06 Ogos 2012
Berzina di Pondok Dalam Ladang Sawit, Hasilnya Gemuk
Seorang lelaki 20-an berkenalan dengan seorang perempuan sebaya dengannya sewaktu bekerja di sebuah kilang dulu. Lelaki ini kemudian berhenti kerja dan bekerja di sebuah ladang sawit kerana pendapatan yang lebih lumayan. Manakala perempuan masih bekerja di sebuah kilang sebagai operator.
Beberapa ketika masa line clear, lelaki ini membawa perempuan ke dalam ladang menaiki motosikal. Mereka telah terlanjur dan mengadakan hubungan sex lebih 10 kali di sebuah pondok di ladang itu. Dua bulan selepas itu, perempuan disahkan mengandung apabila dia buat pemeriksaan doktor, yang katanya tidak disengajakan.
Akhirnya, apabila kandungannya berusia 6 bulan, pasangan ini datang ke pejabat agama untuk bernikah. Pernikahan ini direstui oleh ibubapa kedua-dua belah pihak. Pasangan ini tetap akan didakwa di Mahkamah Syariah. Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 5,000 atau 3 tahun penjara atau 6 sebatan kerana melakukan persetubuhan luar nikah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
isehh !!
BalasPadamudah mcm xde benda..
udah mcm xde hal..
udah mcm xde kisah..
udah mcm perkara biasa je..
ibarat/bagaikan bangun pagi.. gosok gigi gitu..
kalau gitu yaa ,,...kita bagi 6 sebatan aja biar ia ada gambarr.. yaa...gitu...
Padambukan 6 sebatan... 100 sebatan untuk orang yang belum berkahwin melakukan perzinaan. baru betul :)
BalasPadamsuka sama suka lak tu.
bab ni mmg tak byk org masih sedia maklum, tapi kalo dah rasa nak mencabar iman masing2, mmg akan terlanjur le jawabnyer
Salah Siapa? Didikan Agama = ada, Kasih sayang Ibu bapa =ada, Peraturan dan undang2= ada. Tapi masih lagi terjadi perzinaan.... sebab role modelnya hari-hari dipaparkan dimedia..... , ruang dan peluang juga mudah sgt... jadikah hukuman berlandaskan Quran dan Sunnah... pasti ada kesan insyaAllah.
BalasPadam