Saya nak cerita lagi pasal nasi ayam iaitu kenalah ada ilmu dan masakannya sedap. Barulah boleh berjaya. Apabila saya tulis cerita pasal nasi ayam ini, ada seorang lelaki, katanya umur dia 50-an dari Jasin, Melaka. Dia telefon ke pejabat saya untuk bercakap dengan saya. Beberapa kali telefon, barulah dia dapat bercakap dengan saya. Katanya, dia seorang kakitangan kerajaan dan dalam 4-5 tahun lagi nak bersara. Dia berhasrat nak buka kedai makan dan menu utamanya adalah nasi ayam. Sebelum ini, dia dah ada pengalaman berniaga warung.
Nak Datang Kluang
Sedara ini kata dia nak datang Kluang jumpa saya dan nak belajar dengan saya bagaimana nak buat nasi ayam yang betul. Saya terkejut dan terkedu seketika. Pertama, saya bukan guru masakan atau chef yang banyak pengalaman, saya hanya seorang yang hadir kursus dan ada sijil hadir kursus,saya kata begitu. Dalam hati saya, kalau betul dia dating nak belajar, tiba-tiba dia tak puashati, dah tentu dia menyesal.
Yer, betul saya ada sikit pengalaman masak nasi ayam. Orang yang datang rumah saya makan nasi ayam saya kata nasi ayam saya okey, tapi dalam hati saya kata taklah sesedap mana pun. Rumah saya ada dapur 'appolo' yang khas untuk panggang ayam, yer betul. Tapi masalahnya, ilmu yang saya ada ini belum tentu saya boleh mengajar orang lain. Contohnya seorang anak murid boleh ajar kiraan matematik pada kawan sebelah dia, tapi dia belum tentu boleh jadi guru.
Dalam Islam, kita tengok ulama-ulama besar pergi merantau cari tok guru walaupun jauh. Antaranya pergi ke Pondok Tok Kenali di Kelantan atau Pondok Ahmad Badawi di Penang. Dah tentu di sana ada tok guru yang pandai ajar orang. Tapi saya cuma pandai sikit saja dan bukan boleh jadi tok guru untuk ajar masak nasi ayam. Saya minta maaf banyak-banyak dan saya ambil nombor telefon dia. Tapi lepas itu nombor telefon itu hilang dan saya tak dapat hubunginya lagi. Saya ada juga hasrat nak singgah ke Jasin nak pergi ke kedai sedara tu, tapi tentu Jasin banyak kedai makan, susahlah saya nak cari. Jadi kalau sedara itu baca tulisan saya, bolehlah hubungi saya melalui FB saya yer.
Rahsia Teh Tarik
2 orang peniaga tadi saya beritahu dia rahsia kejayaan kedai mamak. Kenapa kedai mamak berjaya walaupun bulu roma tangan dia lebih lebat dari bulu roma tangan kita yang tak berapa nak tumbuh ini. Antara rahsianya adalah teh tarik. Ada orang berniaga tak ambil kisah pasal teh tarik. Kalau kita berniaga sebelah pagi iaitu sarapan dan minum petang, teh tarik kita hendaklah sedap dan bukan cincai saja. Saya banyak juga tegur pembuat teh tarik ini. Ada satu kedai mamak yang selalu saya pegi di Kluang. Kebiasaannya teh tarik dia sedap, tapi hari itu teh dia tak menjadi. Rupanya pembuat air yang asal dah berhenti atau pindah kedai lain.
Mamak ini umur awal 20-an dia orang tempatan, bukan warga asing. Dia keja situ dalam 5-6 bulan tapi tak pernah ditugaskan buat air. Apabila dia kena buat air, dia diajar buat teh tapi tak belum berapa sedap teh dia.
"Helo adik... ini the tak jadi, salah buat". Tegur saya.
Tersipu-sipu mamak tu kena tegur dengan saya. Saya belum minum pun saya dah tahu teh itu salah sebab saya setiap pagi minum teh tarik. Teh dia cair dan tak pekat. Dia ambil gelas saya dan buat air semula. Saya lihat ada 2 orang mamak yang dah lama tolong dia buat teh saya. Dia hantar teh yang baru dan minta maaf pada saya. Saya Nampak teh dia macam menjadi sikit tapi bila minum, rasanya taklah sedap sangat. Masa saya tengok mamak tu dah rilek sikit, saya panggil pembuat air itu. Saya ajar dia cara buat teh tarik yang betul dan dia mengangguk.
Nak belajar buat teh tarik, klik sini.
Peniaga Warung
Dalam kursus itu, seorang peserta saya yang berniaga pagi sahaja. Saya tekankan, sebenarnya berniaga pagi sahaja, keuntungannya tinggi kerana setiap orang mesti sarapan pagi. Selain makanan istimewa, teh tarik mesti kena jaga. Saya ajar dia buat teh dan dia dengar penuh minat. Saya kata, kita jangan sayang keluar modal untuk teh dan susu, yang penting pelanggan ramai dan akan datang lagi ke kedai kita. Pasal modal buat teh tarik yang special, saya letak harganya dalam tak lebih 40 sen, sedangkan peniaga jual dengan harga RM1.20 atau RM1.00. Kalau nak jimat lagi boleh, pakai teh entah apa-apa sebab nak murah, lepas tu pakai teh tu beberapa kali sampai dah tak ada warna dan rasa, lepas tu susu taruk sikit saja untuk untung lebih. Kalau nak menipu lagi, taruk air gula untuk jimat susu, padahal kita menyumbang kepada sakit kencing manis.
Nasi Lemak
Peniaga pertama yang berniaga pagi tadi kata, makanan utama di kedai dia adalah nasi lemak dan soto. Cerita bab nasi lemak, saya ada ilmu untuk dikongsi bersama. Cuma soto, saya memang tak tahu, mungkin juga sebab saya bukan orang Jawa, hehe.
Ustaz ni serba serbi pandai lah...
BalasPadamsuka teh tarik tapi kadang2 je minum
BalasPadamterima kasih ustz.. nanti sy cuba..
BalasPadam