10 Mei 2013
Isteri Benarkan Suami Kawin Dengan Janda Anak Lima
Lelaki 30-an kerja di sebuah kilang dengan pendapatan lebih kurang RM 1,800 sebulan. Dia sudah punyai isteri 30-an kerja kilang gaji dalam 1,000 dan 3 orang anak. Dia kata dia bahagia dengan isterinya tetapi di tempat kerja, dia 'miang-miang' dengan seorang janda.
Janda ini 30-an, anak lima, satu kilang dengannya. Lelaki mengenali perempuan ini sejak arwah suaminya masih hidup lagi. Sejak kematian suami, lelaki ini begitu mengambil berat tentang wanita ini dan kelima-lima anaknya. Mereka merancang nak nikah.
Beritahu Isteri Pertama
Mana tak mengamuknya isteri pertama bila suami dia kata nak nikah lagi. Tapi lelaki ini nekad juga nak nikah. Akhirnya, isteri dia benarkan juga suami dia nikah dan pergi ke mahkamah syariah. Hakim menetapkan secara bertulis, bayaran nafkah bulanan yang perlu diberikan kepada isteri pertama selepas berkahwin nanti. Bernikahlah lelaki anak 3 ini dengan janda anak 5 pada hari Jumaat yang mulia hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Alhamdulillah...
BalasPadamsy caya...
suaminya itu kini..
tentunya sronok... dan aman bahagia..
jangan 4-5 bln nnt.. sebaliknya pulak !!
Saya tidak mampu berlaku adil, biarlah jaga seorang isteri saja..
BalasPadamNak menanggung kat dunia ni memang le boleh nak mejawab kat akhirat kelak agak2 boleh tak. Tepuk dada tanyalah iman.
BalasPadamok la tu kawin janda. sekurang2 nya nasib sijanda terbela. bab adil ni subjektif, yang penting nafkah zahir/batin tu cukup. kawin janda ini lebih baik dari lelaki yang sapu semua anak dara penuhkan 4 kuota isterinya.
BalasPadamSekurang-sekurangnya dapatlah dia selamatkan seorang janda daripada terus menjanda...janda kalu gersang bahaya.
BalasPadamIMAN..tak kira siapa kalau tiada iman didada, rosak akhlak sebab tak takut dosa pahala.
PadamLebih baik kawin2-3 dr buat maksiat simpan barang 'spare'
BalasPadam