Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Mei 2013

Suami dan Isteri Menyesal Cerai Talak Tiga


Sebelum kawin, lelaki ini kuat hisap rokok. Dia bercinta dengan seorang awek cun tapi perempuan ini tak suka kepada lelaki yang hidap rokok. Maka dia kurangkan hisap rokok dan tak hisap rokok depan awek dia. Perempuan ini ingatkan betul-betul dan berhenti hisap rokok.

Pasangan ini bernikah dan dikurniakan seorang anak dan hidup mereka bahagia. Semasa dalam perkahwinan ini, suami tak dapat menyembunyikan diri yang dia masih hisap rokok. Berlaku beberapa sesi pertengkaran disebabkan rokok ini.

Berhenti Merokok

Akhirnya, lelaki mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Bukan itu saja, untuk meyakinkan kepada isterinya yang dia dah tak merokok, dia melafazkan satu perkataan yang cukup besar. Iaitu,

"Lepas ini, kalau abang hisap rokok lagi, jatuhlah talak tiga". Kata suami kepada isterinya. kejadian ini berlaku pada satu tarikh lebih kurang 2 tahun lalu.

Memang lelaki berpegang teguh kepada janjinya dan lafaz taklik yang dilafazkan itu.

Hisap Rokok

Pada satu hari, di sebuah kedai bersama rakan-rakan, lelaki akhirnya hisap rokok. Entah terlupa atau sengaja, sukar dijelaskan kerana berlaku terlalu pantas.  Selepas itu, lelaki sedar dan menceritakan kepada isteri dia yang dia hisap rokok.  Pasangan ini hadir ke pejabat agama dan mahkamah syariah memutuskan, jatuh talak tiga. Selepas mahkamah membuat keputusan, pasangan suami isteri ini menangis dan menyesal. Suami dan isteri berumur lewat 20-an dan mempunyai seorang anak. Lelaki bekerja sebagai pegawai manakala isteri surirumah.


12 ulasan:

  1. Ish talak d buat main2 plak

    BalasPadam
  2. tapi kan jika lafaz taklik nie memang xleh dibuat main2.dan sepatutnya ada yang mengatakan dlm bab feqah jika si suami menyebut cerai talak sejuta tetap jatuh talak 1.dan jika mazhab syafie pulak jika sejuta akan jatuh talak rajie(talak 3).mohon pembetulan jika tersalah ckp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam perbincangan bab talak ini oleh ulama dan mazhab memang banyak dan luas. Oleh itu, jika berlaku perkara ini, kes dirujuk ke mahkamah syariah. Hakim akan memutuskan kes ini berdasarkan banyak perkara termasuk perbahasan ulama dan mazhab dan lain-lain. Kemudian, barulah diputuskan sama ada jatuh talak atau tidak dan berapakah jumlah talak.

      Padam
  3. suruh je la duda tu seketiduran/jimak dgn rokok2nya...
    kahakahakah !!

    BalasPadam
  4. Kesian kat isteri. Siapa yang tanggung nafkah? Harap bekas suami dia bertanggungjawab. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Semoga si isteri bertemu jodoh yang lebih baik.

    BalasPadam
  5. Sebab tu mulut kena jaga. Jangan suka cakap yang bukan2, kalau dah terlepas nak patah balik pun dah tak boleh. Pepatah Melayu kata "Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya"

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Ustaz…

    Maaf mencelah. Saya ada kemusykilan ingin ditanya yang selalu menganggu fikiran saya selama ini. Sebelum itu, biarla saya berterus-terang saya menghidap penyakit was-was sudah bertahun-tahun lamanya. Maaf ustaz tulisan saya ini agak panjang.

    Dipendekkan cerita..kami pernah disahkan oleh mahkamah jatuh talak dulu akibat satu insiden (saya secara tak sengaja meniru lafaz cerai yang SOREH ketika menonton sebuah filem dan berpaling kepada kpd isteri)..sebelum melalui prosedur mahkamah..saya ada bertanyakan soalan secara online di website JAKIM..dan jawapannya talak jatuh dan dinasihatkan supaya merujuk ke mahkamah..setelah melalui prosedur, mahkamah sah kan talak memang jatuh..hanya Tuhan sahaja yang tahu ketika itu bagaimana perasaan kami..lebih2 lagi isteri saya..saya redha dengan ketentuannya. Lama-kelamaan kami dapat menerima hakikat. Hidup kami makin bahagia..ditambah lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata.

