Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Ogos 2012

Kalau Ada iklan Jawatan Kosong, Janganlah Beritahu Kawan-kawan ?

Seorang bekas tentera beritahu saya satu cerita yang berlaku pada diri lebih kurang 30 tahun yang lalu. Dia ini baru pencen tentera dan balik ke kampung bersama anak isteri. Alhamdulillah, boleh buat rumah di tanah yang dia beli masa bekerja dulu dan ada kebun untuk diusahakan. Dia juga ada buat kerja sampingan dengan pendapatan RM 1500 sebulan selain ada pencen. Kira dia kata, alhamdulillah, masa depan dia terbela dan anak-anak pun dah mula bekerja.


Kisah Masa Nak Masuk Tentera

Dia cerita pada saya, yang dulu dia bukan nak masuk tentera sangat dan lebih suka kerja menyambil-nyambil kat kampung masa bujang. Satu hari tu, masa dia tengah lepak-lepak, kawan dia ajak ke bandar keesokan harinya untuk temankan dia temuduga masuk askar. Kawan dia ajak teman dan ajak join sama temuduga tu. Dia ni pun pergi jugalah temankan kawan dia naik bas dan bawak sijil-sijil yang dia ada iaitu SRP dan hadirilah temuduga tu dengan jayanya.

Dapat Masuk

Tak lama lepas tu, keputusan temuduga tu keluar. Dia dapat masuk tentera.... yahoooooo. Tapi bila dia tanya kawan yang ajak dia tu, rupanya kawannya tu tak dapat. Dia seorang saja orang kampung tu yang dapat. Akhirnya mak ayah dia benarkan dia masuk askar dan berkhidmatlah dia sampai pencen. Kesian kawan dia yang ajak tu tak dapat yer.

Sekarang Kan Kerja Susah

Sekarang ni, nak buka jawatan pun jarang-jarang terutama kat sektor kerajaan ni. Al-maklumlah, umur persaraan naik dari 58 ke 60 tahun, maka dalam 2 tahun ini kekosongan disebabkan bersara tak banyaklah. Dahlah susah nak buka jawatan, kalau ada pun jawatan, bukan senang nak dapat. Jadilah macam kawan saya ni, dah 4 tahun dapat ijazah, tapi sampai sekarang tak dapat kerja setaraf ijazah.

Mungkin betul juga apa yang saya cerita ini, tak payahlah ajak kawan mohon, kita sendiri mohon sudahlah. Nanti tak pasal-pasal kawan kita dapat, kita tak dapat pulak, hehehe. Gurau jer ye.



4 ulasan:

  1. hmmm..
    sama jugak la..
    sy ajak kawan.. temankan.. kluar jln2..
    waktu memula kluar dgn pakwe... penyudah/penghujung kisahnya..
    kawan tu yg kawin dgn pakwe sy...
    sy pulak.. melopong !!!. huhhu !!!
    pengajaranya...
    lain kali kalu nak kluar...
    tak payahlah ajak kawan temankan, kita sendiri sudahlah.. Nanti tak pasal-pasal kawan kita sangkut, kita pulak yang terlepas, hehehe...!!
    Gurau jer ye

    BalasPadam
  2. Tanpa nama : a'ah, x payah bwk kawan time dating, tp bwk lah mak atau abah, atau adik bradik yg lain agar tidak menimbulkan fitnah antara kamu... Huhu gurau yg membina.. :-)

    BalasPadam
  3. Betul juga nasihat dari tanpa nama diatas,haha.
    Tapi kena redha dengan takdir ,kalau dah di takdirkan bukan jodoh ,dh bertunagpun boleh putus.

    BalasPadam
  4. isk isk ustat, tak baik tu. kita tak dapat tu munkin bukan rezeki kita. kawan kita dapat, kita dapat share pahala la. paling tidak, kalau kawan kita dapat keje gomen, ada jugak kita orang dalam. tapi takleh juga mengharap kawan kita tu, sebab ramai yang kacang lupakan kulit. almaklum la, ramai orang kita bila dah keje gomen ni, tak ingat asal usul....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.