09 Mei 2013
Isteri Pertama Desak Ceraikan Isteri Kedua
d
Lelaki ini umur 50-an, kerja swasta, gajinya dalam 5,000. Dia sudah ada isteri dan 5 orang anak, dua orang menantu dan seorang cucu. Isteri pertama kerja swasta. Kehidupan suami isteri ini bahagia katanya.
Lelaki ini mengenali seorang perempuan janda, kerja kerajaan, gaji dalam 5,000. Perempuan yang dikenali ini umur 40-an, berstatus janda dan mempunyai 2 orang anak. Dalam 2 tahun berkenalan, lelaki dan janda ini semakin rapat dan merancang untuk bernikah. Lelaki ini tanpa berselindung, memperkenalkan perempuan ini kepada isterinya dan berhasrat untuk bernikah. Ini ditentang hebat oleh isteri dan anak-anak. Kecuali cucu saja tak menentang sebab masih kecil lagi, cuma menangis kalau pampers dia basah saja, bukan menentang tu.
Nikah Juga
Oleh kerana dah tak tahan, akhirnya lelaki dan perempuan ini bernikah juga senyap-senyap. Pada anggapan dia, apa-apa hal nikah dulu. Tak tahulah dia dapat nasihat dari siapa ni. Nanti apa nak jadi, itu belakang kira.
Mula cadang, lepas nikah nak rahsiakan, tapi rupanya tak berapa boleh nak rahsia. Mana nak rahsianya, isteri pertama dan kedua dalam daerah yang sama, daerah ini pun bukanlah besar sangat. Dalam seminggu selepas nikah, akhirnya isteri dan anak-anak dia tahu, kira dah pecah tembelanglah. Berlakulah perang yang dahsyat juga.
Suruh Ceraikan
Diringkaskan cerita, suami tak berupaya bertahan lama dan akhirnya terpaksa mengaku kalah. Dia telah membawa isteri pertama dan anak-anak berjumpa isteri keduannya. Di situ juga dia melafazkan cerai kepada isteri kedua. Katanya, dia mencerikan dengan rela hati setelah memikirkan semasak-masak telur mentah masaknya. Maknanya, pernikahannya dengan isteri kedua hampir sebulan saja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
boleh rujuk balik kan...ambil masa pikir balik ,istiqarah dan minta petunjuk kalau takda jodoh, terima la.
BalasPadamkes nayaa ni !!!
BalasPadamdlm masa sbulan..
2 kali menjanda bekasnya tu..
" semasak-masak telur mentah masaknya..."
saya pun mengamalkan poligami.bernikah kali kedua dgn isteri seorang ibu tunggal beranak 3.ada sebab tertentu saya bernikah kerana tidak tahan dgn perangai isteri pertama yg tidak menghormati saya sbg suami dan tidak taat.setelah bernikah isteri ke 2 duduk di daerah yg sama juga.beza jarak 3 km dari rumah saya dgn isteri pertama.akhirnya isteri tahu.mcm2 cara digunakan oleh isteri pertama utk saya menceraikan isteri kedua.ugutan bunuh diri,pengsan,menangis,tidak mahu melayan saya semua itu saya lalui dahulu.mula2 saya fikirkan anak2 dan diri isteri pertama.dia memujuk saya supaya jgn jumpa,call atau sms madu dia jika mahukan kasih syg dia.dan suruh saya bersumpah atas nama al quran utk menceraikan isteri kedua.akhirnya saya kuatkan iman dan semangat saya lawan ckp dia.akhirnya dia terpaksa terima hakikat dia telah bermadu dan kena patuh waktu giliran.cuma apa yg saya kena hadapi sekarang ialah serangan peribadi dia kepada madu bila saya pergi ke rumah isteri kedua.mcm2 kata2 kesat dilemparkan kepada isteri kedua saya.syukur walaupun saya melarang dia melayan sms dari isteri pertama saya.tapi di hati kecilnya rasa sedih tu tetap ada.pada saya nasihat pada mereka2 yg nak amalkan poligami di luar tu.jgn anaiya isteri kedua kita jika kita ada penyakit takut bini.iman kena kuat.yakin dgn allah.kerana padaNya kita meminta pertolongan.jgn hanya bersandarkan nafsu semata2.maaf ckp.jika zakar keras anda telah lembikkan di dalam faraj wanita mesti anda akan hilang pertimbangan sebagai suami.ingat itu.
BalasPadamAlhamdulillah ada lelaki seperti encik.sy juga isteri ke 2.tetapi setelah hmpir 3 bulan bernikah suami sy masih xmahu mendaftarkan pernikahan kami.takut kehilangan anak2.case encik sama seperti case suami sy.saya janda anak seorang.semua org xperlu tahu tntg pernikahan kami.takutkan keruntuhan keluarga dia.dia benar2 mengharapkan sy memahami situasi dia.sy berdoa supaya dia seberani encik.
PadamHai..macam2 hal rumah tangga ni. Pelik tapi benar..itulah namanya ragam kehidupan manusia.
BalasPadamMenarik jg ulasan tanpa nama 9:32pg.
