21 Ogos 2012
Pengalaman Mengenai Kereta Lelong Kastam (Episod 11).. Kisah Saya Dan BMW
Satu masa tu, lebih kurang 2-3 tahun dulu, ada buka kereta lelong kastam. Ada seorang pekerja bengkel kereta beritahu saya yang ada buka lelong dan saya tahu dari dia. Saya telefon kawan saya yang kerja kastam, tapi kawan saya tu dah pindah dari JB. Saya pula dah pindah dari JB masa tu dan susah sikitlah nak mengikuti atau tengok kereta kat sana.
Lepas tu ada seorang kawan saya ni, dia kata dia ada senarai kereta lelong dan dia kasi saya. Tapi borang tu tak lengkap. Hanya ada senarai kereta yang nak lelong dan lokasi saja. Borang untuk masuk lelong dan tarikh tutup lelong tidak ada. Saya yang dah biasa tengok borang tu, saya tahu, ada sehelai lagi kerta yang tak ada. Tapi kawan saya tu kata dah lengkap, jadi tak apalah, dia nak kata dia betul, biarlah betul kat dia.
Tengok Kereta BMW
Ada beberapa lokasi boleh tengok kereta selain di Larkin, ada juga daerah lain. Saya minat satu kereta tu iaitu BMW 3181 yang diletak harga RM 8,000. Kira macam berbaloi juga kalau saya ambil sama ada nak pakai sendiri atau nak jual kat member. Maka saya pergilah ke lokasi tu iaitu sebuah daerah, bukan Johor Bahru. Mengikut iklan tu, daerah tu boleh tengok 2 biji kereta, satu BMW dan satu kereta lagi.
Bila sampai di pejabat kastam tu, orang sana kata, hanya ada satu kereta saja. Bila saya tanya di mana BMW ? Tau dia jawab apa. Dia kata, kereta tu ada di sebuah taman perumahan iaitu kuarters kastam. Kat rumah ? Terkejut juga saya, kenapa tak letak pejabat. Orang kastam tu kasi alamat rumah. Kebetulan, kawan saya tu tahu juga lokasi tu dan bawa saya ke sana.
Tak Ada Orang
Susah juga cari alamat tu, tapi jumpa juga. Betullah itu taman perumahan awam, rumah teres setingkat. Kemudian ada beberapa unit rumah yang ditulis, perumahan kastam. Tak lama kemudian, jumpalah alamat yang dicari. Ada satu kereta BMW di dalam pagar yang berkunci. Rumah tu nampaknya rumah kosong, rumput pun dah panjang.
Sebelah rumah tu ada orang, pintu tutup dan tingkap terbuka. Dari luar, ada dengar bunyi tv. Serba salah juga, nak panggil takut cuma tinggal isteri orang saja. Masa tu waktu pejabat, mesti suami dia pegi kerja. Maka dapatlah saya dan kawan saya tu tengok kereta BMW tu dari luar. Suasana kat taman tu sunyi sepi saja, tak ada kereta lalu pun.
Keadaan Baik
Dari luar, nampak cat dan body dia masih mantap. Tapi tak boleh tengok depan dan enjin. Nak buka pagar tu, berkunci pulak. Saya tak puashati lagi, macammana nak tengok depan dan enjin. Mana ler tahu, kalau depan eksiden ker. Rasa saya,kereta tu kastam buat ronda, mungkin selepas kastam rampas.
Panjat Pagar
"Saya nak panjat pagar ". Kata saya.
Kawan saya tu hairan. Mungkin dalam hati dia, mesti dia kata perbuatan yang saya buat tu salah. Tapi saya beranikan diri. Pertama, sebab waktu tu siang hari dan takkanlah orang nak kata saya perompak. Kedua, kereta tu tengah lelong dan nak masuk lelong kenalah tengok betul-betul. Jadi saya fikir, kalau saya kena sergah, saya akan berterus terang saja.
Kawan saya tu macam takut dan tengok sekeliling masa saya nak panjat pagar tu. Saya rasa, nak panjat pagar tu bukanlah perkara susah sangat. Dula saya join Tentera PALAPES UKM, bukan setakat pagar tu, tembok lagi tinggi pun boleh lepas. Masa jadi pencegah maksiat pula, kerja macam tu bukanlah menghairankan. Lagi pun, pagar dia rendah dan boleh berpaut dengan tembok orang sebelah.
