Alhamdulillah, tulisan saya mengenai lelong rumah dapat menarik minat ramai pembaca dari seluruh negara. Banyak juga soalan melalui FB saya dan blog ini yang saya jawab secara sempoi saja. Semoga tulisan saya ini memberi sedikit ilmu dan pengetahuan kepada pembaca. Bagaimanapun, saya makin kurang menulis pasal rumah lelong sejak kebelakangan ini. Ada beberapa sebab:
Pertama, rumah lelong makin kurang sekarang, tak macam tahun 2008 dan 2009 waktu saya mula ceburi bidang lelong rumah ini. Kenapa dah kurang? Sebabnya dah tak banyak rumah kena lelong. Kenapa tak banyak kena lelong? Sebab orang bayar pinjaman dia cantik. Ops... bahasa 'cantik' ini salah tapi orang biasa guna perkataan ini. Sebenarnya orang bayar pinjaman ikut jadual bukanlah 'cantik'. Tapi saya dah terpengaruh cakap-cakap orang sekarang.
Yer, betul. Kalau orang bayar bank cantik, maka rumah dia orang tak kena lelonglah. Masa tahun 2007, 2008, 2009 dan pulih semula tahun 2010 dulu, negara kita terkesan dengan kegawatan ekonomi global terutamanya Amerika. Masa tu Amerika ada krisis hartanah yang dipanggil 'subprima' dan mintak maaflah kalau saya salah eja. Dalam satu ceramah anjuran JCorp tahun 2009, saya tanya penceramah tu apa maknanya subprima. Maka penceramah tu jawablah. Lepas tu masa minum, kawan-kawan saya tanya saya, apa yang saya soal tadi, ramai orang tak tahu apa itu subprima. Saya kata, krisis hartanah di Amerika.
Yang saya faham, subprima lebih kurang begini... iaitu seorang beli rumah dengan cara pinjaman. Lepas tu dia beli hartanah kedua dengan hasil sewaan hartanah pertamanya. Rumah kedua juga buat loan. Lepas tu dia beli hartanah ketiga pula hasil sewaan rumah kedua dengan cara loan juga. Sudah bertahun-tahun lamanya sistem ini berjaya dan pembeli hartanah mendapat keuntungan dengan cara ini. Dalam sebuah buku mengenai hartanah dalam Bahasa Melayu yang ada jual di Badan Cemerlang Angsana JB pun ada cerita taktik beli rumah terutama rumah lelong dengan cara macam ini.
Entah betul entah tak, penulis buku itu cerita, ada seorang Mamat tu ada 30 biji rumah dan tak bekerja. Kerja dia tiap pagi minum teh tarik dan roti canai kedai Osman. Cuma tak diceritalah Mamat ni ada isteri dua ker tiga ker. Mamat ni katanya beli rumah pertama dengan loan, seterusnya beli rumah kedua walaupun dia tak layak buat loan rumah kedua. Tapi kerana dia ada penyata dan bayaran sewa yang tinggi untuk rumah itu, maka dia layak buat loan rumah kedua. Lepas kedua, ketiga dan sampailah 30 biji rumah dia beli. Makan pendapatan dia melebihi 10,000 sebulan tanpa bekerja.
Sistem Runtuh
Mana-manalah sistem dalam dunia ini, tetap ada kelemahan. Akhirnya sistem ini runtuh di Amerika tahun 2008 dan kesannya hingga tahun 2010. Runtuh apabila rumah pertama tidak ada penyewa atau sewanya tidak tinggi. Maka rumah yang lainnya turut jadi beban pada dia. Lepas itu menular ke Eropah dan Singapura. Malaysia ada kesannya terutama di Johor Bahru. Ramai juga kawan saya kena diberhentikan kerja di Singapura dan terpaksa balik kampung. Maka rumah sewa dia di JB tak bayar dan belah begitu saja jer.
Maka tuan punya rumah pun sakit dan susah nak pusing. Bila dia lambat bayar, bank pun taknak tunggu lama-lama. Kalau dibiarkan, bukan seorang dua yang tak bayar, ramai lagi. Maka pelelong pun lelonglah rumah tu. Sebab tu, rumah lelong banyak tahun 2008, 2009 dan 2010 terutama di JB. Alhamdulillah, saya ambil peluang itu dengan beli rumah lelong tahun 2008.
