09 Jun 2013
Bersama Peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat
Malam tadi, atas jemputan, saya hadir ke satu majlis makan malam. Ramai yang hadir. Saya sempat bergambar dengan seorang yang dikenali di peringkat nasional, iaitu di sebelah saya ialah Datuk Khairul Anwar Rahmat. Beliau seorang peguam sivil dan peguam syarie yang banyak menghabiskan masa di luar Kluang iaitu di Kuala Lumpur. Umurnya masih muda, dalam 30-an, muda dari saya.
Selalu Muncul di TV dan Akhbar
Datuk Khairul selalu muncul di tv, majalah dan akhbar terutama di dalam mengulas isu-isu semasa berkaitan undang-undang sivil dan syariah. Dalam syariah, beliau banyak membicarakan berkaitan undang-undang keluarga Islam. Idea dan pengalaman beliau yang luas dalam bidang undang-undang, menjadikan saya salah seorang peminat rancangan tv dan tulisan beliau di akhbar dan majalah.
Yang saya kenal, beliau juga adalah pengerusi Penubuhan Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) yang banyak membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan guaman secara percuma. Beliau banyak memberi pendedahan dan maklumat kepada masyarakat mengenai hal berkaitan perundangan yang tidak diketahui oleh mereka.
Kepada sesiapa yang belum mengenali beliau, bolehlah membaca tulisan beliau melalui carian 'google' atau bolehlah melayari 'youtube' dengan menaip nama beliau. Apa yang saya hendak beritahu hari ini adalah, Datuk Khairul adalah orang Kluang, lahir, bersekolah dan kampung halamannya di sini.
Arif bin Kataman
Seorang lagi dalam gambar ini adalah Arif bin Kataman. Beliau adalah 'Independent Non-Executive Director' dalam syarikat perumahan BCB Berhad yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Berpengalaman 32 tahun bertugas sebagai pegawai LLN/TNB sebelum menyertai perniagaan ini. Ramai pemain atau pemegang saham dalam BCB Berhad mengenali nama Arif bin Kataman, inilah orangnya. Apa yang saya nak cerita di sini, beliau juga adalah orang Kluang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
postingan yg sangat bermanfaat sahabat
BalasPadamterima kasih sudah berbagi