03 Jun 2013
Bestnye Asam Pedas Parit Sulong
Kalau tuan-tuan ke Parit Sulung, Batu Pahat sebelah malam, ada makanan ikan asam pedas sedap. Kalau saya, dah tentu minat asam pedas ikan pari. Kedai dia tak ada nama, tapi kat depan kedai-kedai iaitu tempat letak kereta. Kalau dari Yong Peng sebelah kiri, dari Muar sebelah kanan. Situ ada banyak kedai makan tapi tengoklah sendiri, kedai mana yang jual asam pedas. Itu satu saja kedai yang jual asam pedas dan dibukan mulai jam 7.30 malam sampai ke malam.
Kalau kita sebelah siang di parit Sulung, dari Muar selepas jambatan, sebelah kiri ada kedai asam pedas, namanya Warung Ibu. Nak tahu pasal Warung Ibu, klik sini .
Di Johor, asam pedas paling terkenal adalah di Parit Jawa sampai masuk tv dan berkali-kali. Pada saya, rahsia masakan ikan asam pedas ini sedap, bukan rahsia banyak sangat, tapi ikannya baru dari laut. Kalau ikan kita simpan beberapa hari dalam peti sejuk, rasanya sudah kurang sedap dah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya setuju pandangan Ustaz, apa-apa pun mesti ikan fresh dan masak baca Bismillah dan niatkan kebajikan dan rahmat kepada semua orang yang makan. Sedap laa tu...tak perlu banyak perisa tiruan..kan Ustaz
BalasPadam