Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Ogos 2012

Kisah Orang Sewakan Kenderaan, Bukan Kerja Senang


Seorang lelaki ini, 30-an kerjanya berniaga, macam-macam juga niaganya. Dia ada juga sewakan kenderan iaitu sebiji kereta dan sebiji van. Pelanggan utama dia adalah pelajar universiti dan orang awam lain. Kiranya dia menyewa bukanlah ada lesen, kira sambilan saja.

Bila dia cerita pengalaman dia, dia dah serik nak niaga sewa kenderaan ini. Akhirnya dia jual kenderaan itu dan van dia buat niaga jual air soya tepi jalan. Katanya, niaga air macam ni pun lebih selamat dan stabil, keuntungannya juga boleh jejak sebulan RM 4,000.

Kenderaan Rosak

Satu kisah yang dia cerita, seorang lelaki sewa van dia dua hari dengan bayaran RM 400 pergi ke utara untuk orang kawin. Lepas tu, kenderaan itu rosak iaitu air kering, enjin panas dan terduduk di utara. Sebelum sewa, dia dah kata dengan orang tu, kalau rosak, penyewa kena tanggung kos repair. Van tu masuk bengkel kat utara dan kosnya lebih RM 5,000. Penyewa taknak bayar satu sen pun malah penyewa membebel dan kata 'van buruk' dan sebagainya.

Kereta Hilang

Kemudian seorang yang baru dikenalinya sewa kereta dia sehari. Tapi terus tak dipulangkan. Bila dihubungi penyewa itu, telefon tidak berjawab. Tapi seminggu lepas tu, seorang lelaki telefon dia. Yang mengejutkan, lelaki tu kata, kereta tu ada di satu lokasi. Lelaki tu kata, kalau nak kereta tu, kena bayar RM 4,000 pada lelaki itu. Di ringkaskan cerita, akhirnya dia bayar juga duit RM 4,000 dan dapat semula kereta itu. Dia dah tak ada jalan lain sebab sebelum itu, dia dah bincang dengan orang tertentu yang menasihatkannya supaya bayar saja duit itu kalau mahu kereta dia selamat.

Sebab Itu Kena Ada Lesen

Inilah cerita pasal sewa kereta, bukan semudah yang disangka. Sebab itulah, pihak berkuasa minta supaya jalankan perniagaan berdaftar.

4 ulasan:

  1. nak cari orang yang betul2 jujur dan baik budi bila sewa kenderaan kita, bukan kerja senang juga

    BalasPadam
  2. Betul cik Nor.
    Akhir2 ni ramai yg tak takut Allah. Sedangkan tau Allah tu maha melihat & menyaksikan (termasuklah yg tulis2 tak senonoh & tak menyumbang kebaikan dlm fb , blog, tenet dll).

    Undang2 kerajaan seperti amik lesen dll tu kena le dipatuhi kan, wlu kadang2 kena bayar cukai itu ini yg kadang2 mahal juga.

    ma

    BalasPadam
  3. ambil lesen yg sdr kkluang mksudkn adlh mendaftar di SKMM?selain tu ade ape lg yg perlu didftrkn

    BalasPadam
  4. ni belum yg termasuk saman lagi....langgar lari lagi....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.