02 Februari 2016
Kena Tangkap Di Pejabat Agama, Rupanya Ada 'Waran Tangkap'
Sepasang suami isteri umur 30-an, ada anak seorang, datang ke pejabat agama untuk satu urusan. Hasil semakan, pasangan suami isteri memiliki 'Waran Tangkap'. Penguatkuasa telah mengambil tindakan kepada pasangan ini. Waran Tangkap ini adalah pada tahun 2014 iaitu kerana kesalahan khakwat. Kedua-duanya gagal hadir perbicaraan kes khalwat sehingga waran tangkap dikeluarkan.
Bernikah Selepas Kena Tangkap
Lelaki dan wanita ini telah bernikah selepas ditangkap khalwat. Hasil perkahwinan, dikurniakan seorang anak dalam usia setahun. Selepas bernikah, pasangan ini tidak layan mengenai kes khalwatnya dan sengaja tak hadir ke mahkamah syariah.
Tertangkap Juga
Akhirnya pasangan ini ditangkap di pejabat agama dan terus dibawa ke mahkamah syariah. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM 1,400 setiap pasangan. Sekiranya tidak membayar denda, pasangan ini boleh dipenjara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.