BalasPadamana jg insan senasib,isteri kedua yang dipaksa oleh isteri pertama untuk diceraikan oleh suami.ana sangat terseksa dan terpaksa berkorban demi suami dan isteri pertama.disebabkan isteri pertama yang mengugut suami untuk lari bersama anak2,suami tidak dapat berlaku adil.ana terpaksa bertahan selagi blh dan berharap pelangi indah akan tiba jua dalam hdp ini nanti.
BalasPadamPengorbanan...puan yg berkorban atau puan mengorbankan kebahagiaan org lain. Fikir2 la... Pekahwinan yg selindung ttu dgn cara tak sah..pernah tak terfikir bhw kesahan pernikahan itu boleh diragukan. Kita mungkin lps undang2 dunia tp bgma dgn undg2 akhirat. Jgn rendahkan maruah wanita.. Dpd puan melutut rayu suami yg yg tdk pasti statusnya..baik puan melutut dpn Allah mohon petunjuk dan pengampunan..
PadamSaya isteri kedua.. cerita lebih kurang sama dgn cerita tak bernama...sekarang isteri 1 telah memaksa agar Saya di ceraikan talak 3. Namun sehingga kini Hampir 2 bulan suami tidak hubungi Saya..Saya pun tak tahu mcmana nak hubungi dia. Isteri 1 ugut macam2. Dia dalam ketakutan.
BalasPadamKbykn suami berpoligami scara sembunyi pndi menipu... Mrk mmg pelakon hebat. Takut...mcm pelik sb mrk sbnrnya punya seribu satu helah. Isteri tk mgkn dpt kawal suami 24 hours..so dmana ltknya nilai diri dmata suami sbnrnya..
PadamSaya masih menanti suami hubungi Saya...sampai hati isteri 1paksa suami ceraikan Saya talak 3.pun sama cerita mcm yg Alin.ugut bawa anak lari..nak bunuh dir I dll..dah lama sangat ni...dia masih tak hubungi Saya...Saya tak tahu APA status Saya sekarang..
BalasPadamSalam, sy ingin menasihati wanita2 diluar sana.. jika rela menjadi isteri kedua maka kena rela jua rintangan yg mendatang. Sebaik mungkin sebelum mengambil keputusan utk mnjd isteri kepada suami org lain, sebaiknya kenal dulu isteri pertama dan minta kebenarannya. Kalau selepas kawin baru kita mengharapkan si suami berani berhadapan dgn isteri pertamanya.. itu jarang berlaku kan? Jadi beringat2lah, jgn kita jdkan diri kita sbg mangsa.. tapi bw berbincang secara telus dgn isteri pertama yg kita sayang dan nak kawin dgn suaminya. Kalau dia benarkan itu rezeki, tp kalau sebaliknya maka istikharahlah.. mgkin bila berkahwin akan membawa kemudaratan sprt ditinggalkan bergantung tanpa tali.. cerai talak 3, etc. Sy sendiri berterus terang dgn suami, jika ada yg berkenan dihati atau ada yg berkenan kat dia, just let me know.. coz i will appreciate more if he could tell me first rather than i know it from someone else. Alahai tercakap omputeh lak.. bahasa hati lebih selesa beromputeh.. itu sajer nasihat kerdil dr sy yg kerdil jugak..
BalasPadamsuami saya telah berkahwin seorang janda yang dah ada anak sejak bulan julai ini tanpa pengetahuan saya. Saya dapat tahu kerana perempuan ni dating kerumah saya pada jam 11 mlm 1.5 lepas mereka bernikah untuk beritahu kat saya. Dengan angkuhnya, dia jerit dari luar pagar rumah saya bawa dia telh kahwin suami saya. Masa itu saya dalam keadan terperanjat dan tak dpat kata apa2. Saya belum bertegur dengannya sampai ari ni tapi dia asyik hantar sms marah saya dengan perkataan keji dan menelepon saya seperti prank call. Perempuan ni 23 tahun muda suami saya dan umurnya lebih dekat dengan umur anak.
BalasPadamSelama ni, suami & saya hidup bahagia tetapi perempuan ni yg dulu keja seofis dengan suami. Masa tu suami saya CIO dan dia seorg kerani biasa. Suami saya berperangai suka tolong orang dan akhirnya disangkut perempuan sundal ni. Setiap kali laki saya nak break off dengan dia, dia ambik pisau dan ugut bunuh diri.
Sekarang, saya menangis jer tiap2 hari kerana terlalu sedih dan terlalu menyayangi suami saya & tidak sanggup melihat rumahtangga kami dirobohkan.
Wahai perempaun semua, kalau nak lelaki, janganlah pilih lelaki orang lain dan menyakitkan hati perempuan lain. Kau ni perempuan jugak, sukake kamu klau benda buruk ni terjadi kat kamu?
