Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Ogos 2012

Besar Pahala Nikah Dengan Janda Anak Ramai (Episod 2)

Selesai saja akad nikah, seorang pegawai bahagian zakat memberitahu sesuatu pada saya.

"Tuan, pengatin perempuan adalah penerima bantuan Majilis Agama Islam RM 400 sebulan". Katanya.

"Alhamdulillah, dia memang dari keluarga susah, anak 9, kematian suami". Kata saya.

Saya bertemu dengan pengantin perempuan untuk bercerita lanjut. Betullah seperti yang pegawai saya crita dan bukan tersalah orang. Saya juga beri jaminan yang bantuan RM 400 akan diteruskan walaupun wanita itu telah bernikah. Ini memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi terutama mengenai persekolahan anak-anak.

Tiga Orang Di Sekolah Tahfiz

Penganti perempuan juga menyatakan yang 3 orang anaknya sedang belajar di sekolah tahfiz persendirian di satu tempat di dalam Johor. Bila ditanya mengenai bayaran, katanya ada seorang dermawan yang mengeluarkan wang ringgit untuk  melihat anak-anak ini berjaya.

Okey, kalau bayaran seorang di sekolah tahfiz tersebut adalah RM 200 sebulan, maka jumlahnya RM 600 kalau 3 orang.  Jumlah itu bukan sikit dan syukurlah ada orang yang sanggup berkorban sebegitu untuk anak yatim ini. Islam menggalakkan kita bersedekah terutama kepada orang susah yang memerlukan. Sedekah ini akan menjamin pahala berterusan walaupun pendermanya sudah meninggal dunia. Kalau anak-anak ini berjaya menjadi seorang tahfiz atau imam, maka akan berlipat ganda jugalah pahala pemberi sedekah. Lagi kalau anak ini menjadi guru agama yang mengajar orang lain pula, tidak putus-putus pahalanya ke beberapa generasi.

Saya merujuk kepada teks khutbah Hari Raya Aidilfitri yang akan dibaca pada raya nanti iaitu mengenai satu cerita berdasarkan sebuah hadis. Di padang mahsyar nanti, ada seorang lelaki yang akan dihantar ke neraka kerana amal buruk yang dilakukan di dunia. Dalam perjalanan ke neraka dia bertemu dengan seorang lelaki yang dia kenali. Orang itu berkata yang lelaki itu pernah memberikannya minuman sewaktu dia dahaga dan memohon kepada Allah supaya lelaki itu tidak dihumban ke neraka. Allah Taala lantas memperkenalkan permohonan ini, dan lelaki ini dimasukkan ke syurga.
SEKIAN.

3 ulasan:

  1. Salam ustaz,mana lagi besar pahala,kawin dengan janda anak ramai tapi semua dah besar-besar(bukan taraf anak yatim lagi) banding dengan janda muda yang anak masih kecik lagi? soklan ni bunyi lucu tapi ada logiknya kan :)

    BalasPadam
  2. salam..
    sj la.. menyampuk..

    elok yg muda la..
    tentunya bleh memberikan zuriat lagi.. xgitu..?
    itu pun.. jika diperkenan/izinkan tuhan..
    yg satu lagi tu..
    masalah la sikit.. xgitu..?

    BalasPadam
  3. teringat kisah dulu....pengalaman bersama janda anak tiga...hehehehe...cerita dia asalnya kenal kat facebook...pastue dia ajk keluar..org dia mmg klu tgk..xmcm janda....sekali dpt tau bila...abg dia..call sy sbb ternampak dn beritau cerita sebenar....ermmmm...terperanjat jap....last2 dia akui dia janda anak tiga......pastue nk ajk kahwin...adoi....bujang mcm sy nk kawin janda..mcm culture shock plak...kawin2 terus ada anak tiga....last2 ckp ngan dia terus terang xsedia...dn nasihat kat dia...jgn cuba sembunyi status tue...atleast org yg kita kenal mmg dh tau status dn boleh terima..dari dia sembunyikn psl status tue camtue....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.