Sekarang, rumah lelong makin kurang tapi bukan tak ada lansung, ada tapi sikit. Apabila sikit, maka pilihan kita kurang dan harga pun tinggi. Ada lelongan yang saya rekmenkan kawan saya masuk lelong di Bandar Baru Uda Jb, harga buka RM 90,000 tapi pemenang lelongan itu dapat dengan harga RM 250,000, cukup tinggi itu. Kawan saya kalah.
Gelembong Hartanah
Ini satu lagi istilah yang saya jumpa dalam pembacaan saya dalam urusan hartanah. Sekarang ini harga hartanah meningkat dengan begitu ketara. Jangan cakap di JB, di Kluang pun harganya kusssss semangattttt. Nak dibuat contoh, harga rumah yang saya beli tahun 2008 itu dengan harga dalam 79,000. Tapi sekarang ada projek baru tak jauh dari situ, saiz yang hampir sama harganya sudah 290,000. Dari tahun 2008 ke 2013, baru 4 tahun. Terus terang saya cakap, yang harga 290,000 itu, jauh lebih best lokasi rumah saya dan ada banyak faktor lain yang saya kata rumah saya lebih baik pada itu.
Jadi, kita perlu bersedia dengan suasana 'Gelembong Hartanah' yang entah bila akan berlaku. Maksudnya, kalau kita beli rumah terlalu mahal sekarang, kita perlu berwaspada. Kita jangan anggap, kalau harga hartanah sekarang mahal, maka dia akan naik lagi mahal lagi, tidak semestinya. Ini bahaya. Pesan saya, berhati-hati nak beli rumah sekarang. Adalah lebih selamat, kita sewa saja rumah dulu. Nanti, kalau ada rumah yang betul-betul kita tertarik sama ada dengan harganya, lokasinya dan kemegahannya, maka belilah. Kalau nak belipun sekarang, belilah selepas kajian terperinci dibuat.
Kumpul Aset?
Oleh kerana harga rumah yang makin mahal sekarang, kita memerlukan modal kewangan yang besar untuk beli rumah. Kemudian bayaran bulanan kita akan lebih tinggi berbanding kawan kita yang beli rumah 3 tahun dulu. Walaupun mahal rumah kita itu, bank tetap beri kita pinjaman yang tinggi juga. Kemudahan pinjaman ini menjadikan kita leka. Ramai juga yang beli rumah bertujuan untuk buat 'aset' katanya. Tapi pada saya, aset tu aset juga, tapi kalau dengan adanya aset itu, duit tunai kita semakin kurang, tida ada gunanya juga.
Ada orang kata, ada aset, kalau sesak-sesak, nanti boleh jual. Kita perlu ingat, jual rumah ini bukan macam jual goreng pisang atau jual kereta. Ada masanya jual rumah ini payah dan kalau masa dah suntuk, belum sempat kita jual rumah, rumah kita sudah dilelong.
Untung Dengan Hartanah
Ada orang untung dan jadi jutawan kerana bidang hartanah ini. Kalau kita lihat dan kaji sejarah orang ini, kita jadi bersemangat untuk jadi kaya macam dia juga. Memang betul, dia berjaya tapi bukan semua orang yang berjaya kerana hartanah. Ramai juga yang jadi muflis dan bankrupsi kerana dengan sebiji rumah murah. Ingat, sejarah adalah sejarah dan cerita orang adalah cerita orang, nasib kita belum tahu. Perancangan kewangan kita yang sebaik mana pun, kalau Allah Taala tak mahu beri kejayaan pada kita, kita tidak ke mana juga.
Oleh itu, keredhaan Allah itu yang paling penting dalam hidup dan menjamin kejayaan kita di dunia dan akhirat. Jangan sombong dengan jawatan, pangkat dan kekayaan kita kerana itu semua milik Allah yang abadi bukan milik kita. Kalau sekarang kita kaya, kita tanya diri kita, adakah kita sudah wajib bayar zakat harta? Kalau tak tahu, tanyalah pejabat agama atau pejabat yang menguruskan soal zakat. Kalau kita sudah wajib keluar zakat, bayarlah, harta itu bukan milik kita tapi milik orang fakir miskin dan asnaf-asnaf zakat yang lain. Dan jangan lupa bersedekah kerana ramai orang Islam yang hidup susah dan bergembira serta mendoakan kita kalau kita beri sedekah padanya. Insya Allah, doa orang susah yang kita bantu itu akan menggandakan harta dan rezeki kita serta menjadikan harta kita berkat.
