Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Jun 2013

Kantoi Khalwat Dengan Kekasih Gelap Pasar Malam

KLUANG - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dicekup Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) selepas didapati berkhalwat bersama kekasih gelapnya di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin. Meskipun tinggal di Johor Bahru, lelaki terbabit sanggup meninggalkan keluarganya di rumah semata-mata untuk bersama dengan wanita berkenaan yang dikenali di pasar malam, sejak enam bulan lalu.

Ketika serbuan, pasangan terbabit hanya memakai tuala untuk menutup badan seterusnya memberi alasan baru memasuki bilik hotel berkenaan.

“Kami baru sahaja masuk bilik ini 15 minit lalu. Tak ada buat apa pun, tolonglah lepaskan saya kerana saya sudah berkeluarga ada dua anak.

“Tolong jangan beritahu isteri saya kerana dia hanya tahu saya ke lokasi lain bersama kawan dan bukan ke sini,” katanya ketika merayu kepada pihak JAJ supaya tidak menahannya dalam  serbuan berkenaan.

Bagaimanapun, rayuan dibuat tidak diendahkan, dan JAJ bertindak terus menahan pasangan terbabit atas kesalahan berdua-duaan di dalam bilik bersama pasangan bukan muhrim. Kadi Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam untuk laporan tangkapan sebelum dijamin keluarga masing-masing.

“Mereka akan didakwa di bawah seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa kepada hukuman denda maksima RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


.............

Dah kena tangkap, baru nak ingat kerja serta anak isteri yer......

.

3 ulasan:

  1. Teruskan operasi nahi mungkar ni Ustaz. Salam

    BalasPadam
  2. Allah menciptakan manusia AKAL untuk berfikir, HATI/KALBU berperasaan, NAFSU berkeinginan. HATI/ KALBU adalah raja pemerintah diri. Apabila NAFSU menaiki tahta KALBU rosaklah manusia...

    BalasPadam
  3. Agak2nya apa yg mdorong suami mcari yg haram wpun ada yg halal????

    BalasPadam

Dipersilakan komen.