Novel setebal 523 mukasurat ini mengisahkan seorang penjual burger bernama Hazman jatuh cinta dengan seorang pegawai tinggi bernama Yanti dan merancang untuk bernikah. Pendapatan bulanan Hazman antara RM6,000 hingga RM15,000 sebulan sebagai penjual burger jalanan tetap dipandang rendah oleh keluarga Yanti yang menolak jodoh mereka. Hazman dan Yanti merancang untuk nikah lari di Siam tetapi dihalang selepas dinasihati oleh seorang Ustaz.
Oleh kerana Hazman terus berkawan dengan Yanti, seorang abang Yanti telah ke Johor Bahru dan membelasah Hazman beramai-ramai sehingga Hazman dimasukkan ke sebuah hospital pakar. Yanti telah menanggung perbelanjaan pembedahan ini sejumlah RM10,000 sebagai 'penebos dosa' yang dilakukan oleh abangnya. Yanti juga mendapat satu arahan mengejut iaitu terpaksa berpindah ke KL segera dan disyaki keluarga Yanti terlibat dalam perancangan pertukaran ini. Hazman dihantui 'ugutan bunuh' dan dipaksa melupakan Yanti selama-lamanya.
Yanti kemudian berkenalan dengan seorang lelaki berjawatan bernama Badrul sewaktu berkursus di Kemaman. Badrul berjaya mendapat tempat dari kalangan keluarga Yanti seperti kakak dan ibu bapa Yanti untuk meminang Yanti. Bagaimanapun, cinta Yanti kepada Hazman si penjual burger tetap belum padam.
Man burger pula berkenalan dengan Cikgu Syikin, guru kepada adiknya yang sedang buat master. Keluarga Cikgu Syikin tidak memilih pangkat dan jawatan dan dapat menerima Man Burger sebagai bakal menantu. Bagaimanapun, keadaan kembali rumit apabila Man dan Cikgu Syikin terserempak dengan Yanti di Angsana JB yang kemudiannya menyebabkan perasaan cemburu Cikgu Syikin seterusnya mahu hubungan mereka ditamatkan sehari sebelum pertunangan mereka.
Watak Penting Dalam Novel Ini
.
saya nak beli.....
BalasPadamtahniah ustaz...
BalasPadamNak beli sila whataps 01110979301. Harga RM30 siap pos laju seluruh Semenanjung.
BalasPadamTahniah ustaz. Memang patut di bukukan coz memang cerita yang ngetop
BalasPadamhttp://wayneharraz.blogspot.com/
#exchagefeedblog
Assalamualaikum Tuan Kadi. Saya salah seorang imam di daerah Kluang........Ceramah Tuan Kadi Kluang pada 24 Mac 2015 di Masjid Jamek Kluang yang bertajuk 'Akidah dan ajaran sesat' cukup baik, mantap dan penuh dengan pengalaman Tuan Kadi sendiri dalam kendali kes-kes ajaran sesat. Kebanyakan penceramah lain ceramah isi sahaja tetapi bukan pengalaman sebenar macam Tuan Kadi. Saya rasa Tuan Kadi perlu perluaskan ke masjid-masjid lain supaya maklumat ini dapat disampaikan kepada orang lain dan juga ke pejabat-pejabat lain seluruh negeri Johor. Baru kami faham sesuatu isu itu secara mendalam dan cukup menyentuh jiwa kami.
BalasPadamKalau boleh, Tuan Kadi bukukan pengalaman Tuan itu dalam mengendali kes ajaran sesat.
BalasPadam