Dalam dua minit saja, saya dah lepas dan berjaya masuk dalam. Kawan saya kat luar, nampak macam susah hati. Lagi satu, tahu ker, apa pakaian saya masa tu ? Ermmmm... hari tu hari Jumaat, pakai baju Melayu, cuma tak bersampin jer, hehe. Takkanlah perompak pakai baju Melayu.
Buka Enjin
Nampaknya kereta tu tak berkunci dan saya boleh masuk dalam kereta. Nampak dalam kereta sangat baik dan terjaga. Kemudian saya buka enjin. Ermmmm... saya tak berani cakaplah pasal BMW ni. Saya tak ada pengalaman sangat. Tapi masa tu saya pakai Peugeot 405, kira sedara mara buah-buah bacanglah juga dengan BMW tu. Nampak enjin macam okey. Beberapa minit saya jengok dan ambil gambar, member tu macam nak masuk pulak tengok kereta tu. Tapi saya kata, kalau nak masuk, tunggu saya keluar dulu.
Lepas saya keluar dari pagar tu, member tu pulak masuk dalam pagar dan tengok kereta. Macam biasalah, dia nampak macam takut. Masa tu pulak, ada moto lalu, kawan saya macam takut. Tapi moto tu terus jalan jer, buat tak kisah je. Lepas kawan saya tengok tu, kita orang baliklah.
Nak Masuk Lelong
Saya cerita kat kawan saya tu, saya nak ambil kereta tu. Masa tu, kat rumah saya dah ada 4 biji kereta. Accord 2.0, Peugeot 405 dan isteri saya Civic 96 selain Proton Saga yang adik saya pakai kat JB. Kalau saya dapat, saya nak jual kereta Honda saya RM 12,000 (dulu saya beli kereta lelong kastam tahun 2005, harga RM 9,000). Lagi pun dah ada orang asyik tanya nak ambil kereta saya jer.
Maka beranganlah nak masuk. Hari tu Jumaat, esok Sabtu dan Ahad, jadual saya penuh dengan ceramah kursus kawin dan lain-lain. Isnin saya dah rancang nak ambil cuti, nak buat bank draf kat bank dan hantar borang masuk lelong kat Larkin JB. Dua tiga hari tu asyik mimpi bawak BMW jer, hehehe.
Peluang Saya Sangat Baik
Walaupun macam ada kelakar juga lelong kali ini. Yer ler, kelakarlah sampai kena tengok kat rumah orang dan panjat pagar. Tapi saya rasa peluang saya sangat baik dan kalau saya masuk, kira sebelah kakilah dapat. Pertama, bukan senang orang nak tengok kereta tu. Mungkin tak beberapa orang saja yang boleh cari. Kedua, orang lain berani ker panjat pagar dan buat selambar jer macam saya, hehe. Maka kalau orang tak dapat tengok enjin, saya rasa orang lain tak berani nak masuk. Ini BMW tau, bukan Honda. Saya kalau Honda atau Toyota, berani juga tak tengok enjin, kereta Jepun tak pening kepala sangat. Ketiga, harga yang kastam letak 8,000 tu kira berpatutan sebab market kereta tu masa tu dalam RM 35,000 kat kedai.
Apa cerita seterusnya ?....
Ikutilah sambungannya dalam Episod 12 nanti.
(Gambar kat atas tu adalah gambar hiasan saja, tapi BMW model tu ler)
...BERSAMBUNG KE EPISOD 12.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
pengalaman yg berguna untuk dikongsi....
BalasPadamt.kasih ustaz....
saya keliru .ada ustaz kata kita tidak boleh beli rumah,kereta atau apa yang lelong .tolong ustaz beri penjelasan muga kami mendapat kefahman yang sebenarnya.
BalasPadamSaya pun keliru, kenapa ustaz tu kata tak boleh.. Ustaz tu cakap lain ke org yg dengar lain.
BalasPadamassalamulaikum masih di kluang lagi ke ustaz
BalasPadaminformasi berguna
BalasPadamSallam..ble ustaz tolong sy tuk dapatkn honda civic ej/ek yg murah
BalasPadam