nikah tu yg wat kat seberang...kalo kat sini MUNGKIN si lelaki tak cukup duit atau takmampu sbb hantaran tinggi...

    BalasPadam
  3. Mujur tak berzina then buang anak macam yang lain

    BalasPadam
  4. redho jelah
    nak buat camna dah nikah..dah selamat

    cumanya
    kenapalah emak ayah yg masih hidup ditolak tepi macam tu je
    mereka juga bakal ada anak...
    andai anak nanti buat perkara yang sama?

    BalasPadam
  5. yea.. setuju sgt dgn semua pendapat di atas..
    "lebihkin "CINTA" dari ibu bapa..." satu hal...
    keduanya...
    cara pernikahan tu gamaknya.. brapa la budgetnya...?
    agak sy la..
    xhabis sribu.. dua ribu kot.. ???
    kalu lah kisah ni kluar Harian Metro...
    berduyun2... anak2 muda ikut cara mcmni !!

    [selesai la skit2..
    kes buang bayi sana sini !! ..]

    BalasPadam
  6. Pasti ada alasan kukuh sehingga terpaksa bernikah di seberang. Zaman ini tiada yang mustahil ........

    BalasPadam

Dipersilakan komen.