Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Ogos 2012

Saya Dah Sindir Isteri Yang Saya Dah Nikah Lagi Satu, Tapi Tak Berkesan (Episod 2)

Menceritakan kisah setahun yang lalu, menjelang Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba ini membuatkan dirinya berada di dalam persimpangan. Ada rasa kesal dan bersalah dalam dirinya kerana merahsiakan pada pengetahuan isterinya. Tapi sekali fikir, memang patut dirahsiakan supaya tidak berlaku  'Perang Teluk' dalam keluarganya.

Nasi Dah Jadi Bubur

Dalam satu ceramah Ustaz Azhar Idrus yang cerita pasal maskahwin dan poligami (yang boleh didengar dalam youtube), Ustaz Azhar kata sambil melawak, nasi dah jadi bubur. Maknanya semuanya sudah berlaku dan tidak bisa undur lagi. Yer, kita harus mara ke depan tanpa menoleh ke belakang. Salah atau silap kita yang dah berlaku, tidak boleh kita patah balik.

Dah Banyak Kali Sindir

Suami sudah banyak kali buat-buat tersasul waktu berbual dengan isterinya, tapi isterinya buat macam tak ada apa-apa. Macam bola ping pong dah pecah isterinya itu, pukul di meja dah tak berapa nak melantun dah.

"Kalau abang kawin dua kan best".

"Kita kena layan isteri tua kita baik-baik".

"Kawan abang tu kawin dua, okey jer".

Itu adalah ungkapan yang pernah keluar dari mulutnya pada isteri tapi isteri dia macam buat tak dengar, macam buah manggis yang dah keras ketung.

Tengok Cerita P.Ramlee Madu Tiga

Idea ini dipelajari dari kawan orang yang kawin dua. Iaitu suka pasang vcd cerita P.Ramlee, Madu Tiga kat rumah. Sambil tu, dia tergelak-gelak sambil baring depan tv. Sekali lagi, isteri dia tak faham, macam tebuan menyengat yang tak ada bisa lagi.

Maka sukarlah dia untuk berterus terang pada isterinya pada tahun ini yang bakal genap setahun tak lama lagi. Dulu dia bercita-cita tak mahu berahsia lama-lama, setahun tu adalah paling lama, katanya dulu.  Tapi bagaimana yer ?

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 2



6 ulasan:

  1. elok la buat-buat tak tau dari tau.kang kena lak bagi-bagi masa, nak nak time raya dah dokat nih.pastu buat-buat lak tercakap ' laki kawan ayang tu kawen dua sampai la ni tak bahagia, asyik perang je, anak-anak pulak dah siap-siap cakap nak boikot ayahnya.kalo ayang lah, siap lah malam kang kena 'bobbit'

    isteri pertama

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...makcik saya dulu madu dia dah beranak satu baru dia dapat tau laki dia ada bini muda...itu pon kantoi sbb sms kat hp... sblom tu elok jer laki balik rumah hari2...tp bila dah kantoi..dah kena gilir2 pulak...madu pon dah naik kepala mntak mcm2...lagi satu, org kalau ada bini muda, layanan pada bini tua punya la baik...sbb nak cover line...so lebih baik tak tau dari tau..atau buat2 tak tau walaupon dah tau...haha..yg penting tanggungjwab pada bini tua dan anak tak terabai...

      Padam
  2. Ada kawan saya sorang tu, masa suami dia belum kawin lain dia layan suami dia lebih kurang saja. Bila dah bermadu baru nak layan baik. Menyesal takde gunanya kerana dah dimadukan. Sekarang dia kena layan bagus untuk menandingi isteri muda. Dulu badan gemuk, tapi sekarang dah dikuruskan sikit.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. asal poligami senyap2 tanpa pengetahuan isteri 1 dgn mudahnya lelaki itu dituduh jenis lupa diri...

    apa la mentaliti...

    BalasPadam
  5. perempuan seleps suami die kwin len bru la nk mula jg bdn, nk ambik brt psl suami die.klu x jgn hrp la.suami mkn ke x ke xprnh tnye, msk jgn mimpi la, smgu sekali pun lum tentu, alsn pent kje n jg ank.bis suami xperlu dijg?bile kuar uma pkai selebeh je, suami mane xpndg pmpn len.plez la think positif.sy seorg prmpuan hanya member pendpt n nsiht pd wanita len dluar sne.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.