Saya juga isteri yang dimadukan. Dpd saya jd isteri derhaka n x taat suami..sya minta dilepaskan sb suami sya sbnrnya x mampu berpoligami terutama dlm mberi nafkah. Kami berdua bekerja tetapi cukup2 aje. Bgmpn suami sya x mahu ceraikan saya, dia lbh rela jatuhkn talak pd madu saya da dua kali. Malangnya madu saya sentiasa kata talak itu x sah. Malah tetap goda suami hingga lahir lg zuriat wpn tahu pernikahan mrk diragukan. Yg mkn hati adlh saya.. Bru2 ni saya da dpt surat pengesahan bhwa sijil nikah mrk palsu. Tp madu sya ttp x nak terima..peg ag jg tlh nasihatkn spy pernikahan mrk difaraqkn kerana wali hakim x bertauliah. Cmne pn madu saya mcm x kisah..wlpn mrk menjerumus pd maksiat.
BalasPadamkita sebagai hamba Allah harus percaya ketentuannya. poligami tidak salah didalam hukum syarak. ini adalah keimanan pada diri kita sebagai hambanya. percaya pada rukun iman iaitu qada dan qadar Allah s.w.t. kepada suami adil lah sebagai suami beristeri lebih dari 1. dan para isteri taat lah kamu kepada Allah Rasul dan ulil amri diantara kamu. ulil amri ada lah suami kamu...kita mencari keredoannya didunia untuk dibawa ke hari akhirat. hidup didunia hanya pentas lakonan, akhirat adalah nyata....
BalasPadamSaya isteri kedua. Sebelum pernikahan, hubungan sy dgn bakal madu baik malah kami sllu keluar mkn bertiga dan pernah bincang hal pernikahan sama2. Selepas bernikah, lain pula yg berlaku. Hak sy sbgai isteri dinafikan. Suami baik n sungguh sabar dgn karenah isteri pertama. Suami juga minta sy supaya bersabar. Tetapi kehidupan sy dan suami sgt rumit. Suami tak dibenarkan menghubungi sy langsung (sama ada call /sms). Kami berjumpa hanya sesekali, itupun sekadar keluar mkn atau meluangkan masa sebentar je.. namun suami tidak lalai memberikan nafkah bulanan kpd sy mengikut kemampuannya. Isteri pertama sdg menunggu masa utk melahirkan anak keempat mereka dan sering memaksa suami supaya menceraikan sy. Suami bertegas x mahu ceraikan tetapi di pandangan isteri pertama kami seolah2 tiada lg ikatan. Apa yg sy kesalkan di sini ialah iateri pertama tu org yg kelihatan taat pd agama, sllu melakukan amalan2 sunat dan rajin berzikir dll, tp at the same time dia sentiasa memaksa suami utk menceraikan saya.. Sedih namun sy perlu kuatkan hati kerana Allah demi suami...
BalasPadamAssalamualikum..sy merupakan isteri kedua tetapi selepas nikah sebulan sy diceraikn suami..dia menceraikan sy melalui panggilan telefon di hadapan isteri pertama sbb desakan isteri pertama..prkahwianan kami diketahui isteri pertama apabila terbaca sms seminggu sebelum sy diceraikan.sehari sebelum cerai sy dan suami mash berckp sprti biasa mesra dan dia ada mnyatakan x akn tingalkn sy dan mebritahu dia xpnh mnyesal kawin dgn sy sbb perkahwinan adalah bnda yg baik..sy sgt trkejut apabla mlm slpas tu dia call dan mnyatakn hasrat utk cerai.sy merayu spya bgi sya masa sminggu utk confirmkn yg sy tak mengandung sbb sya ada tanda2 prgnant cm doktor suruh sy tunggu sminggu lg.tetapi suami x endahkn dan dia nak cerai mlm tu jg.apa lah daya sy kuasa talak di tangan dia.apa yg sy kesal sy tak buat salah apa pn malah semua ckp dia sy ikut.hanya ALLAH je tau perasaan sy.kmudian sehari slpas tu isteri dia sms sy ckp sy prmpn x baik x trima hakikat ditalakkn dn mnyatakan bahawa suami mbritahu dia tak penah sygkn sy.sdgkan dia yg beriya ajak sy kawin.sblm nikah sy ckp nk give up, tetapi dia ckp kat sy jgn give up sbb kita nk buat bnda baik.sya sedih kenangkan semua tu..sy sygkn sgt suami..sy ikut smua ckp dia tp ini sy dpt..perlukah sy mengharapkn lagi dia?
BalasPadamnak buat benda betul ni memang susah. Sebab ganjarannyanya pun besar.
BalasPadamSuami sy pun kawen lagi satu tanpa pengetahuan sy
BalasPadamDgn janda anak 2. Anak masih kecil sebaya anak sy. Tiga tahun, dua tahun. Sy baru lahirkan anak yg ketiga. Sy suruh suami sy pilih sy atau isteri keduanya. Suami pilih sy dan ceraikan isteri kedua. Isteri kedua xterima hakikat diceraikan. Masih anggap suami isteri yg sah. Sy xnak bermadu..apatah lagi anak sy masih kecik. Perlukan perhatian dan kasih syg. Sy selalu doa jika perpisahan adalah jln yg terbaik pisahkan mereka ya Allah...