Saya cerita, kalau saya pergi ke kedai untuk makan nasi ayam, saya akan tengok ayamnya yang bergantung elok dan berkilat. Kalau itulah rupa ayamnya, saya oder nasi ayam untuk rasa. Tapi kalau ayamnya hangus, rentung dan kecut, saya dah tahu nasi ayamnya tak sedap.
13 Jun 2013
Belajar Bisnes (Episod 2) Bagaimana Nak Mulakan Perniagaan
Keperluan Hidup
Dalam keadaan ekonomi dan taraf hidup yang semakin mencabar sekarang, adakah kita rasa cukup apa yang telah ada pada diri kita? Ini termasuk gaji atau hasil kerja atau hasil perniagaan kita itu mencukupi atau tidak. Adakah kita memilik kereta seperti orang lain ada ? Adakah kita memiliki rumah sendiri atau hidup meyewa sahaja ?
Memang hidup kita tidak pernah puas terutama dalam bab wang ringgIt dan kemewahan. Kita tengok orang-orang yang terkaya malah tersenarai dalam majalah sebagai orang terkaya, tetap mahu bekerja dan berusaha mengembangkan perniagaan mereka. Sampai bila mereka nak besarkan kekayaan mereka? Yer, selagi kita hidup, kita hendak semua itu. Islam tak larang kita jadi kaya malah Islam lagi makin kuat kalau orang Islam kaya. Sumber wang zakat pasti akan bertambah kalau ramai orang Islam kaya.
Negara kita tak pernah sekat sesiapa yang nak jadi kaya. Negara kita bukan negara komunis yang kekayaan seseorang itu ada hadnya dan selebihnya diserah kepada negara pula. Cuma yang ada adalah cukai pendapatan dan cukai lain manakala dalam Islam diwajibkan membayar zakat kalau kita dah sampai ke tahap wajib. Kita wajib zakat kalau simpanan wang ringgit kita melebihi nisab atau had minimum iaitu sekitar RM 13,000 (tertakluk kepada pindaan), cukup haul setahun dan sempurna milik.
Berniaga Kedai Makan
Ada dua orang peserta dalam ceramah itu yang buka kedai makan. Seorang wanita berniaga warung di tepi jalan depan rumahnya manakala seorang lagi menyewa kedai dengan Majlis. Saya bercerita kisah seperti dalam cerita Sudah Nasibku Mat Burger, bagaimana seorang lelaki yang belajar tak tinggi, boleh jadi jutawan dengan berniaga burger di JB. Saya juga cerita kisah Dr Rosley dalam buku Jutawan Senyap mengenai betapa banyaknya peluang dan keuntungan dalam perniagaan makanan seperti pasar malam. Sesiapa yang belum baca kisah "Sudah Nasibku Mat Burger" yang jadi buah mulut orang ramai itu, klik sini.
Apabila saya perkenalkan blog saya di http://www.kadikluang.blogspot.com, ada seorang peserta yang terus membukanya penggunakan Samsung Tab dan menunjukkan kepada saya mengenai masakan nasi ayam. Mulanya saya ketawa kerana ada juga orang yang terus buka tulisan saya itu. Yer, saya cerita mengenai keuntungan perniagaan nasi ayam. Bila saya tanya dua orang peniaga kedai makan itu, dia kata tak ada jual nasi ayam. Wanita pertama yang niaga depan rumah antaranya berniaga nasi lemak. Kedai yang seorang lagi itu juga jual masakan panas. Saya cadangkan mereka jual nasi ayam. Tapi kena ada ilmu dan masakan kenalah sedap.
Minta maaf saya cakap, ada banyak nasi ayam di kedai yang tak sedap tapi mereka terus jual juga. Ada pula pelanggan yang datang makan walaupun tak sedap. Biasanya kedai macam ini bukan khas jual nasi ayam, mereka juga jual nasi macam biasa, nasi ayam hanyalah buat ada-ada saja. Terfikir juga saya, kenapalah tauke kedai itu tak belajar masak nasi ayam special dan sedap termasuk pergi kursus buat nasi ayam macam yang saya pergi itu. Sesiapa nak belajar masak nasi ayam, saya ajar kat sini, klik sini.
Saya cerita, kalau saya pergi ke kedai untuk makan nasi ayam, saya akan tengok ayamnya yang bergantung elok dan berkilat. Kalau itulah rupa ayamnya, saya oder nasi ayam untuk rasa. Tapi kalau ayamnya hangus, rentung dan kecut, saya dah tahu nasi ayamnya tak sedap.
Saya cerita, kalau saya pergi ke kedai untuk makan nasi ayam, saya akan tengok ayamnya yang bergantung elok dan berkilat. Kalau itulah rupa ayamnya, saya oder nasi ayam untuk rasa. Tapi kalau ayamnya hangus, rentung dan kecut, saya dah tahu nasi ayamnya tak sedap.
.....BERSAMBUNG KE EPISOD 3, klik sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Masak sendiri jer la...makan anak beranak. Lagi berkat.
BalasPadam