Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 Jun 2013

Saya Bukanlah 'Blogger Hantu' Itu



Hari ini dalam sebuah akhbar tempatan, muka depan, supaya blogger menyatakan identiti mereka Mungkin tujuannya adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti menfitnah, menjatuhkan maruah orang, laman lucah, penipuan perniagaan atau pelaburan, ajaran sesat dan sebagainyalah.

Suasana Sekarang

Di dalam dunia sekarang yang orang kampung saya panggil 'dunia cyber', pengaruh media sosial seperti blog, facebook dan lain-lain, mempunyai kesan yang besar dalam masyarakat. Kita perlulah kembali semula kepada tujuan kita menulis blog. Pada saya, tujuan saya hanya seronok-seronok dan bolehlah berkesempatan kita berdakwah kepada masyarakat. Jangan sempitkan dakwah, dakwah bukan hanya di masjid dan surau saja tapi luas seluasnya.

Tapi ada juga orang yang tulis blog atas niat lain, mereka mahu sebebas-bebasnya mengupas sesuatu isu. Oleh itu, janganlah diberi kebebasan sangat kepada mereka yang tidak dikenali ini dan perlulah ada garis panduan juga. Sekadar garis panduan sahaja tidak cukup, malah perlulah disusuli dengan peraturan undang-undang yang jelas.

Ajaran Sesat

Sewaktu saya di Kelantan hari Isnin lepas, bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom, beliau menekan supaya ajaran sesat ini dibenteras dengan tegas oleh pihak berkuasa. Sekarang ini, ajaran sesat bukan sahaja bergerak secara biasa, malah mereka lebih licik termasuk menggunakan media sosial internet untuk mengembangkan dakyah mereka.

Imam Mahdi Kluang

Beberapa bulan lepas, saya mendapat aduan mengenai kewujudan Imam Mahdi Kluang yang menyebarkan pengaruhnya di internet iaitu blog. Entah betul, entah tidak, tapi tulisan itu ada di internet dengan bebas tanpa sekatan. Tidak mustahil, orang kita boleh terpengaruh dengan ajaran yang merosakkan akidah dan agama kita itu. Hendak menyiasat identiti penulis sebenar, bukan senang, kepakaran yang kita ada kekadang tidak mampu mengatasi mereka ini.

Blog Saya Ada Nama dan Biodata

Blog saya bermula pada 14 September 2009. Saya perkenalkan nama saya dan biodata saya dengan jelas. Saya tak merahsiakan siapa diri saya. Kalau sesiapa ada masalah dengan tulisan saya, bolehlah hubungi saya bila-bila masa termasuk waktu saya sedang tidur kerana blog saya tidak pernah tidur. Dan memang itulah yang berlaku pada saya sebelum ini, sejak lebih 3 tahun lalu..  Saya akui, kekadang tulisan saya ada yang tersentuh atau tidak sependapat dengan sesetengah pihak, maafkan saya. 

Tapi, kalau blog yang tak ada nama, yang saya juga baca dalam alam maya ini. Kekadang saya juga keliru mengenai sumber serta kesahihan cerita itu. Mungkin cerita betul dan mungkin juga tak betul. Oleh kerana tak dikenali, tak mustahil cerita itu hanya rekaan sahaja.

2 ulasan:

  1. Saya setiap hari membaca blog Ustaz dan banyak pengalaman yang saya dapat. Bukan saja cerita keagamaan saja tapi semua benda ada dalam blog ustaz ini. Teruskan menulis ustaz dan satu kehilangan yang besar pada dunia penulisan kalau ustaz berhenti menulis.

    BalasPadam
  2. Banyak maklumat dan cerita dalam blog Ustaz ni. Bila saya buka blog saya, mesti saya akan baca blog Kadi Kluang. Banyak info, nasihat, pengalaman dan pengajaran buat diri saya. Terima Kasih Tok Kadi..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.