Kalau boleh, saya ingin jadikan tulisan saya bertajuk 'Belajar Bisnes' ini beberapa episod. Tujuannya untuk menggalakkan semangat orang kita untuk menceburi bidang perniagaan ini. Bukanlah saya ini banyak ilmu atau nak tunjuk pandai. Tapi kita hendaklah bermula dari bawah, menapak secara kecil-kecilan, walaupun kecil, keuntungannya sebenarnya lumayan. Dan satu yang amat penting adalah, mudah-mudahan perniagaan yang kita ceburi itu mendapat keredhaan daripada Allah Taala. Bisnes adalah satu ibadat yang perlu diterokai dan direbuti.
Bisnes adalah fardhu kifayah yang orang kita tahu banyak pasal fardhu kifayah ini adalah pasal mandi jenazah. Iaitu kalau di satu kampung itu tidak ada orang yang uruskan jenazah, maka berdosalah orang Islam satu kampung itu. Saya sebut ini sebab ayat ini ramai orang selalu sebut. Tapi jarang pula orang buat contoh perbandingan fardhu kifayah ini dengan bisnes yer.
Apabila timbul isu halal haram dalam makanan dan minuman, orang kita mula buka mata. Contohnya pasal isu minuman (adalah berlaku di satu tempat) yang dikatakan ada dicampur bahan yang tak halal, maka orang Islam mula berfikir. Iaitu, pasal makan minum pun sebenarnya banyak dikuasai oleh orang yang bukan Islam di negara kita. Nak salahkan orang bukan Islam, mereka bukan mengaji hukum fekah termasuk, haram, harus, makruh dan sunat. Soalnya, ke mana perginya orang Islam dalam bisnes ini?
Dalam permohonan sijil halal kepada Jabatan Agama dan JAKIM, dari segi peratusannya, tahukah kita berapa ramai pengusaha Islam dan berapa ramai pula pengusaha yang bukan Islam yang mohon halal? Saya tahu jawapannya, tapi adakah orang lain tahu. Orang Islam perlu rebut peluang perniagaan yang terbuka luas ini dengan tambahkan ilmu pengetahuan, mengumpul modal, melangkah ke alam bisnes seterusnya menjadikan bisnes sebagai budaya orang Islam di negara kita, bolehkah begitu?
Sejarah Nabi Muhammad SAW
Kita lihat sejarah Nabi kita Muhammad SAW adalah seorang peniaga selain nabi sebagai pemimpin politik, ketua angkatan tentera, pendakwah dan lain-lain. Maknanya, peranan Nabi Muhammad bukan satu saja, bukan pendakwah sahaja, jangan sempitkan. Kita lihat juga para sahabat seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan dan lain-lain adalah peniaga yang berjaya. Isteri nabi kita Saidatina Khadijah adalah peniaga yang dapat dijadikan contoh terutama wanita moden sekarang bahawa seorang wanita boleh mempunyai empayar perniagaan yang besar. Begitu juga dengan bapa saudara nabi kita iaitu Abu Talib, seorang saudagar besar yang banyak mendidik nabi kita selok belok perniagaan.
Ceramah Usahawan di Batu Pahat
Kira-kira tiga minggu lepas, saya dijemput untuk menyampaikan satu ceramah di sebuah hotel di Batu Pahat. Tajuknya adalah berkaitan bisnes dan perancangan kewangan kepada saudara baru atau saudara kita. Program adalah anjuran Unit Ukhwah Jabatan Agama Johor yang dihadiri saudara kita secara berpasangan iaitu suami isteri. Mulanya saya rasa berat untuk menyampaikan tajuk berat ini. Saya bukanlah seorang usahawan yang boleh jadi model sebagai seorang usahawan yang berjaya. Kedua, yang hadir kursus ini adalah saudara kita yang bukan Melayu yang saya rasa lebih banyak pengalaman bisnes berbanding saya. Tapi, Ustaz Faizal tetap mahu menjemput saya kerana katanya dia melihat potensi diri saya, dia mengenali saya dan dia rasa saya dapat menyampaikan tajuk itu selama dua jam itu.
Potensi Diri
Menyebut pasal potensi diri, kita atau masing-masing ada kelebihan tersendiri. Lain orang-lain perwatakan, bakat dan kebolehan. Mula-mula saya nak cerita siapa dia Ustaz Faizal yang panggil saya ceramah itu? Ustaz Faizal dulu jadi penguatkuasa Jabatan Agama, ditempatkan di Johor Bahru. Bila dia bekerja, dia seorang yang baik dan cemerlang dalam tugasnya. Dia ini boleh bekerja bila-bila masa, siang dan malam termasuk hari cuti dan boleh disuruh serta taat.