    Tetapi, beberapa bulan yang lepas..saya secara tak sengaja terjumpa semula soalan saya dalam web JAKIM, tapi kali ini..lain pula jawapan yang diberi..baru saya sedar bahawa, soalan saya di jawab oleh beberapa orang panel sebenarnya..sebelum ini panel JAKIM mengatakan talak jatuh..tapi yang saya baru jumpa hari itu pula..mengatakan talak tidak jatuh dengan lafaz yang saya tiru dalam filem tersebut..saya jadi keliru..dan secara automatik lafaz cerai yang lama tersebut..bermain-main semula di fikiran..sedang asyik berfikir ..TIBA-TIBA SECARA TAK SENGAJA LAFAZ YANG LAMA TERSEBUT TERPACUL/ TERLAFAZ KELUAR DRPD MULUT SAYA…saya berani bersumpah ketika itu..malah sebelum itu pun saya tiada sedikit niat pun untuk menceraikan isteri saya kerana saya tiada masalah dengan isteri malah amat menyanyangi isteri saya. Ia terlafaz kerana saya memikir lafaz tersebut dalam kepala fikiran.

    Saya yakini diri saya lagi..”logikkah jika aku, seorang yang dalam keadaan waras dan sedar yang aku seorang suami yang amat menyayangi isterinya, dengan secara tiba-tiba tanpa apa-apa alasan, engkau lafaz cerai tersebut kepada isterimu? Logikkah? Sudah tentu TIDAK!! ia terlafaz kerana apa yang sedang kamu fikirkan ketika itu..tiada niat bercerai..yakinla” Tapi oleh kerana ia lafaz soreh saya jadi risau, bimbang..ditambah lagi dengan keadaan saya yang ada penyakit was-was.

    Kemudian timbul pula kata-kata jahat dalam kepala mengatakan.. ”Memang la kau takde niat..ntah-ntah kau secara tak sengaja tujukan lafaz tersebut pada isteri kau dalam hati saje nak cuba-cuba lepas tu terlafaz di mulut.…mana tau kan? lafaz soreh ni kalau takde niat tapi kalau dituju pada isteri jatuh talak tau..” Subhanallah..suara2 halus tersebut selalu bermain di fikiran saya ustaz. Tolonglah saya ustaz. Saya yakinkan diri saya ini suma kata-kata jahat..was-was yang dibisikkan oleh syaitan. Betul kan ustaz ini semua drpd syaitan.? Bagaimana mahu meyakini diri suara2 halus ini benar-benar drpd syaitan ustaz? Saya sudah sehabis jujur dengan diri saya ustaz.

    Soalan 1: Bolehkah ustaz ulas permasalahan saya ini. Adakah jatuh talak dalam keadaan ini? Adakah ia berpunca drp penyakit was-was yang saya alami selama ini? Saya dekatkan diri dengan Allah SWT mohon perlindungan drpd was-was ini. Solat hajat..menangis mohon perlindungan-NYA.

    Soalan 2: Bolehkah saya mengambil pendekatan ini untuk menghilangkan keraguan saya ini ustaz?..Berkata Asy-Syaikh al-Allamah Shalih Al-Fauzan..” Apabila ragu-ragu telah jatuh talak darinya, maka istrinya tidaklah tertalak hanya semata-mata ragu-ragu. Dikarenakan pernikahannya dibangun diatas keyakinan dan tidak bisa gugur hanya karena ragu-ragu..” atau dengan Kaedah fiqh yang kedua iaitu al-Yaqiin la Yuzaal bil al-Syak (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan).

    Diharap ustaz dapat membantu saya dalam kesulitan saya ini.

    BalasPadam
  7. As salam ustaz

    saya disini ingin memohon kepastian berhubung bilangan talak yang telah jatuh.

    Isteri berkali-kali meminta cerai dari saya dan kemuncaknya dia telah membuat permohonan cerai melalui mahkamah. Hal ini telah diketahui oleh kedua belah pihak. Dalam hal ini, saya telah diserbu dan diprovoke untuk menceraikan isteri atau dgn kata lain memberi apa yang isteri saya minta dan saya telah menjawab "ye, saya lepaskanlah dia". Soalan ini ditanya untuk beberapa kali dan beberapa hari dan jawapan saya tetap sama,"ye saya lepaskanlah dia" yakni merujuk kepada permintaan isteri.

    Adakah hal ini akan menjatuhkan talak ke 3 seperti yang saya sedia maklum, talak akan jatuh berdasarkan berapa kali dilafaz.

    Disini saya memohon penjelasan ustaz bagi merungkai kemusyikalan saya bagi mengelak saya dan isteri hidup dalam haram.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dua kuasa hakim mahkamah syariah di sini, iaitu, pertama, adakah talak itu jatuh atau tidak. Kedua, berapakah jumlah talak itu. Jadi kes ini saya tak boleh jawab dan kenalah daftar di mahkamah syariah segera, biar hakim yg tentukan. Berilah keterangan yg sebenar dan tunggulah keputusan hakim.

      Padam
  8. Pepatah orang Melayu "Kerana mulut badan binasa" tepat dan jitu

    BalasPadam

Dipersilakan komen.