Seronok Bercerita
Janganlah beli rumah sekadar nak bercerita dengan kawan-kawan yang kita ada rumah. Atau untuk panggil open house raya nanti nak tunjuk rumah baru. Atau kita ini seorang pegawai, kita rasa malu sedangkan bukan pegawai pun ada ada rumah, kita belum ada. Perkara seperti ini saya dah lalui, pelbagai sindiran masyarakan saya dah dengar, saya buat tak tahu saja sebab orang tak tahu apa perancangan kewangan saya, masalah kewangan saya dan beban kewangan saya.
Jangan Gelojoh
Pada saya, dalam mengurus kewangan kita tidak boleh boros, menunjuk-nunjuk atau terikut-ikut dengan gaya hidup mewah orang lain yang mungkin ada kemewahan lebih pada kita. Kita hendaklah menapak langkah demi langkah, rancangan kewangan kita dengan betul, kemudian barulah dapat mencapai target atau cita-cita kewangan kita. Janganlah kerana gelojoh hendak hidup mewah cepat sedangkan kita dibebani hutang keliling pinggang yang mengelembong. Satu masa nanti, belon yang mengelembong itu boleh pecah atau meletup, hidup yang kita bina selama ini boleh musnah, hancur berkecai.
........BERSAMBUNG KE EPISod 11,
http://ustazkhalil.blogspot.my/2013/07/lelong-rumah-episod-11-sekarang-masanya.html
Lelong BBU rumah dkt masjid Mac lps harga buka 145k tp jd 200k. Melopong sy sbb ada 17 org masuk kamar lelong. Hari tu ada 13 lelong semua lebih 200k dan rata2 yg masuk kamar lelong lebih 17 - 28 org! Masuk lelong dah tak menguntungkan hari ni..
BalasPadambila masuk lelong/auction rumah, pembidaan semakin sengit..harga akhir melangkau jauh dari Reserve Price (RP). Ada beberapa kemungkinan:
BalasPadam- semakin kurang rumah yang kena lelong memang ramai yang dah 'okay' dari segi pendapatan dan taraf hidup
- sebab yang lain, semakin ramai yang dah celek pasal hartanah...ramai yang mula membeli rumag diusia muda...termasuk membeli rumah lelong
Belilah ikut kemampuan, bukan ikut kawan2. Saya beli rumah juga, walaupun tak besar mana tp boleh la untuk hidup di bandaraya JB ni. Ada juga cadang nak beli rumah lelong di BBU, JB. Tp belum apa2 dia dah nak deposit 10% drpd harga lelong. Tu belum tentu dapat lagi. Kalau ada org masuk bertanding dan dia naikkan harga lebih tinggi...melopong la jawabnya.
BalasPadamDesa Permai... Ulasan yang baik, Cuma wang 10 peratus itu adalah deposit yang akan dikembalikan sekiranya kita tidak berjaya dalam lelongan tersebut.
BalasPadamKalau ada rezeki memang nak cari rumah lain, letih la naik rumah atas ni..Balik kampung bawak hasil kampung banyak, nak angkat pulak tak larat. Kalau bawak pisang, sampai masak pisang kat kereta, bawak nanas, sampai lembik nanas dibuatnya. Nak angkat anak dan barang2 lain lg..aduhai..
BalasPadambuat masa sekarang kita boikot dulu..jgn beli rumah2 yg baru dari pemaju sbb harganya melampau...developer ni nak untuung by2..harga tanah mahal la..buruh mahal lah...penipu...tanah tu dah bertahun dulu diaorg beli..buruh sejak 5 tahun lps sama saja upahnya..pikir baik2...kalau pinjam 200k..bunga saja dah berapa?? kalo 300k bunga?? kira samapai ke tua la keje kasi bank kaya...kita boikot...rehda?? penipu jgk tu.. ekonomi akan merosot was on d way
BalasPadamsekian wassalam