Saya sebagai bos dia sepanjang kira-kira 9 tahun saya menjadi ketua unit operasi iaitu Penolong Pengarah Penguatkuasaan. Dalam operasi judi, khalwat, pondan dan sebagainya yang ada aksi kejar mengejar, Ustaz Faizal sangat berguna kerana dia suka bab kejar mengejar ini. Dia juga ahli sukan iaitu bola sepak yang bagai lipas kudung di padang bola. Itu potensi diri yang sangat berguna yang ada pada Ustaz Faizal yang saya Nampak.
Saya manfaatkan betul-betul dengan kehadirannya di Bahagian Penguatkuasa pada ketika itu. Tapi selepas itu, Ustaz Faizal ditukarkan ke Unit Ukhwah, Bahagian Dakwah di Batu Pahat yang banyak kerja mengenai saudara kita. Pada mulanya saya sifatkan perpindahan ini sebagai satu 'kehilangan' kepada Bahagian Penguatkuasa, itulah anggapan awal saya.
Bagaimanapun, saya dengar cerita melalui FB menganai Ustaz Faizal ini di Batu Pahat yang dia seorang yang baik dan menjadi asset penting Unit Ukhwah. Sebenarnya, untuk menjaga saudara kita yang ramai di Batu Pahat ini bukanlah suatu yang mudah. Kerjanya untuk menjaga kebajikan saudara kita memerlukan pengorbanan beliau tanpa mengira waktu siang dan malam. Kerja seperti ini sebenarnya bukan ramai orang yang boleh lalukan dengan baik. Contohnya, kalau hari cuti berlaku kematian saudara kita, beliau dipertanggungjawabkan mengurus dari A sampai Z. Yer, saya percaya Ustaz Faizal boleh lakukan kerana dia di Bahagian Penguatkuasa dahulu boleh saja memperuntukkan masa sekiranya diperlukan.
Itu potensi diri yang ada padanya. Semua orang ada potensi diri dan ada juga kelemahan diri, kita kena kenal dan tahu seseorang. Itu cerita pasal Ustaz Faizal, pasal diri saya bagaimana? Yer, kata Ustaz Faizal yang menjadi pengacara majlis pada hari itu, dihujung ceramah itu, dia cerita pasal diri saya pula. Dia cerita pasal saya sewaktu jadi bos dia dulu, dia kenal saya dan sebab itu dia jemput saya.
Ilmu Bisnes
Dalam tulisan di dalam blog saya ini, sebenarnya sudah ada banyak cerita pasal bisnes. Antaranya pasal rumah lelong, kereta lelong kastam, penipuan pelaburan skim cepat kaya dan sebagainya. Kalau novel pula, adalah Sudah Nasibku Mat Burger. Dalam bidang masakan boleh baca tulisan saya mengenai masakan nasi ayam, buat teh tarik dan sebagainya. Yer, persiapan saya untuk menyampaikan ceramah itu cuma ada seminggu. Seminggu itu pun, saya sibuk dengan tugas lain, jadi saya rasa banyak kekurangan kerana masa yang terhad. Saya sempat baca beberapa buku koleksi Jutawatan Senyap tulisan Dr Rosley dan satu buku tulisan Tun Dr Mahadhir tahun 70-an bertajuk Bagaimana Menjadi Peniaga Kecil.
Mulakan Ceramah
Hari itu, hari Ahad semalamnya Sabtu. Sabtu itu saya berceramah di 3 tempat bersamaan 6 jam mengenai rumahtangga dalam kursus pra perkahwinan. Kalau begitu, Ahad pula, saya akan habiskan masa sehingga petang juga untuk berceramah di Batu Pahat pagi dan petangnya di Muar pula. Makan saya ajak-ajak ayam isteri saya sama ada dia hendak ikut atau tidak. Rupanya isteri saya hendak ikut dan hairan juga kerana sejak bila isteri saya suka dengar ceramah saya. Saya pergi ke Batu Pahat berdua dengan isteri, anak-anak tak ikut.
Dan di hotel tersebut, isteri saya turut dengar ceramah saya. Sambil saya berceramah pun, saya terfikir, kenapa isteri saya boleh ikut. Yang saya agak, kemungkinan isteri saya suka tajuk bisnes, atau mungkin ada kemungkinan juga, isteri saya nak siasat saya, betulkan saya pergi beri ceramah setiap hujung minggu, atau ada cawangan lain macam cerita Madu Tiga, heheheee....
Apa-apa pun ceritanya, orang-orang lain, termasuk isteri saya yang dengar ceramah itu turut terbakar semangat untuk menceburi bidamg perniagaan. Yer, betul.... ada beberapa orang yang jadi rakan FB terus berhubung dengan saya berkongsi pengalaman.
................BERSAMBUNG EPISOD KEDUA,
klik sini
sambung bila ye
BalasPadamnak bisnes? Saya boleh ajar macam mana n ak buat kulit popia goreng dan basah serta inti dan sosnya sekali.hubungi email ghni6719@gmail.com
BalasPadam